Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

19 December 2011

NOTHING WRONG WITH THE LOVE


>> Don't be afraid to have couple.... <<

I looking for a wife,
Not a girlfriend....

I looking for a marriage,
Not a couple....

Couple in today perspective
Treat your girl like your wife ?
Treat your boy like your husband ?

Are you sure he/she is the right person,
Allah already arrange for you ?
Written in Luh Mahfuz....

While other with their couple,
While other continuously looking for their own couple,
While they confidently said to you,

"Trust us, we really were looking after each other...."

Emm...

Is that a looking,
with a tendency to hooking each other ???
I'm afraid so...

So.....

Continue this path,
I'm looking for a my own couple....

With known with two names,
> A couple of marriage
> A couple after marriage

Don't be afraid,

With Allah by your side,
With a bless from both parent,
Where there is nothing to worry about,
Share and show your love,

Only for,
The person which is known,
my husband or wife....

sumber akuislam www.tips-fb.com

18 December 2011

24 Peringatan Untuk Wanita




1. Urusan pertama yg ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yg memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yg memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal dirumah, tidak keluar kecuali atas urusan yg mustahak. Wanita yg keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yg halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yg buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yg melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur (cahaya) baginya.

8. Mana-mana wanita ya bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yg telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil suamii akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga ke pagi.

13. Wanita-wanita yg menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga dan laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yg menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.”

Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi S.A.W : “Tidak, mereka ini ialah mereka yg tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

- Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

- Tiada memuji (bersyukur) diatas kemurahan Allah yg didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya.)

- Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yg berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.

- Gemar bercakap perkara yg sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

- Orang yg gemuk tapi kurus

- Orang yg berpakaian tetapi telanjang

- Orang yg alim tapi jahil

*Adapun yg gemuk tapi kurus itu ialah wanita yg sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

*Orang yg berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yg cukup pakaiannya tetapi tidak mengikut syariat yg ditetapkan Islam.

*Orang yg alim tapi jahil ialah ulama yg menghalalkan yg haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yg lalu iaitu:”

Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.

- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.

- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

- Sentiasa ingat kepada Allah S.W.T

- Lupakan budi baik mu pada orang lain.

- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

- Selalu ingat Mati.


23. Perkara-perkara yg menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.

- Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

- Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.

- Minta talak.

- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin suami.

- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


24. Wajib bagi wanita :

- Mengekalkan malu pada suaminya, menundukkan mata ketika berpandangan.

- Mengikut kata-kata dan suruhan suami selagi tidak bertentangan dgn aqama.

- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

- Berdiri menyambut kedatangannya. Berdiri menghantar pemergiannya.

- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

- Memakai bau-bauan yg harum untuk suami. menghilangkan bau mulut untuk suami.

- Berhias untuk suami dan meninggalkan hiasan ketika ketiadaannya.

- Tiada khianat ketika ketiadaan suami, memuliakan keluarga suaminya.


Wahai wanita.. ketahuilah Syurga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya. www.tips-fb.com

13 December 2011

berONLINE


Disamping kita berONLINE dengan dunia siber..jangan pula sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita untuk berONLINE dengan Allah. ..

Astagfirullah... "Ya Allah..Ya Tuhanku.. Janganlah kau jadikan aku orang yang lalai dan rugi.. Bimbinglah aku dan berilah aku petunjuk dan terus menerus menerima Hidayah dari Mu..


Semasa kita berDOA, talian tidak pernah OFFLINE..


Kita berDOA, kita bercakap, Allah mendengar

Kita merintih, kita merayu, Allah mendengar

Kita menangis, kita berdoa dan kita meminta, Allah terus mendengar..

Kita mengeluh, kita marah, Allah tetap mendengar

Baiknya Allah.. kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baiknya Allah.. kerana Dia Maha Mendengar

Baiknya Allah.. kerana Dia Maha Pengampun

Itulah .. ALLAH Azawajallah seperti yang digambarkan dengan nama2nya yang indah dan baik dalam Asma Ul Husna.. bacalah..hayatilah..

Hakikatnya ALLAH tidak jemu dan tidak pernah jemu untuk mendengar dan memberi... kerana itulah sifatnya...

Hakikatnya juga..manusia saja yang cepat jemu, cepat malas, cepat penat, cepat putus harapan, cepat nak bangun untuk terus berDOA, berSOLAT dan berMUNAJAT kepadaNya.

"Ya Allah, kuatkanlah imanku, berilah aku kelapangan masa untuk mengabdikan diri kepadaMu"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda " Doa adalah senjata bagi orang2 yang beriman".
Doa adalah senjata yang unik, bukan sekadar untuk menyerang namum DOA adalah senjata yang dapat memberikan kekuatan, ketenteraman dan keyakinan diri kepada tuan punya diri yang berdoa.
Orang yang berSOLAT di sayangi Tuhan. Sembahyang itu tiang agama. Ia satu tanggungjawab yang mesti di lakukan oleh setiap muslim yang sudah baligh dan sempurna akal. WAJIB, MESTI didirikan seperti yang di syariatkan..Ia mesti di lakukan dengan penuh kerelaan dan bukan terpaksa..
Jom bersembahyang dan berdoa secara ONLINE kepadaNYA .. bayaran pahalanya hanya ALLAH sahaja yang mengetahui samada di dunia mahupun di akhirat.
Baki Akaun Pahala tak boleh check ONLINE tapi yakinlah ALLAH Maha Mengetahui dan tidak akan berlaku SHORTAGE atau kecurian selagi mana di bawah pengawasan ALLAH Yang Maha Berkuasa..


~~~ALLAHU AKBAR ~~~~~
www.tips-fb.com

Ujian bagi kaum Hawa


Kepada kaum hawa,terlalu byk ujian bagi kaum hawa.Semoga artikel ini bermanfaat buat kamu semua.Buat kaum adam,pasti kamu juga tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu siksaan dibawah ini.Harap artikel ini dapat disampaikan kepada org lain.INSYAALLAH..

khususnya untuk para wanita dan diri sendiri...Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis?

Beliau menjawab "Pada malam aku di-isra'-kan,aku melihat perempuan - perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah S.A.W kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam ,memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka,otaknya keluar dari lubang hidung,badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w

Fatimah Az-Zahra rh kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah S.A.W menjawab: "Wahai putriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang TIDAK MENUTUP RAMBUT MEREKA sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

- Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'MENGOTORI' tempat tidurnya.

- Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang TIDAK TAAT KEPADA SUAMINYA,ia keluar rumah tanpa izin suaminya , dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

- Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia BERHIAS untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

- Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

- Perempuan yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking karena dia mampu mengerjakan solat & puasa tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

- Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah TUKANG UMPAT DAN DUSTA..Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang SUKA MEMFITNAH dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis juga.."

Dan inilah peringatan kepada kaum hawa... Sampaikanlah kepada kawan2 kita yg lain.

Salam Ukhwah...
www.tips-fb.com

Hukum Isteri Meleteri Suami


Assalamualaikum...

" Abang ni balik je kerja,tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah.Baca suratkhabar,menghadap TV,itu jelah yang awak tahu. Kita kan sama-sama bekerja bang.Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri,bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni.Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu,betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.Lebih-lebih lagi sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya.Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami.Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan,tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan,apabila ada dikalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran,terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami,selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain,nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga,sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit.Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoraknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas,perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya,isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah s.w.t

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin,manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada,yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya,apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah,ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar,jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda,bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya,baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini,sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu,wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya,Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja - kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya,segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah,tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami,kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s.a.w telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian,janganlah pula menyusahkan mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga,marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua...insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata mestilah dihentikan,demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

wassalam..
www.tips-fb.com

12 December 2011

Bersyukur


Semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun.

Syukur kita adalah bentuk nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah-Nya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 172)

Sesungguhnya syukur harus dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan. Syukur dengan hati adalah kita me ngakui dan meyakini bahawa apa pun nikmat yang kita peroleh datangnya dari Allah.

Syukur dengan lisan adalah kita selalu membasahi lisan ini dengan zikir dan ucapan syukur kepada-Nya. Syukur dengan anggota badan pula adalah kita menggunakan segala bentuk nikmat yang Dia anugerahkan kepada kita sebagai saranan untuk menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Gunakan nikmat yang diberikan-Nya untuk merealisasikan tujuan utama kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t
www.tips-fb.com

KELEBIHAN SOLAT UNTUK TENAGA BATIN


•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨*
Di dalam Islam tidak terlalu banyak kaedah beriadah atau exercise sepertimana agama atau bangsa-bangsa lain. Sebabnya selain dari beriadah seperti menunggang kuda, memanah, bermain pedang dan berenang, sembahyang (Yang Dituntut 5 kali sehari dlm Islam) juga merupakan satu riadah rohaniah dan jasmaniah.

Dari segi pergerakan tubuh badan, sembahyang secara langsung melibatkan urat, otot dan sendi-sendi dalam tubuh badan kita, termasuk organ-organ serta urat saraf yg menghubungkan dengan alat kelamin. Ini akan selalu me"refresh" tubuh badan kita setiap kali sembahyang dilakukan.

Contohnya ketika rukuk, semua urat dari mata, leher, belikat , belakang, pinggang, punggung, paha bahagian belakang, betis, lutut dan segala sendi daripada leher, tulang belakang, pinggang sendi tangan dan kaki akan bergerak. Sementara ketika sujud pula, segala urat-urat dan sendi-sendi bahu belakang, pinggang hingga kemaluan akan berfungsi (bergerak).

Ketika duduk antara 2 sujud atau duduk tahayyat pula memberi kesan membina kekuatan sekitar pinggang dan semua urat saraf dan persendian sekitar bawah tubuh. Jadi sekiranya seseorang itu sembahyang bererti segala persendian dan urat saraf utama bergerak. Apabila sentiasa bergerak menjadikan pergerakan darah, angin dan kededukan urat dan sendi menjadi normal.

Sepertimana kita sedia tahu, kemaluan merupakan tempat berkumpulnya semua perhubungan urat saraf daripada seluruh tubuh kita. Oleh itu jika ada salah satu urat itu bermasalah ia boleh memberikan kesan sampingan pada kemaluan.

Sehubungan itu, jika seseorang banyak sembahyang dia akan mengerakkan seluruh urat saraf dan sendi-sendinya. Dengan banyaknya pergerakan, ini akan mengelakkan daripada darah dan angin berkumpul di satu-satu sendi dan urat saraf terutama di bahagian kemaluan atau buah kemaluan yang mengakibatkan syahwat lemah.

Oleh itu, orang yang banyak sembahyang ditambah lagi dengan sembahyang sunat terutama sunat tahajjud di waktu sepertiga malam ketika udara sejuk dan nyaman, pergerakan sendi dan urat saraf menjadi semakin lancar. Disamping jiwa dan roh menjadi kuat dan sihat, syahwatnya juga turut terpelihara. Jadi sama-samalah kita menunaikan solat dengan tertib, teratur dan tawaduk.

P/s: Ikhlaskan solatmu itu semata2 kerana Allah..bukan atas dasar kelebihannya semata2..wallahua'lam..
www.tips-fb.com

manisnya

lolip0p bkata kepada coklat . Kita ney MAniS KAn? CoKlAt MEnjAwaP Awak iNGaT kita neY da CUkUp manis KE? AwaK TGk yg tenGAh bACa status kita ney DyE LAGi MANIS 'tgk 2 dYE SEnyum manis kan :D'


www.tips-fb.com

11 December 2011

MULUT SUMBER PAHALA DAN DOSA


Mulut kita ini mempunyai fungsi yang banyak. Malah fungsi-fungsi mulut ini jika diguna dengan baik, maka pemilik mulut ini bakal menjadi ahli syurga. Masakan tidak, jika mulut ini digunakan ke arah kebaikan seperti memberi salam, membaca al-quran, berzikir, makan makanan halal, mendoakan kesejahteraan orang lain, memberi nasihat, senyum dan lain-lain. Maka dengan amalan-amalan seperti ini, bermakna pemilik mulut ini bijak menguruskan fungsi mulutnya.

Berbeza pula jika pemilik mulut itu tidak bijak menguruskannya. Maka dengan mulut itu dia mengumpat, mencarut, menggunakan kata-kata kesat, menghina, mencaci, memaki dan sebagainya. Mulutnya telah menjadi punca bertambahnya jumlah dosanya. seterusnya pemilik mulut ini bakal menjerumuskan dirinya ke dalam azab api neraka kelak. Nauzubillah.
Maka jelas disini bahawa mulut adalah punca segala kebaikan dan ia juga boleh menjadi punca segala kejahatan. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan fungsi mulut.

Rasulullah s.a.w sekali lagi mengingatkan umatnya betapa bahayanya jika fungsi mulut disalah guna. Baginda bersabda: “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya(mulutnya)?”. Dalam hadis ini, bolehlah kita katakan bahawa Baginda sengaja menggunakan ayat berbentuk soalan supaya kita semua berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

KISAH SEORANG WANITA

Berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim, dimana para sahabat r.a mengadu kepada baginda: “seorang wanita berpuasa di siang hari dan bersolat di tengah malam, tetapi sering menyakiti hati jirannya”.

Rasulullah s.a.w menjawab: “bahawa tiada kebaikan padanya, sesungguhnya dia akan masuk neraka”

Kisah ringkas ini sudah cukup membawa maksud yang luas. Bahawa segala kebaikan dan amalan soleh akan terpadam serta merta hanya kerana menyakiti hati orang lain. Bahawa dengan kesalahan menggunakan mulut, maka tempatnya adalah neraka. Jadi benarlah kata pepatah, kerana mulut badan binasa.
www.tips-fb.com

09 December 2011

Jagalah...


♥ ♥ jaga hati baik-baik kerana jika hati bermasalah ubatnya sukar dicari ♥ ♥

♥ ♥ jaga iman baik-baik jika iman bermasalah segala amal hanya sia-sia ♥ ♥

♥ ♥ jaga diri baik-baik jika diri sakit maka tidak bisa melakukan apa sahaja perkara tetapi solat wajib dilakukan selagi bernyawa ♥ ♥

♥ ♥ jaga jiwa baik-baik kerna jika jwa tiada apa-apapun yang dilakukan tanpa sepenuh hati hanya mengalir bak air , hanya sepoi bak angin ♥ ♥

♥ ♥ jaga mata baik-baik jika tersalah pandang maka sia-sia nikmat dunia dirasai mata juga bisa bersaksi adakah melihat kekuasaan ALLAH atau sebaliknya ♥ ♥

♥ ♥ jaga akal baik-baik jangan sampai akal digunakan untuk berhasad dengki jangan juga menggunakan akal untuk melakukan perkara keji ♥ ♥

♥ jaga langkah baik-baik sekali melangkah jangan sampai berpaling kerna apa sahaja yang bakal dihadapi sukar untuk menginsafi kecuali betul-betul terjadi ♥


www.tips-fb.com

H.R. Muslim

Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi s.a.w berdoa: Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah. Maka bersabda Nabi s.a.w: Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus. (H.R. Muslim) sumber dari shahirul.com fb

maknanya kat cnie...ikut kefahaman ecq...ajal dah memang d tetapkan...untuk sesiapa pun dalam dunie nie...so walaupun kita minta d panjangkan usia "(Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah))"...mulai hari ini berdoalah perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus... www.tips-fb.com

08 December 2011

perkara yang boleh menjadikan wanita itu disifatkan derhaka kepada suaminya


Terdapat banyak perkara yang boleh menjadikan wanita itu disifatkan derhaka kepada suaminya. Dirujuk seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

Pertamanya, menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk berjimak (bersetubuh) atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. Halangan isteri sama ada dengan perlakuannya mahupun kata -katanya. Perlakuan seperti menepis, mengelak dari disentuh oleh suami atau apa saja perlakuan sedangkan tiada alasan yang munasabah untuk isteri berbuat demikian. Ataupun jika dengan kata-kata seperti menghina, mengeji dan memburuk-burukkan suami.

Contoh seperti isteri berkata: "Tangan awak ni macam tangan monyet bila pegang saya. Atau "Bila awak sentuh saya, terasa digigit semut api sakit rasanya."

Firman Allah: "Isteri kamu adalah ladang kamu." Adalah harus dan halal perlakuan bersama di antara suami ke atas isteri dan begitu sebaliknya. Tiada hak tubuh badan suami atau isteri kecuali dalam hubungan suami isteri. Tidak halal kepada orang lain kecuali yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu dengan menghalalkan berjimak, maka wajib terhadap suami menafkahkan isterinya.

Kedua, perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada di rumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya.


Rasionalnya, suami yang prihatin dan faham, akan berasa dirinya diberi keutamaan dan perhatian oleh isterinya. Sudah pasti dia akan rasa dirinya dihargai. Tidak dibelakangkan oleh isterinya. Begitu jugalah jika mampu, suami akan memaklumkan dan mengkhabarkan kepada isterinya ke mana tujuan keluarnya.

Dijelaskan perbuatan ini dilakukan sekalipun suaminya berada di rumah adalah jelas, agar suami tidak akan mempersoalkan tindakan isterinya itu, apatah lagi jika suami tiada di rumah, maka lebih-lebihlah lagi keizinan suami diperlukan. Banyak hadith panduan dan kisah teladan dapat dirujuk bagi panduan dalam hal ini. Antaranya dikisahkan bagaimana taatnya seorang isteri tidak membelakangkan suaminya, sekalipun suaminya tiada di rumah, tetap akur dengan ketaatannya tidak keluar rumah sekalipun ayahnya meninggal, dan pelbagai lagi kisah lain sebagai teladan dan panduan isteri-isteri solehah.

Sebaliknya jika kebenaran juga diperlukan dalam tujuan keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain. Dibolehkan keluar untuk berlajar ilmu fardu ain jika suaminya tidak mampu mengajar. walhal suami sepatutnya faham dan pengetahuan dalam persoalan berkaitan isterinya. Suami perlu tahu antaranya berkaitan darah isteri, cara dan panduan beribadah isterinya kerana suami di sini wajib menunjuk ajar dan mendidik isterinya, maka memadailah hanya suami sahaja yang memberi pengetahuan ini kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak tahu dan tiada pengetahuan, suami tidak boleh menghalang isteri dari keluar untuk berlajar perkara tersebut. Maka isteri boleh keluar rumah dalam tujuan diatas.

Ketiga, isteri yang enggan berpindah bersama suaminya. Sifat engkar dan enggan adalah derhaka. Sedangkan hak ketaatan adalah kepada suaminya. Makan di mana sahaja ajakan suami, isteri tidak sewajarnya membantah, kecuali jika tujuan tersebut lebih buruk dari apa yang ada sekarang. Sikap enggan isteri ini ada kalanya betul dan boleh diterima.

Keempat, isteri mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

Kelima, memasam muka ketika berhadapan dengan suami. Oleh itu, janganlah isteri melakukan perkara ini yang boleh menyakiti hati suaminya.

Keenam, minta talak, walhal tiada masalah yang berlaku. Contohnya minta cerai kerana minat dengan lelaki lain. Maka dalam situasi ini, isteri sememangnya derhaka, malah islam dalam hal ini menggesa suami tidak menyimpan isteri yang berlakuan sebegini.

Ketujuh, berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

Kelapan, menyakiti hati suami sama ada dengan perkatan atau perbuatan.

Kesembilan, meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

Kesepuluh, membenarkan orang lain masuk kedalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. Terutamanya individu yang buruk perangainya atau akhlaknya. Larangan ini juga jelas terhadap membenarkan juga lelaki berada di rumah sedangkan suami tidak pula tahu.

Oleh itu, dengan adanya punca dan sebab yang seringkasnya di nyatakan diatas, perlulah dijauhi oleh para isteri. Agar tiada punca dapat dikaitkan dengan dirinya. Sentiasa mengabdikan diri, jiwa dan raga hanya untuk suami.

Sebagai panduan, jadikan pesanan Asma' binti Kharizah Fazariy kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya sebagai teladan kita, panduan untuk belayar di tengah lautan, katanya: "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau di besarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu."

sumber syahirul.com fb..
www.tips-fb.com

04 December 2011

5 punca utama mengapa wanita menangis


Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama.5 punca utama mengapa wanita menangis.

Hormon- Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

Manipulasi- Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan,  terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas- Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan- Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori- Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.


KEMUDIAN:
Aku berfikir lama??
Akhirnya munculah pertanyaan;

1. Adakah Lelaki yang Mau mendengarkan tangisannya?

2. Mengertikah Lelaki bahwa Hanya kepada orang yang ia sayangi mereka menangis?

3. Mereka, kaum perempuan Menangis bukan karena mereka cengeng bukan karena apa-apa, mereka menangis karena mereka percaya kamu orang tepat untuk berbagi. Namun kenapa setiap mereka menagis mereka selalu di tuduh wanita cengeng.....


www.tips-fb.com

Nabi Muhammad SAW bersabda :


“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
www.tips-fb.com

02 December 2011

kematu...bila nak buat doddle!!

Assalamualaikum...setelah membuat doddle...terhasillah dodol nih..hahaha...adoih...x ada keje latuh!! haish..minat doddle..sbb comel...dah lama teringin nak hasilkan sendiri...biasanya langsung x menjadi...kalai nie..okey kot..setelah doddle pertama n seterusnya hari ini...huhu..kematu semata2 doddle ni tau..iskh...sebenarnya sambil2 mencari idea nak masak per hari nie..tup-tup...lamanya mengadap doddle nei...kemain susah nak reka..kononnya la..hihihi....sbb tool yang jarang guna..kalau dah biasa myb makin senang...hurm minat dengan art..namun x ada peluang untuk menceburi bidang yang ecq minat nie...x tahu naper mungkin x berani mencuba hukhuk...
Amacam? garang vs manja...hihi..alahai bezanya kat mata jerp hihi...manusia pun macam tue gak pabila sesuatu berbeza...maka terdapat pelbagai bentuk rupa dalam dunia nie..hikhik...x molah garang-garang..senyum okeh!! walau apapun terjadi..berjalanlah tanpa henti...cewah!!

wassalam... www.tips-fb.com

Antara kelebihan Ayat Kursi:


1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Insyaallah


www.tips-fb.com

I S L A M_ I S_T H E_P E R F E C T_ C O D E_O F_L I F E


✿.✿¯`·.¸♥.♥¸.·´¯✿✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿
I S L A M_ I S_T H E_P E R F E C T_ C O D E_O F_L I F E
✿.✿¯`·.¸♥.♥¸.·´¯✿✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿
When you start something...
Say "Bismillah" ♥بِسْمِ الله

When you meet a Muslim...
Say "Assalamu'alaikum" ♥ْاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم

When you sneeze...
Say "Alhamdulillah" ♥اَلْحَمْدُ لِلَّه

When you hear a sad news...
Say "Inna Lillahi Wa inna ilaihi raaji'uun" ♥ْاِنَّا لِلَّهِ وَ اِناَّ اِلَيْهِ رَاجِعُون

When you wish to do something...
Say "In sha Allah" ♥اِنْ شَاءَ الله

When you thank someone...
Say "Jazak Allahu Khairan" ♥جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

When you do wrong...
Say "Astagfirullah" ♥اَسْتَغْفِرُ الله

When you see something amazing...
Say "Subhan Allah" ♥سُبْحَانَ الله www.tips-fb.com

01 December 2011

Saat hati berkata "INGIN"

Assalam...bila ECQ tgk pasangan lain dapat baby..hati pun teringin nak...melonjak3 hati ingin merasai saat itu
 namun Saat hati berkata "INGIN", 
namun ALLAH berkata "TUNGGU". ♥
 saat AIRMATA harus menitis, namun ALLAH berkata "TERSENYUMLAH". ♥ 
Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun ALLAH berkata "TERUSLAH MELANGKAH". ~>>> Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik..


Allah always has three replies to our Dua;
 1) “Yes”
 2) “Yes, but not now” 
3) “I have a better plan for you” 
There's never a 'NO'....just have faith and keep praying


www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers