Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

14 June 2011

Istimewanya seorang Wanita


1) Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

4) 2 rakaat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5) Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH dengan penuh rahmat.

9) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan ALLAH dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya pulang dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya,dia akan mendapat 12 tahun pahala ibadat.

11) Wanita yang memerah susu binatang dengan "basmalah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12) Wanita yang menguli tepung dengan "basmalh",ALLAH akan berkatkan rezekinya.

13) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14) Wanita yang menjaga solat,puasa, dan taat kepada suami,ALLAH akan mengizinkannya memasuki mana-mana pintu syurga yang dia suka.

15) Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa di siang hari.

16) Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa,dan setiap kesakitan pada satu uratnya,ALLAH akan mengurniakan satu pahala haji.

18) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia dikira sebagai mati syahid.

19) Jika wanita melayan suami tanpa khianat,dia akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20) Jika wanita menyusui anaknya,sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21) Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis,ALLAH akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22) Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh,akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24) Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah,akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALLAH di akhirat kelak,tetapi ALLAH akan datang kepada wanita yang memberati auratnya dengan memakai purdah didunia ini dengan istiqamah.

Tidak semua orang di dunia ini dilahirkan sempurna,setiap insan harus menuntut ilmu agar mendapat keredhaan ALLAH,semoga nota ini sedikit sebanyak mampu memberi pengajaran kepada wanita-wanita islam di luar sana.INSYAALLAH.. www.tips-fb.com

Sindrom prahaid boleh di atasi

USAH nak ambil pekerja wanita. Mereka banyak ambil cuti sakit. Datang haid pun pelbagai masalah yang dihadapi. Ini menyusahkan pekerja yang lain. Jadual kerja terpaksa disusun semula," keluh seorang majikan lelaki. Benarkah perkara ini berlaku?

Kedatangan haid setiap bulan adalah semula jadi dalam kehidupan seorang wanita normal. Ia tidak sewajarnya menjadi perkara yang membelenggu diri dengan pegangan tafsiran fikiran yang sempit mahupun bersikap negatif.

Namun, tidak dinafikan keadaan ini menyebabkan jadual seharian terganggu. Setiap wanita juga sepatutnya membuang tanggapan kedatangan haid setiap bulan sesuatu yang membebankan atau menyusahkan, sebaliknya perlu menerima kenyataan bahawa haid adalah sebahagian daripada kehidupan wanita dan perlu melalui semua itu.

Paling penting, elakkan diri atau cuba atasi dengan baik masalah premenstrual syndrome (PMS) atau sindrom prahaid yang dialami. Ini kerana PMS bukanlah penyakit, tetapi lebih kepada bagaimana wanita itu mengendalikan perasaan dan dirinya sendiri.

Pada masa sama, wanita perlu mengamalkan kaedah perlindungan kebersihan yang baik kerana ia penting bagi membentuk keyakinan, keceriaan dan kebebasan untuk melakukan apa yang mereka ingin ketika haid.

Hakikatnya, wanita dapat memperbaiki kehidupannya dan lebih berkeyakinan jika mengamalkan penjagaan kesihatan serta kebersihan yang betul. Di samping itu, mereka perlu mengekalkan emosi yang seimbang ketika kedatangan haid.

Kajian baru-baru ini di Australia, Hong Kong, Pakistan dan Thailand, mendapati bahawa satu dalam lima wanita menghidap PMS. Angka ini berbeza agak banyak dari satu negara ke negara lain dengan kelaziman tertinggi diperhatikan di Australia (43 peratus) dan yang terendah di Pakistan (13 peratus). Kajian itu juga menunjukkan bahawa sehingga 4 peratus wanita menghidap jenis PMS yang lebih teruk, dipanggil kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder, PMDD).

Kajian tersebut dijalankan dengan penyertaan 1,602 wanita berumur antara 15 dan 49 tahun di Australia, Hong Kong, Pakistan dan Thailand, merupakan yang pertama menentukan kelaziman PMS dan PMDD di Asia Pasifik.

PMS adalah suatu kecelaruan biasa yang dikaitkan dengan perubahan hormon akibat kitaran haid dan menjejaskan wanita pada usia biak mereka, lazimnya berumur antara 25 dan 352. Bagi ramai wanita simptom PMS biasa yang dialami tujuh hingga 10 hari sebelum haid termasuk sakit kepala, kekejangan abdomen, lesu, kembung, mengidam makanan, selera bertambah dan gangguan tidur. Sesetengah wanita juga mengalami simptom emosi seperti perubahan perasaan, keresahan dan kemurungan. PMS, dalam bentuknya yang lebih teruk, dipanggil PMDD, dan boleh menjadi cukup serius untuk memberi kesan negatif kepada perhubungan seorang wanita, aktiviti sosial dan produktiviti kerjanya.

Mengulas bahawa PMS adalah suatu keadaan perubatan biasa yang dihidap oleh jutaan wanita di seluruh dunia ketiga termasuk Malaysia, pakar obstetrik dan ginekologi, Profesor Jamiyah Hassan, berkata, apabila simptom-simptom ini menjadi cukup teruk sehingga menghalang aktiviti harian seorang wanita atau mempunyai kesan mudarat terhadap pandangan dan perhubungan hidupnya, mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan.

Malangnya, kebanyakan wanita seperti ini menderita dalam senyap setiap bulan dan tidak berjumpa doktor untuk mengurus simptom itu dengan lebih baik.

Apa pandangan

pakar

"Kajian menunjukkan bahawa PMS menjejaskan wanita dalam prestasi kerja, pengurusan rumah serta perhubungan dengan keluarga dan pasangan mereka.

"Dan 63 peratus penghidap PMS tidak pernah berjumpa doktor untuk simptom mereka, manakala 44 peratus penghidap PMDD tidak pernah langsung berbuat demikian," katanya pada majlis pelancaran YAZ oleh Bayer Schering Pharma.

Ia merupakan satu lagi inovasi kontraseptif pertama dan tunggal yang terbukti secara klinikal boleh mengurangkan sindrom prahaid kedua.

Tambah Prof Jamiyah, ramai wanita di Asia Pasifik percaya bahawa PMS adalah pelopor 'normal' bagi haid, atau ia hanya suatu perkara yang mesti bagi seorang wanita.

Ini suatu persepsi yang sangat merosakkan kerana ia menghalang wanita daripada mencari dan mendapatkan kelegaan untuk ketegangan yang dialami.

"Kini, pengurusan PMS atau PMDD sepatutnya lebih daripada kelegaan sementara simptom itu sahaja kerana wanita moden yang aktif ingin menikmati kebebasan untuk menjadi diri mereka setiap hari dalam setiap bulan.

Sebagai pakar penjagaan kesihatan profesional, kami mengalu-alukan pilihan baru yang boleh membebaskan pesakit daripada simptom PMS dan PMDD yang menyedihkan itu supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik," tambah beliau.

Dalam pada itu, pengenalan YAZ dijangka memberi kelegaan kepada wanita Malaysia yang menghidap simptom prahaid fizikal dan emosi yang teruk setiap bulan.

YAZ diluluskan di Malaysia sebagai suatu kontraseptif oral, untuk merawat simptom emosi dan fizikal akibat kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder) sesuai dengan gaya hidup wanita moden.

Sementara itu, Profesor Lee P. Shulman dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwestern di Chicago, berkata, dengan pil hormon aktif baru itu, terdapat pengurangan turun naik paras hormon sepanjang kitaran bulanan wanita yang boleh membantu mengurangkan simptom berkaitan dengan PMS teruk sehingga 50 peratus.

"Dengan kemajuan dalam rawatan PMS dan PMDD, wanita perlu berjumpa pakar perubatan profesional mereka bagi menilai pilihan terbaik untuk merawat simptom prahaid mereka supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik," ujar beliau.
sumber utusan malaysia online. www.tips-fb.com

Study Memahami suami...ngeee

sekadar renungan bersama… semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:
 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
 5) Lelaki yang baik sangka
 6) Lelaki yang tak pernah putus asa
 7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL.
..................
kutipan dari : motivasi..Dr hm tuah. www.tips-fb.com

Kasih sayang itu tanda kekuasaan Allah S.W.T

"Kita x perlu mencari cari seorang manusia yg SEMPURNA utk menjadi TEMAN SEJATI, cukuplah mempunyai Seorg TEMAN yg menjadikan kita SEMPURNA apabila BERSAMANYA.. ..

Terima lah dia seadanya...apa yg diharapkan kesempurnaan si dia andai kita tidak sesempurna mana....jadi lah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain...

I love u so much hubby...terima kasih d atas segalanya..mencintai,dicintai,menyayangi,disayangi,merindui,dirindui..InsyaAllah hubby adalah seorang teman yang menjadikan ayang SEMPURNA apabila BERSAMA hubby..Syukur padaMu ya Allah, menyatukan kami berdua, sesungguhnya sangat bahagia apabila membina "MASJID" dari restuMu dan restu kedua ibubapa...semoga kami sentiasa di bawah lidunganMu, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.walaupun hubby tak di samping ayang, namun ayang sentiasa mengharapkan dan berdoa semoga kita bersatu kembali dan hidup bersama-sama, ayang sangat merindukan saat itu, namun ayang juga bersyukur hubby jauh untuk masa depan kita bersama. Ayang sentiasa mendoakan hubby, dapat menjalankan tugas dengan sempurna, tak sabar rasanya nak tgk hubby pakai uniform...hehe..semoga impian hubby tercapai hendakNya.semuanya dengan izin Allah.

My hubby, my hero, my everything...i love u dear..
kasih sayang seorang suami itu cukup indah daripada kasih sayang seorang kekasih yang belum diijabkabulkan.
Syukur padaMU YA ALLAH.
Perpisahan dalam percintaan yang belum puas, menambahkan eratnya kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari.
Ayang sentiasa menanti kepulangan hubby, sangat sabar menanti.InsyaAllah.
www.tips-fb.com

Hadiah berharga buat yang tersayang

Pemberian material belum mampu tambat kasih

KITA sering merasakan ingin dihargai tetapi pernahkah kita menghargai orang yang disayangi. Oleh itu, marilah kita menghargai saudara seagama menurut perspektif Islam tanpa menilai rupa, harta dan jagalah adab apabila bersama mereka.
Ada beberapa kepentingan yang harus kita pelihara supaya ukhuwah kekal dalam dakapan menuju reda Allah seperti menjaga sikap, saling menasihati, memahami dan bantu-membantu.

Tiap yang asas itu ada perhiasannya, begitu juga ukhuwah, ada perhiasan yang sesuai. Perhiasan bukanlah sesuatu kewajipan tetapi ia seolah garam dalam makanan dan gula dalam minuman. Apabila dipraktikkan, kekuatan ukhuwah itu makin terasa dan tembok perbalahan tidak akan terbina.
Cara kita menghargai saudara kita ialah dengan memberi hadiah dan antara hadiah itu ialah:

Kehadiran
Kehadiran orang yang dikasihi adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Memang kita boleh hadir dengan menghantar surat, e-mel, laman facebook, telefon, foto dan banyak lagi dengan teknologi canggih kini.

Namun, dengan berada di samping mereka kita akan dapat berbagi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh. Oleh itu, jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.
Mendengar
Sedikit orang yang mampu memberikan hadiah seperti ini, kerana kebanyakan kita lebih suka dirinya didengari berbanding dia mendengar. Keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar.

Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, secara tidak langsung kita juga menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk mendengar dengan baik, pastikan anda dalam keadaan tenang supaya dapat memahami apa yang disampaikan.

Diam
Dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segala-galanya, dia boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberi ruang.

Kebebasan
Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang disayangi. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengekangnya? Memberi kebebasan adalah salah satu bukti cinta.

Makna kebebasan bukanlah bebas berbuat sesuka hati tetapi memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan.

Keindahan
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga adalah hadiah. Bahkan tidak salah jika anda tampil cantik tiap hari begitu juga memastikan kediaman juga indah.

Tanggapan positif
Sedar atau tidak, kita sering memberi penilaian negatif terhadap fikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayang. Kali ini cuba hadiahkan tanggapan positif, nyatakan dengan jelas dan tulus. Cuba ingat berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih terhadap apa yang dilakukannya demi anda. Ingat pula, pernahkah anda memujinya. Ucapan terima kasih, pujian dan permintaan maaf adalah hadiah cinta yang sering dilupakan.

Kesediaan mengalah
Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran, apalagi hingga menjadi perbalahan yang hebat. Semestinya anda pertimbangkan apakah ia perbalahan itu berbaloi dan apabila ini berlaku, mungkin ada baiknya anda mengalah.

Kesalahannya mungkin terlewat tiba untuk temu janji dan itu adalah kali pertama, jadi perlukah pertengkaran dibiarkan berlanjutan. Kesediaan untuk mengalah boleh menghilangkan perasaan sakit hati dan menyedarkan kita bahawa manusia tidak sempurna.

Senyuman
Kekuatan senyuman amat luar biasa lebih-lebih lagi senyuman diberi dengan tulus, boleh menghangatkan hubungan yang dingin dan menjadi semangat kepada yang berputus asa. Senyuman juga isyarat untuk membuka diri kepada dunia sekeliling kita. Senyum itu juga ibadah.

Mari bersama menilai hadiah apakah yang sudah kita beri kepada yang tersayang dan mana yang belum. Jadikan pemberian hadiah sebagai pengikat kasih sayang yang memperkukuhkan ukhuwah.

Pecahlah batu dipukul besi, berubah hanya dititis air, mana mungkin jiwa pendakwah dapat merubah sekeping hati melainkan ia bertakhtakan kasih.

Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lapanhadiahberhargauntukorangtersayang/Article www.tips-fb.com

13 June 2011

Shomell!!!


Hehe x tahulah anak mat saleh mana nie..yg penting shomell!! sangat2...editing by me..mama cakap kalau preggy selalulah tgk babay yg shomell...hehe haipp!!  sy belum preggy, tp just ambik aura jerp...haha.. www.tips-fb.com

Amalan doa selepas solat fardhu

Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud) www.tips-fb.com

12 June 2011

Bila kelajuan broadband d kuasai hihihi..

Assalamualaikum dan salam petang, seronoknya bila broadbnd kesayangan nie..d kuatkuasakan TURBO...haha..yerla mana taknya kan..kekandang slow sangat...dengan snail laju snail tahu tak!! hehe...menjadilah jugak kredit to http://www.hafizstory.com kalau ada yang nak try jus klik link tue yerp coz saya pun belajar dari en hafiz nie..tq...hehe..saya suka sangat kalau bahan-bahan yang baik nie...seronok...selamat mencuba yerp!! www.tips-fb.com

Kelebihan membaca Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة)


Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.

Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin. www.tips-fb.com

Lelaki & perempuan perlu tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! www.tips-fb.com

Wang, harta tak menjanjikan kebahagiaan...tp

Assalamualaikum dan selamat pagi buat rakan blogger...apa ertinya wang,harta tak menjanjikan kebahagiaan? tp kalau x ada wang..ramai yang mengeluh...x cukup duit untuk itu dan ini manusia ramai yang mengeluh...tak fahamkan, bayangkan kalau banyak sangat kehendak daripada kemampuan pasti seseorang tue akan sepertinya "ayam berak kapur" huhuhu..mana tidaknya nak sesuatu tapi x mampu nak beli sebab duit tak cukup...ramai yang begitu...tp pernah tak fikir orang yang banyak duit, kaya raya...diorang bahagia tak? jarang-jarang yang kita lihat dari mata kasar mereka2 nie hidup dengan penuh kasih sayang dan bahagia, memang ada tp nisbahnya sangat kecil...walaupun mereka dapat apa yang mereka mahu, hidup makan pakai yang berlebih-lebihan, bukan setakat cukup tp dah lebih dah...hehehe..


tp kadang-kadang hidup mereka terlalu ghairah mencari harta dunia sehinggakan ada yang lupa rezeki itu datangnya daripada SIAPA...lupa untuk bersyukur dan bertetima kasih.leka dan lalai, sedangkan kalau kita tgk keluarga yang x susah dan taklah senang sangat hidup mereka dalam besederhana membeli bila mampu sahaja, mereka adalah kalangan yang sentiasa bersyukur dan tidak pernah lupa rezeki yang Allah kurniakan..memang hidup yang lebih baik mestilah mempunyai wang dan berharta memandangkan zaman milennium sekarang nie..tp kalau kita x selaraskan dengan mengingati Allah semua itu hanyalah sia-sia..hidup kita d dunia hnyalah sementara, memang Allah menyukai orang yang berjaya dalam hidupnya namun pastinya selaras dengan mengingatiNya..wallahuallah. www.tips-fb.com

10 June 2011

Saya tak faham

Assalamualaikum..dan selamat malam..kenapa lah agaknya yerp!! post title nie  "saya tak faham"? hehe...saya sebenarnya tak faham dengan kerongkong saya nie...tak tahu apa masalah, dah dua minggu sakit pastu kurang and then sakit lagi..dah kemam macam2 ubat dah..dah telan macam2 dah pun tp satu jerp belum..belum jumpa doc pun lagi..dah berapa kali hubby pesan dah..tuelah x dengar cakap hubby kan..tp semalam dah ok dah..menelan pun dah tak sakit, tetiba malam nie terasa kembali peritnya menelan..uishh..apa masalah pun tak tahu..kejap ok kejap ko..huhuhu..xleh jadilah macam gini...kan..kan..kalau hubby ada bersama confirm dah kena pegi jumpa doc dah nie...tp bila hubby tak berada d cc, penyakit malas nak jumpa doc tue...menebal sangat2..tak tahulah why...hihihi..hopefully will b ok ASAP...huhu..x nak p jumpa doc...doakan saya ok...

actually rindu tahap gaban dekat hubby huhu..myb sbb tuelah sakit nie tak baik-baik...erm namo lah kerongkong, jangan manja-manja ok..nanti kita jumpa hubby ok...hohoho...really need u sweety pie...miss u like crazy..Allah jerk yang tahu..sepanjang hubby tak ada d cc, asyik x sihat jerk memanjang, lepas sembuh itu itu pulak,,,and then itu...itu dan itu.... www.tips-fb.com

12 NASEHAT KEPADA AKHI WA UKHTI FILLAH

~*12 NASEHAT KEPADA AKHI WA UKHTI FILLAH*~
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
sumber https://www.facebook.com/pages/Muslimah-Sholehah/162855667087038

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
Bismillaahirrahmaanirrahiim

Akhi wa Ukhti Fillah..
1.Jauhilah olehmu banyak bicara (yg tdk bermanfa'at) dan jagalah lisanmu dari cerewet. sesungguhnya Allah berfirman: ''Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan dari orang yg menyuruh (manusia)memberi sedekah atau berbuat ma'ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia(An-Nisa:114) ketahuilah bahwa di sana ada orang yg menghisab pembicaraanmu dan menghitung atasmu. Ringkaslah pembicaraanmu,dan bicaralah sebatas maksud dan tujuanmu.

2.Bacalah AL-Quran Al-Kariem dan berusahalah agar ia menjadi wirid harianmu,jg berusahalah utk menghafalkannya sesuai dgn kemampuanmu agar engkau memperoleh pahala yg besar kelak di hari kiamat. Diriwayatkan dari Abdullah bin amir Radhiyallahu Anhu,dari Nabi shallahu'Alaihi wasalam beliau bersabda:''Kelak (di hari kiamat ) akan di katakan kepada pembaca Al-Quran,bacalah,pelan-pelanlah dan tartilah (dalam membacanya )sebagaimana kamu mentartilkannya ketika di dunia, sesungguhnya tempat dan kedudukanmu ada pada akhir ayat yg kamu baca, (Hadist Shahih,Tirmidzi 1329).

3.Tidak baik jika kamu membicarakan semua pembicaraan yg telah kamu dengar,sebab demikian itu memberi peluang kepadamu utk jatuh dalam lubang kebohongan, Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu meriwayatkan:''sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda: ''Cukuplah seorang dianggap sebagai pembohong,jika dia membicarakan semua apa yg telah di dengarnya.(Muslim dlm Mukaddimahnya,Hadist ayat 5).

4.Jauhilah sifat sombong dan bangga diri dgn sesuatu yg bukan milikmu karena utk pamer dan menyombongkan diri di depan umum. Diriwayatkan Dari Aisyah Radhiyallahu'Anhu bahwa ada seorang perempuan yg berkata: ''Wahai Rasulullah,aku katakan bahwa suamiku telah memberiku sesuatu yg tidak pernah di berikan kepadaku,kemudian rasulullah brsabda:''Orang yg merasa kenyang dgn sesuatu yg tdk di berikan kepadanya sebagaimana orang yg memakai pakaian kepalsuan(Muttafaq Alaih).

5.Sesungguhnya zikir kepada Allah memiliki pengaruh yg Agung bagi kehidupan Ruh,jiwa badan dan sosial muslim.oleh karena itu wahai ukhti muslimah berusahalah berdzikir kepada Allah dlm setiap saat dan keadaan,sesungguhnya Allah telah memuji hamba-hamba-NYA yg ikhlas kepada-NYA,firman-NYA::''yaitu orang-orang yg meninggal (dzikir) Allah sambil berdiri atau duduk atau dlm keadaan berbaring,9Ali_Imran:191).

6.Jika engkau hendak berbicara jgn lah engkau agung-agungkan,jgn engkau fasih-fasihkan dan jgn pula engkau buat-buat sebab yg demikian itu adalah sifat yg di benci oleh Rasulullah. Beliau bersabda:''sesungguhnya orang yg paling Aku benci dan paling jauh tmpat duduknya kelak di hari kiamat ialah mereka yg suka bicara (yg tdk berfaedah)dan yg suka mengada-adakan pembicaraannya dan para Mutafaihiqun (orang yg mengagung-agungkan pembicaraan bohong) (Hadist shahih ,diriwayatkan oleh tarmidzi,1642).

7.Hendaklah engkau berteladan kepada Rasulullah yg senantiasa lebih banyak diam dan berfikir tdk memperbanyak tertawa apalagi berlebih-lebihan di dlmnya. jika kamu berbicara maka batasilah pembicaraanmu hanya yg baik-baik saja,jika kamu tdk bisa maka diam itu lebih baik bagimu,Rasulullah bersabda:''Barang siapa yg beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia mengatakan yg baik atau lebih baik diam.(Bukhari).

8.Janganlah sekali-kali memutus sebuah pembicaraan orang lain atau membantahnya atau menampakkan pelecehan terhadapnya,tetapi jadilah pendengar yg baik yg mendengarkan pembicaraan orang lain dgn sopan (sebagai tanda budi baikmu)dan jika engkau trpaksa membantah ucapan mereka bantahlah dgn cara yg lebih baik (utk menampakkan kepribadianmu).

9.Waspadalah sepenuhnya dgn sikap mengejek dan merendahkan dialek pembicaraan orang lain seperti terhadap orang yg kurang lancar bicaranya atau terhadap mereka yg berbicara dgn tersendat sendat............Allah berfirman:''Hai orang-orang yg beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yg lain (karena) boleh jd mereka (yg di olok-olokkan)lebih baik dari mereka yg mengolok-olok dan jgn pula wanita-wanita(mengolok-olok)wanita-wanita lain (karena)boleh jd wanita(yg di olok -olokkan)lebih baik daripada wanita (mengolok-olok),,(Al-Hujurat:11).

10.jika engkau mendengar bacaan Al-Quran Al-karim,maka hentikanlah pembicaraanmu apapun masalah yg sedang engkau bicarakan,karena menghormati terhadap kalamullah. dan utk mengindah perintah-NYA yg mana Allah telah berfirman:''Dan apabila di bacakan Al-Quran maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dgn baik (tenang)agar kamu mendapat Rahmat. (Al-Araf:204).

11.senantiasa menimbang kata-kata (ucapanmu) sebelum di ucapkan oleh lisanmu,dan berusahalah agar kalimat yg terucap oleh lisanmu adalah kalimat yg baik dan menyejukkan tetap dlm kerangka jalan kebaikan,jauh dari keburukan dan sesuatu yg menghantarkan kepada Murka Allah,sesungguhnya kata-kata itu memiliki tanggung jawab yg besar,sdh berapa banyak kata-kata yg memasukan pengucapnya ke dlm syurga.sebaliknya sdh berapa banyak kata-kata yg menenggelamkan pengucapannya ke lembah jahanam. Diriwayatkan dari Abu hurairah Radhiyallahu'Anhu dari Nabi Muhammad bersabda:''sesungguhnya seorang hamba berbicara dgn sebuah pembicaraan yg mengandung Ridho Allah,seakan-akan manusia tdk peduli dgnnyamaka Allah akan mengangkatnya dgnnya beberapa derajat,dan seorang hamba berbicara dgn suatu yg di murkai Allah,seakan-akan manusia tdk peduli dgnnya maka Allah menceburkannya karenanya ke dalam lembah neraka jahanam.(HR.Bukhari:64-78).

12.Pergunakanlah lisanmu utk beramal ma'ruf dan nahyu munkar serta utk berdakwah kepada kebaikan,karena lisan adalah nikmat Allah yg agung yg telah dikaruniakan kepadamu. Allah berfirman:''Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan dari orang yg menyuruh(manusia)memberi sedekah atau berbuat Ma'ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia,(An-Nisa:114)..... www.tips-fb.com

Sikap sy yg tak leh nak buang!!

Assalamualaikum dan selamat petang, tadi kakak sy tawarkan buah salak...saya pun cakaplah nak..ingatkan dah terkopek kulitnya, upenya blum..saya pun muncung la buat seketika haha..dalam hati berkata kalau mama ataupun hubby ada..dah tentu tolong kupaskan..suka sangat bila ada yang kupaskan apatahlagi suapkan..rasa dimanja2 gituh..hihi..biasalah dah terbiasa d manja kot..lalala..."bomsu key!!" hahaha...kalau kat kampung bila nak makan salak jerk pegi cari mama, sbb nak mama kupaskan, bukan malas sebnarnya tp kulit salak tue tajam sangat kot..haha..kadang-kadang mama siap kupaskan siap2 untuk saya...saya suka!! hehe, tapi hari nie x dapat pulak...sepatutnya hubby gantikan kan..hehe tp hubby pun jauh di mata dekat d hati, nak buek camano laie..haha


nak makan terpaksa sendiri yerp!! tp kalau kupas sendiri tue satu buah jelah makan kan...sebaliknya kalau makan yang telah terkupas, memang 2,3 la makan buah salaknya, salak papa saya memang manis, x sama pun kalau beli kat mana2...besar dan manis..huhuhu..nak cuba meh ler singgah d istana saya kat machang kelantan... www.tips-fb.com

Price Tag...by najwa latif..she so cute!!



 Seems like everybody’s got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can’t even have a good time

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We’re paying with love tonight
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

Okay!
We need to take it back in time,
When music made us all unite
And it wasn’t low blows and video hoes,
Am I the only one getting tired
Why is everybody so obsessed
Money can’t buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we’ll be feeling Alright.

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We’re paying with love tonight
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.


Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag. www.tips-fb.com

Saya TAK SUKA!!

Assalamualaikum, dan selamat pagi...apa cerita anda hari nie...hehe, saya pula nak bercerita tentang list kat facebook saya, ramai yang add dan lama sudah tidak bertemu tp sekadar add sahaja, namun untuk menegur jauh sekali, saya tak pasti diorang nie add untuk apa??? memang kenal lagi saya atau pun tak, tp kalau tak kenal xkan la diorang add pulakkan? add maknanya kenal sbb saya pun apprve org yang saya kenal sahaja, memandangkan saya macam tue sudah tentu saya pun kenal dia...tp yang menghairan kan saya, add tapi tak pernah nak bertegur, sdgkan dah bertahun lamanya menghilang, patutkah? begitu...x patutkan? so apa pendapat anda? diorang nie add untuk apa sebenarnya yerk? kalau sekadar nak membanyakkan friends list, x payahlah sbb saya tak berminat nak jadi kawan pasif macam tue...sekadar friends list sampai berjuta pun tp sekadar nama, x pernah tegur buat hape?? x ada maknanya kan?memanglah berkawan biar ramai...namun berkawan biarlah betul2 berkawan...bukan sekadar "mengumpul" kawan, jerk tau!! ada setengah tue pulak saya tnya dia kenal tak saya...tp jawabnya tak kenal..yg tue sy tak kesahlah mungkin dia memang btul2 tak kenal...tp tak nak kenal pun dgn saya, mana tidaknya lepas cakap tak kenal senyap terus dan langsung tak bertanya siapakah gerangan saya ini...hmm, manusia mempunyai pelbagai watak, semuanya sukar untuk di ramal, walaupun dulu kita pernah rapat dengan seseorang itu, namun tak mustahil dia lupakan kita dan kenangan kita bersama dia kan?X MUSTAHIL..huhuhu...

tp saya RESPECT dgn kawan saya sorang nie...walaupun dia jarang nak on9 kat fb ker hape ker...dia selalu tnya khabar...antar msg, ada jugak yang ikhlas berkawan dgn saya, saya amat menghargai dia, mungkin dulu dia kurang mennjukkan sikap matang pada dirinya, tp setelah dekat 2 tahun terpisah dia dah semakin matang meniti ranjau kehidupannya, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. www.tips-fb.com

09 June 2011

Drink milk for healthy growth!!

Assalamualaikum dan selamat malam..yeah!! "drink milk for healthy growth" hehe...saya baru jerk start minum susu setiap hari akhir tahun yang lepas sbb saya selalu lenguh-lenguh doc cakap kurang kalsium, so saya ambik susu setiap hari, susu Anlene..bagus untuk tulang,bukan apa untuk tulang yang kuat...hehe..sejak saya minum susu lenguh-lenguh saya pun dah kurang, masalah sukar tidur pun kembalik NORMAL Alhamdulillah...tp saya tak tahu pulak yang susu nie boleh di jadikan "TERAPI MINDA" saya ada terbaca kat salah satu laman web nie, dia cakap susu boleh mengurangkan rasa marah Jika anda cepat marah dan berasa jiwa tidak tenang dan sudah puas mencuba pelbagai petua serta menghabiskan ribuan ringgit untuk mengatasinya, mengapa tidak mencuba satu cara murah dan enak.



Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu. Selain susu, apa saja makanan yang kaya dengan kalsium berupaya menenangkan jiwa.

Pakar pemakanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Suhaila Mohamed, berkata ada banyak faktor menyebabkan seseorang cepat marah.

Katanya, makanan mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk meredakan kemarahan, tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak.

“Sudah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenangkan jiwa. Malah, kajian mendapati antara faktor menyebabkan kemarahan ialah kekurangan kalsium.

“Perhatikan bayi selepas minum susu mudah tidur lena. Begitu juga orang yang menghadapi masalah tidur, antara petuanya ialah minum susu supaya mudah mengantuk,” katanya.

Dr Suhaila juga berkata, wanita yang sedang haid sering dikatakan mudah cepat marah dan dari segi sains, keadaan ini berlaku kerana ketika itu keperluan kalsium meningkat, tetapi tidak dipenuhi.

Beliau berkata, keperluan kalsium amat penting termasuk untuk mengurangkan rasa sakit dan wanita yang hendak bersalin digalakkan minum susu untuk mengurangkan rasa sakit, manakala golongan tua perlu mengambil kalsium yang cukup untuk mengelakkan pereputan tulang.

Pada usia tua, katanya kalsium banyak digunakan untuk tugas lain menyebabkan kekurangan penyerapan bahan itu menyebabkan tulang menjadi berongga dan keadaan fizikal seperti bongkok boleh berlaku.
sumber halaqah.net

Jadi tunggu apa lagi jom kita amalkan minum susu untuk hidup yang lebih sihat!!! www.tips-fb.com

Saya tak BANGGA Tp Saya Akan BANGGA kalau...

Saya x bangga kalo pasangan saya ada Master @ PhD pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya belajar di luar negara pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya bergaji besar pun...
Saya x bangga kalo pasangan saya cantik @ hensem sgt pun...

tapi,saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA..
I LOVE U hubby...terima kasih Ya ALLAH.
www.tips-fb.com

Merah menyalanya mataku...

Assalamualaikum..selamat petang, hari nie rasa tak sihat pulak..lepas sakit kerongkong, sekarang sakit mata pulak dah..dugaan..


Conjuntivitis (sakit mata atau mata merah)
Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.

Punca penyakit

1. bakteria( jenis haemophilus)

2. jangkitan virus (beserta selsema )

3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:

· tangan yang tercemar

· tuala

· alat kosmetik

· bulu mata palsu

· kanta sentuh

tanda-tanda:

· gatal

· mata merah

· perit terkena cahaya

· mata bertahi

· bengkak mata

· sakit

· rasa “pasir” dalam mata

· kabur penglihatan

tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:

Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

· mengelakan tangan menyentuh mata

· kerap menyuci tangan

· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan

· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata

· penggunaan kanta sentuh secara bersih

· memakai alat pelindung mata apabila perlu

· tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:

Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda

· penglihatan berubah

· sakit mata yang bersangatan

· sakit ketika menggerakkan bola mata

· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat

· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti

· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.

Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:

· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.

· Elakkan daripada menggosok mata.

· Kerap mencuci tangan.

· Jauhkan tangan daripada mata.

· Gunakan kacamata hitam.

· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.

· Elakkan menggunakan kanta sentuh.

· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

Disediakan oleh:

Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan .sila hubungi Pegawai Perubatan PKPUUM untuk maklumat lanjut.
sumber http://amirfazwan.wordpress.com www.tips-fb.com

In the WOMB

Rasa nak nagis tgk video nie...besarnya pengorbanan seorang ibu...bertuah sesiapa sahaja yang pernah merasai saat begini...semoga Allah memberi rezeki kepada kami, Amin.

www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers