Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

30 September 2011

Rahsia bulan kelahiran


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
www.tips-fb.com

ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

kredit: ct nafisa
www.tips-fb.com

(¯''•.¸* Kisah Pensil & Pemadam * ¸.•''¯)



Pensil• Saya minta maaf..

Pemadam• Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil• saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam• Itu betul✔ Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

**Ini lah nama nye persahabatan sejati~tpi syg pensil ngan pemadam yg dpt b'fkr mcm tu...ssh nk jmpa manusia yg b'fkr mcm tu skrang ni...(。◕‿◕。)
www.tips-fb.com

29 September 2011

Untuk Wanita seorang isteri dan bakal


Untuk semua wanita yang bergelar istri
maupun yang bakal menjadi istri…
mari kita hayati apa yang terbetik
dalam syair dibawah ini……..
Pernikahan ataupun perkawinan,
Membuka tabir rahasia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setakwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu
hanyalah pria akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun rumah tangga
yang sakinah
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung,
Kamu penghuninya,
Suami adalah Nahkoda kapal,
Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal,
Kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,
Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa,
Kamu lah penawar obatnya,
Seandainya Suami masinis yang lancang,
sabarlah memperingatkannya …
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan ridha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi perhiasan dunia
Sebagai Wanita solehah…
www.tips-fb.com

Pendiam

‎"x berckp bnyk (pendiam) bukan bermaksud seseorang itu seorang yg 
sombong"........mugkin dia lebih selesa dgn duk diam jerp
Setiap yang ada pada diri  seseorang adalah kelebihan dan kelemahan masing-masing, jangan cepat sangat menilai sesuatu negatif kepada seseorang, sentiasalag berfikiran positif...terutama kepada golongan pendiam...macam saya...huhuhu...pendiam tak pendiam sangatlah...bak kata kawan saya "tp kalau dah "bergabung" xdenya org kata pendiam...tul x? bergabung maksudnya...bergabung dgn org yang "ngam" haha...maknanya xdelah pendiam kan..."pendiam bertempat" haha...satu sifat baru saya ciptakan...nak kongsi sikit...kelebihan pendiam...kelebihan bnyak ckp...nanti2lah erk..haha..




Kelebihan manusia pendiam
1. Merupakan pendengar yang bagus. Biasa akan menjadi sasaran orang-orang untuk menceritakan masalah..
2. Sukar diketahui kelemahan. Selain dari kelemahan berkomunikasi sukar untuk orang lain mengetahui samada beliau sebenarnya bijak atau sebaliknya.. Kelemahan tentu disimpan dalam diri..
3. Mempunyai kelebihan menganalisa orang lain. Kebiasaan orang pendiam akan lebih memerhatikan sifat orang lain. Janganlah memperbodohkan orang lain. Si Zool selalu jumpa manusia camni.. Kelakar pun ada mentang-mentang si Zool ni diam dia kelentong-kelentong walaupun perkara tersebut tak perlu dikelentong pun.. Tapi tu le masing-masing punya caranya..
4. Boleh simpan rahsia ( bagi sesetengah orang).. Almaklumlah beliau tak banyak bercakap jadi risiko untuk rahsia disebar mungkin kurang berbanding manusia bermulut tempayan.. Huhuhuhuhuhu..
5. Tak kacau orang.. Berbanding mereka yang bising, orang pendiam kurang menganggu hidup orang lain. Faham tak?? Okay, orang pendiam jarang melakukan tugasan ‘tikam belakang’, ‘bodek membodek’ dan sewaktu dengannya. Kebiasaannya mereka lebih menumpu pada hidup sendiri berbanding kes orang lain. Jarang sekali nak ‘jaga tepi kain orang’.
Okay cukup untuk entri setakat ini. Saya akui pendiam juga mempunyai kelemahan tetapi tak perlu dinyatakan kerana persepsi negatif hanya akan mengundang kejatuhan sahaja. Lebih elok dibicarakan hal-hal positif sahaja..
Sebenarnya setiap manusia mempunyai personaliti masing-masing. Mungkin ada antara yang memandang rendah pada manusia yang pendiam. Perlu diingat bahawa setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang tertentu. Tidak semuanya sama seperti kita. Ianya dihadirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Sekian..
http://ligakampung.com/blog/hidup-seorang-pendiam/
www.tips-fb.com

28 September 2011

Bila CINTA

As-salam..buat sahabat blogger..apa khabar pagi nie..sudah sekian lama x beren3..sejak berpindah tinggal bersama suami..d johor..bahagia rasanya dapat melayan suami seperti insan-insan lain yang bergelar isteri...dapat jaga makan,minum,pakai serta menguruskan rumah tangga...supaya menjadi sebuah keluarga yang sempurna..syukur atas nikmat Allah..berkat kesabaran dan tanggungjawab yang telah di kurniakan...hidup kami     lebih sempurna...Amin..cinta amat selesa dengan keadaan sekarang...cinta nak bekerja..tp cinta x tahu kerja apa yg sesuai untuk cinta..dalam dilemma la..apply goverment x dapt2...so buat masa nie cinta hanyalah housewife...bekerja untuk suami tercinta....betul ker, kalau jadi seorang surirumah tangga, org x respect?hurm..dgr2nya macamtuelah kan...pasti ada mulut yang berbicara hal-hal yang negatif..terhadap kita...nak keje la...tp nantilah...belum bersedia..hahaha...bekerja pun penting untuk masa hadapan..kan? sediakan payung sebelum hujan...jangan terlalu bergntung terhadap org sekeliling kita...tp kan ckp memang la senang...nak buat tue cam payah cket...huhu..nak..nak..budak bongsu, nak org suap jerk memanjang...hahaha..okeylah apa2 pun doakan yang terbaik untuk cinta dan suami okey...doakan cinta dapat kuatkan semangat...bekerja, menjadi seorang suri,ummi yang sempurna...supaya dapat tolong...papamama...cinta sendiri...yerlah kalau kerja dapat jugak bagi apa yg patut anak bagi untuk ibubapa kan...Amin...x kerja pun dapat bagi tp x sebnyk kita bekerja sendiri..kan? www.tips-fb.com

12 September 2011

Alahai...lamanya

Gud morning!!! hurm sudah lama x menaip n3 nie..sejak hubby dah di samping dan juga sejak berpindah ke johor nie..dah kurang masa dah mungkin...hehehe..nie lum keje, kalau keje mungkin setahun 2,3 kali menaip n3..huhuhu..sejak akhir-akhir nie pun badan rasa cam lemau jerk, mngkin letih berpindah belum hilang kot..tapi hati tetap seronok, sbb dah ada rumah dan family sendiri...syukur pada Allah..Alhamdulillah..minggu lepas balik cuti raya, seminggu jugak..la..seronok, balik kelantan, g kl and then baru balik johor..huhuhu..agak penat walaupun duk sebelah driver jerk..hahaha..apathlagi driver kan?tp xper kudrat wanita dan lelaki x sama...kalau wanita lenguh banyak...bg lelaki lenguhnya ckit jerk..hehe...namanya lelaki...kalau tak bukan ketua keluarga kan...actually x ada idea bnyak nak menaip...tekak rasa cam loya jerk...x tahulah kenapa..okey...chow luh...huhu..lain masa i rasa nak menaip i check-in balik...chow!!chow!!cincau www.tips-fb.com

13 August 2011

menjelang hari raya 2011

Assalamualaikum, selamat pagi...selamat berhujung minggu...hujung minggu nie pasti ada yang tido balik lepas solat subuh nie...hehe apatah lagi puasa nie kan, sahih punyalah...kihkih...nak cover untuk hari bekerja la katakan...lalala...apesala lak entry nie pasal raya lak...iskh..lambat lagi la kan..truk..truk..hehe..x ada apalah...maklumlah sekarang tgh dengar lagu raya kan...tetiba tajuk e3 nie tertaip kat post...hahaha..hurm..puasa dan raya tahun nie...buat pertama kalinya bergelar seorang isteri, namun x dapat nak sambut sama-sama..hubby x pat cuti..mungkin lepas raya kalau ya pun kan...nak pegi sana xleh lagi...rumah on the way in progress...huhuhu..banyak bnda lagi tak selesai, cian hubby..dahla bulan puasa kan..so terpaksa wat ansur-ansur...its okey dear..hehe..tp rindu x yah cakap ahh...korang tak faham kot...hahaha...pastu kan raya tahun nie...cik bongsu nie mesti dah tak dapat duit raya dah...uwaaa...kes nanya kan...kehkeh..dah kawin mana leh dah duit raya...nak duit raya minta kat hubby jelah..haha...tue lah saper suh kawin kan...lalala...ngeks..biasanya dapat la...ada jerk yang kasi sbb bongsu kot...walaupun umur dah meningkat, tp belum kawin i tetap dapat...nie dah kawin melepas  la kan...i pulak kena bagi dekat anak-anak buah...hihihi...pokai..pokai...kahkah...mungkin nie tak dapt sama-sama hubby tp mungkin lain kali kan...tp sekurang-kurangnya leh jumpa adik beradik lain, sebelum berangkat ke johor...adalah tue hikmahnya kan walaupun kita x dpat raya sama kan bucuks...hehe..semoga kita berdua sentiasa bersabar...setiap apa yang berlaku dah tentu ada hikmahnya...Amin..ayang syg abg..dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan abg..muah..muah..flying kiss terbang ke johor...hahaha...oppss puasa..makruh..hahaha!! lol la...


Selagi  jantung ayg berdetak selagi itu jugalah ayg merindui abg InsyaAllah

apa kes en3 pasal raya tp post pic camtue...hohoho
bior arr...DENGKI!!!
www.tips-fb.com

12 August 2011

10 sebab kenapa kamu mesti memilih cinta dari saya


1.ianya 100% cinta asli dan tulen

2.terus dari kilang hati

3.diperbuat dari kesetiaan  yang bermutu tinggi

4.tidak memudaratkan kepercayaan

5.penuh dengan zat keikhlasan

6.kaya dengan serat kejujuran

7.sesuai dicintai dimana saja dan bila bila masa

8.mempunyai kandungan kasih sayang yang boleh merawat kerinduan

9.100% halal untuk dicintai dan disayangi

10.tarikh luput : MAAF..ianya tiada tarikh luput..ia boleh dicintai hingga ke akhir hayat



p/s : jika inginkannya,sila dapatkan nya di pejabat pejabat tok kadi yang berhampiran anda
sumber ayat manis
www.tips-fb.com

11 August 2011

Hikmah dalam dugaan

Assalamualaikum, selamat pagi...setiap dugaan bagaikan mimpi jika kita redha menerimanya dengan lapang dada..btul tak? memang kita sebagai manusia terkadang bila Allah menduga kita cepat melatah, terasa terbeban dgn dugaan yang melanda...biasalah manusia tiada yang sempurna, namun semoga kita sentiasa cepat tersedar...bahawa Allah tidak akan menduga jika kita tidak mampu menghadapinya...kehidupan dunia sememangnya banyak dugaan dan bukan semua yang kita perlu dan mahu...dapat kita miliki..contohnya bentuk kehidupan, cara kehidupan, harta bnda yang kita miliki...x semua kita dapatkan?? tetapi sentiasalah bersangka baik pada Allah sbb setiap dugaan pasti ada hikmahnya...contohnya seperti saya bukan tidak perit berjauhan dengan seorang suami.. Allah sahaja yang tahu perasaannya, namun sejak berjauhan dengan suami saya dapat rasakan saya lebih masa bersamaNya...walaupun dalam kuantiti yang sedikit namun sentiasa bersamaNya.InsyaAllah...bukanlah nak ckp saya nie sempurna atau baik atau pun nak menunjuk yang saya nie bagus tp sekadar perkongsian apa yang saya rasa dan alami dalam kehidupan yang saya tempuh sekarang nie jerp...(jangan fikir bukan-bukan tau) lagi-lagi bulan puasa nie...huhuhu...dan bukanlah maksud saya masa saya anak dara saya x bersamaNya...hehe..tp biasalah dulu kan study lagi, lagi lak...asyik bergewe jerk...macam x ada keberkatan lak dan bukan jugak saya ckp bila suami ada kita x ada masa bersamaNya, tp faham-fahamlah bila suami ada, setiap keperluan suami kita perlu jaga, mungkin kadang-kadang letih dan sedikit terbantut nak buat perkara-perkara sunat kan...hehehe tp jika ada masa seeloknya daptlah kan...ermm sekarang nie hidup saya dah lain setiap langkah hidup saya terasa lebih sempurna sejak berkahwin...saya rasakan kehidupan kami lebih berkat...dan d redhai Allah..syukur Alhamdulillah pada Allah..walaupun berjauhan buat masa sekarang...namun saya bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan...semoga Allah sentiasa membuka pintu-pintu keberkatan dalam kehidupan seharian kita..InsyaAllah..bnyak hikmahnya dalam setiap dugaan sebenarnya..cuma kita perlu berfikiran positif jerk...hehe kunci untuk lebih rasa bahagia walaupun kehidupan x seindah mimpi...setiap orang lain dugaan dan cabarannya...namun ia akan jadi lebih baik jika lebih berpositif..Amin...

p/s en3 nie untuk diri sendiri jugak...maklumlah saya pun manusia biasa...mohon maaf jika ada yang terasa dgn isi en3 nie, tp rasanya x ada kot...hehe...selamat menunaikan ibadah puasa padahari ini...semoga puasa hari ini lebih baik dari semalam..peace no war...huhu


www.tips-fb.com

10 August 2011

Lelaki, suami, Ayah, Papa dan etc

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, membiarkan isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, juga membiarkan isterinya mendedahkan aurat, walaupun suami itu seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat tanpa menasihati mereka supaya menutupnya dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.

Seorang abang atau adik lelaki atau seorang anak lelaki bertanggungjawab menjaga maruah wanita dalam keluarganya. Jikalau mereka hanya membiarkan ibu mereka, atau kakak mereka, atau adik-adik perempuan mereka melencong dari ajaran Islam tanpa memberi teguran dan nasihat, tunggulah sehingga wanita-wanita dalam keluarga mereka mengheret mereka sama ke neraka di akhirat kelak.
sumber syahirul.com



seorang ayah atau suami ingin bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. mereka keluar berkerja setiap hari untuk menyara keluarga dan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada mereka. ramai ayah atau suami yang tidak sedar bahawa bukan sahaja mereka bertanggungjawab terhadap nafkah keluarrga mereka tetapi atau suami bertanggung jawab terhadap akhlak mereka. seorang ayah bertanggung jawab terhadap aurat anak perempuan mereka sehingga anak perempuan mereka dan seorang suami bertanggungjawab terhadap aurat isteri mereka seumur hidup mereka selagi mana mereka berkahwin.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya." (muttafaq alaih)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (al-tahrim: 6)

sumber http://baitulmuslim.com
Semoga kita lebih peka InsyaAllah www.tips-fb.com

08 August 2011

Jejaka Impian Wanita

✿Lelaki yg BAIK---> lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA
◕Lelaki yg COMEL---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
✿Lelaki yg SWEET---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah
◕Lelaki yg ROMANTIK--> lelaki yg mnghadiahkan sebuah doa setiap hari
✿Lelaki yg CHARMING--> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat
◕ITU lah LELAKI yg menjadi idaman wanita...InsyaAllah...
www.tips-fb.com

Dugaan bagaikan MIMPI

Morning..bersahur apakah anda2 semua..sejak seminggu yang lalu, dan sejak puasa nie..dah lama tak menaip entry..maklumlah hubby ada d cc, ase malas nak bukak laptop pun..rasa cam x ada makna, hubby dah ada d cc dah cukup buat ku...eceh..haha..bukan jugak kot, nak menaip entry nie, kalau hubby ada idea kurang..pasainya asyik nak tgk muka hubby jerp..haha...nasibla abg...dapat isteri cam ayg nie...kehkeh..rimas tak?? kihkih...abg ckp tak...tp tak tahulah lam hati...lalala...haha..hubby cuti hanya 5 hari jerp..sabtu hari tue dah pun pergi bertugas...hari nie start keje d tempat baru,syukur Alhamdulillah, semoga abg dapat menjalankan tugas dengan sempurna, macam mimpi jerp..setelah 6 bulan khursus dan ku menunggu dgn penuh kasih syg..cewahh..hehe..masa first time berpisah rasa cam Ya Allah lamanya kan...nak tunggu 6 bulan, tup-tup...alahai..kojap jerp..macam mimpi d siang hari saja...haha..hubby dapat posting kat johor..kat ipk johor..syukur Alhamdulillah, nikmat Allah kepada kami, semoga abg sentiasa d bawah lindungan Allah selalu..bahagia sangat dalam masa 5 hari abg ada d cc, puasa lagi tue bersama-sama..Allah jerk tahu perasaan kami, terima kasih Ya Allah..syukur dengan nikmatMu...abg pegi dulu, i hubby tinggal luh, dah settle semua, hubby ckp "nanti abg ambik ayg" harap-harap cepatlah kan...x mo duk jauh-jauh lagi..rindu u know!!! iskh...hahaha..selmat bertugas sweetheart...hurm sian hubby sahur sorang-sorang, tak terurus jerk...harap-harap cepatlah..kan...tp belum pasti lagi, kalau x dapat cuti susahlah hubby nak dtg ambik, kan...doa yang terbaik untuk kami okey...hehe..

www.tips-fb.com

28 July 2011

Jangan burukkan "profesion pekerjaan" org lain

Selamat pagi, hari nie rajin saya menerjah blog orang...hihi, bila g terjah, dapatlah kawan baru, namun blog seseorang tue buat saya terkilan dan termenung dan terfikir buat seketika, janganlah kamu suka memburuk-burukkan pekerjaan orang lain atau pun profesion pekerjaan seseorang itu, semua rezeki tue datang daripada Allah, jika kita bekerja kerana Allah dan ikhlas...dah tentu berkat..jangan kerana seorang yang agak "merosakkan"  bekerja dalam profesion tue..terus jerk ckp orang keje "profesion" tue semua sama...berfikiran rasional la sikit..rezeki masing-masing, jangan main cakap jerk bila bercakap...macam saya pesan dalam entry sebelum nie...nak berbicara fikir dulu, supaya tidak ada hati yang terluka, dan terkecewa dengan sikap kita yang kurang berfikiran rasional...myb x matang lagi kot...huhuhu...kalau pun tuan empunya diri tak terbaca, namun mungkin ahli keluarga dan sibling-sibling yang baca, jagalah hati korang okey!! x terkena family bekerja profesion tue bolehla ckp macam-macam itu pun dengar rata-rata cakap begitu, bukan terkena dekat diri sendiri pun kan..sajerk nak rosakkan hati sendiri supaya tak suka keje itu x suka keje ini, memilih sangat la katakan...huhu...kalau d takdirkan suami u...haha..apa nak d katakan? terkena batang hidung sendiri "ada bau dop" huhuhu...jangan la kamu begitu...itu pun kategori sombong jugop tue..BEWARE!! renunglah sejenak okey!! x nak pun xper...x paksa pun...selamat beramal..

ini juz example profesion okey...saya ulang suara EXAMPLE...hehe
www.tips-fb.com

Solat boleh mengekalkan Berat badan

Dengan bersolat kita dapat mengekalkan berat badan, nak tahu meh saya bagitahu..sumber dari Dr Shahriah Ismail.. yang dah tahu Alhamdulillah, yg tak tahu jom kita tahukan hehe...meh..


Kupasan adalah berdasarkan pemahaman fisiologi struktur badan manusia dan kajian saintifik mengenai  kebaikan pada perubahan kedudukan  tubuh dan amalan Rasulullah S.A.W yang diulas dari sudut pemahaman sains. Ia merangkumi:

01.Aplikasi teknik relaksasi


Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebut Bismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.

Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.

02.Mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu


Pergerakan ini akan melenturkan otot-otot trapezius kanan dan kiri.  Otot-otot ini yang kerap menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk. Cuba lakukan pergerakan ini perlahan-lahan sehingga anda merasa regangan pada bahagian otot-otot ini. Otot trapezius melekat pada dasar tengkorak, pada bahagian tulang yang menonjol tulang belikat (scapula bone)dan pada bahagian tengah tulang belakang. Otot-otot ini melekat di bahagian tepi tulang belakang dari C1 hingga tulang thorasic.

03.Meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lutut dan punggung membungkuk lurus


Bentuk tulang belakang pada posisi normal adalah berbentuk S terbalik dari sisi. Bahagian belakang adalah di antara bahagian tengkuk dan pinggang sedikit membonjol keluar. Bahagian punggung akan menonjol keluar juga dari sisi.

Sekiranya anda membongkok, ia akan membentuk sturktur S terbalik. Bagaimana membungkuk lurus?
Bahagian belakang akan membongkuk lurus apabila anda menolak kedua-dua bahagian bahu ke atas dan menarik bahagian atas pinggang ke bawah. Ini adalah satu cara regangan otot-otot bahu dan otot-otot pinggang.

04.Bediri tegak

Berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal.

Seperti yang telah saya gambarkan kedudukan belakang dari tepi. Bentuk tulang belakang seperti S terbalik. Kedudukan ini adalah posisi normal. Di mana bumi mempunyai tarikan graviti Kedudukan tulang belakang seperti ini merupakan kedudukan belakang yang paling stabil pada setiap jaluran otot-otot belakang.

Tahukah anda bahawa terdapat empat (4) lapisan otot-otot belakang? Terdapat dua lapisan otot untuk sokongan tulang-tulang supaya ia melekat. Manakala dua lapisan otot lagi untuk tujuan menampung berat beban. Subhanallah...

Kedudukan pada posisi normal adalah kedudukan yang perlu anda kekalkan posturnya. Ia merupakan satu kaedah  pencegahan sakit belakang. Tidak kira samada anda di dalam posisi berdiri atau duduk.

05.Ketika sujud

Ketika sujud, nabi Muhammad S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat.

Semasa sujud, tumpukan  berat badan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan perut anak jari kaki.  Dengan melekatkan kedua (telapak) tangan di atas tanah memberi kerehatan pada otot-otot lengan bawah dan tangan. Membengkokkan siku dan pergerakan bahu memberi kesan kerehatan pada sendi pergelangan  tangan, siku dan sendi baru.

Jari jemari kaki sepatutnya menghadap ke arah kiblat. Kebanyakan orang membiarkan jari jemari tegak tanpa di membengkokkan jari jemari kaki ke arah kiblat. Kedudukan kaki begini memberi kerehatan dan kesan regangan otot-otot tapak kaki. Justeru, ia juga akan menguatkan struktur urat-urat kaki untuk menampung berat badan.

06.Kedudukan pada ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir

Kedudukan ini akan memberi lebih ruang pada bahagian jantung dan perut yang terletak di bahagian kanan dada. Kedudukan duduk pada kaki kiri dan menopang kaki kanan akan membantu pergerakan usus yang lebih lancar. Beberapa kedudukan di dalam solat dengan pembuktian saintifik membantu meningkatkan aliran darah ke alat kelamin lelaki dan menaikkan peranakan wanita.

Bagaimana sepatutnya dilakukan untuk memperolehi kesan yang maksima untuk tujuan tersebut?

Cuba anda bangun dari kedudukan sujud untuk berdiri dengan menekan pada telapak tangan dan ke semua jari jemari anda yang dibengkokkan ke arah kiblat. Anda akan merasa kesan panas pada bahagian dada, betis, peha dan bahagian kelamin anda.

Bagi kaum wanita, pergerakan ini menaikkan dan menguatkan serta mengetatkan otot-otot peranakan dan lantai rahim.
Pada kebiasaannya, punggung akan ditolak ke atas dahulu untuk peralihan pergerakan sujud kepada kedudukan berdiri tegak.

Ringkasan Pergerakan Solat Mengikut Amalan Pergerakan Solat Rasulullah S.A.W.

Langkah 1

Pastikan anda berdiri tegak. Betulkan kedudukan berdiri pada posisi normal. Kedua- dua belah kaki perlu mengimbangi kedudukan berdiri tegak. Jarak kaki kanan dari titik tengah sama dengan jarak kaki kiri dari titik paksi bumi dalam kedudukan berdiri tegak.

Langkah 2

Kedudukan kedua belah tangan bersudut 90 darjah dan di letak di atas dada merupakan kedudukan kerehatan sendi siku. Kedudukan tapak tangan kiri di bawah tapak tangan kanan di atas dada sebelah kiri sedikit.

Jantung seolah-olah berada di bawah tapak tangan anda. Dengan sedikit tekanan ke dada, anda dapat merasakan denyutan jantung anda di bawah telapak tangan anda. Ini merupakan kedudukan tangan untuk CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) sebagai satu prosedur menyelamatkan nyawa.

Langkah 3

Cara ruku' mengikut cara Rasulullah S.A.W ruku'. Kedudukan belakang membentuk 90 darjah. Anda hanya akan dapat melakukan kedudukan belakang yang lurus dengan menarik pinggang ke dalam.

Kedudukan belakang berbentuk S terbalik. Apabila anda ruku', bentuk belakang akan masih berbentuk S terbalik melainkan anda mengangkat kedua bahu ke atas dan menarik pinggang ke dalam.

Kedua telapak tangan diletakkan di atas tempurung lutut anda. Anda perlu menekan kedua-dua lutut dan kedudukan ini akan memberi kesan regangan di keseluruhan kaki anda.

Ini memberi kesan regangan pada bahagian belakang betis dan peha.

Langkah 4

Kedudukan ketika sujud.

Tumpukan pada 7 anggota sujud  iaitu dahi, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak ibu jari kaki.
 Anda perlu merendahkan dada dan merasa lutut menekan ke dada anda.
Ingatlah pada kedudukan ini anda paling hampir kepada Allah S.A.W.
Otak anda pada paras terendah tubuh. Kajian menunjukkan pada kedudukan sujud, otak menjana gelombang alfa iaitu gelombang ketenangan
Tekanan di dada akan  menekan jantung dan kawalan pernafasan akan membantu lebih banyak darah dialirkan ke otak.

Langkah 5

Bangkit dari sujud.

Kebiasaannya, punggung akan ditolak naik terlebih dahulu, sepatutnya anda perlu menekan pada 7 anggota sujud untuk berdiri.
Angkat dahi dan lutut dengan menekan kedua tapak tangan dengan siku mengbengkok keluar dan kedudukan belakang  yang lurus.
Bergerak ke kedudukan tegak dengan menekan kedua tapak tangan dan perut ibu jari kaki, anda akan merasa tekanan pada kedua betis dan bahagian ari-ari menekan ke atas.
Ini merupakan satu senaman yang baik untuk  mengalirkan darah lebih banyak ke bahagian bahagian sulit. Baik untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki ia membantu aliran  darah lebih banyak ke bahagian zakar dan prostate. Bagi kaum wanita pergerakan ini membantu menguatkan otot-otot peranakan.

Langkah 6

Duduk di antara dua sujud.

Tumit menekan pangkal peha dan ibu jari kaki kiri ditegakkan pada perut ibu jari. Secara automatik, menegakkan ibu jari kaki akan menegakkan anak-anak jari yang lain.  Ini merupakan senaman untuk urat-urat kaki.
Tekanan tumit pada pangkal peha dan betis akan menekan pada saraf safenus iaitu saraf utama untuk keseluruhan kaki anda.

Langkah 7

Menoleh kepala ke kanan dan kiri

Cuba lakukan perlahan-lahan dan kekal ke kanan dengan kiraan 8 dan baru menoleh ke kiri pula, sekali lagi kekalkan dengan kiraan 8. Pasti anda akan merasa kesan regangan otot-otot bahu anda. www.tips-fb.com

27 July 2011

SOMBONG?? JANGANLAH..

Assalamualaikum, selamat malam..malam nie terasa nak meluahkan terkilan d hati...hukhuk...petang tadi saya terjumpa fb seseorang yang tersangat lama sangat dah tak jumpa, saya pasti dan yakin, dia adalah kawan saya semasa saya ting 1 dulu, saya masih ingat dan ingat..so dengan girangnya la, dan teruja sbb dah lama tak jumpa kan, berhubng pun dah lama tak, so dengan pantasnya jariku menekan "ADD AS FRIEND", dan d sebabkan saya tak letak gambar saya, so saya pun antarlah message kat dia, menyatakan saya macamni.."salam, dot...dot..dot...kenal lagi tak nie saper, saya dot..dot..dot....lama kita x jumpa...and then selepas beberpa minit ada msg, dari dia...u all nak tahu dia jawab apa?? "sorry, x kenal pon.awak salah org kot"...terkilannya saya, x pernah saya jumpa orang macmni,...okey saya nak tanya u all




Soalan 1, kalaulah u all dapat mesej macam saya antar dekat dia, dan katalah orang tue silap orang...wajar ker kita cakap macm tue?? berbudi bahasa la sikit...muka jerk lembut bagai nak rakk...tp hurm, jawab salam saya pun tak...
Soalan 2 ,kalaulah u all dapat mesej macam saya antar dekat dia, dan katalah org tue betul-betul kenal korang, tp korang jerk yang lupa ckit..la sbb lama tak jumpa..korang tanya dgn berbudi bahasa ker tak?agak-agak korang terus ckp mcam tak nak kenal langsung tak? macam jawapan yang saya dapat tue?
Soalan 3 ,Wajar tak kita terus bagi jawapan macam tue walaupun orang tue silap orang??
Soalan 4 ,Salah ker kalau seseorang tue tersilap orang??, sampai nak jawab macam orang tue ckp perkataan yang "luar kawasan" huhuhu...

lepas saya dapat mesej dia tue, saya ckplah erk...x kenal tp saya kenal awak, dan saya siap ckp kelas sama dengan dia, dan siap nyatakan kelas yang mana dan juga menyatakan yang saya dulu pernah berkawan dengan dot.dot.dot(mutual friend) yang dah ada dalam list dia tue...and d sebabkan sya terkilan dengan kata-kata dia tadi, so saya say sorry, kalau saya silap...(tp dalam hati saya, saya kenal dia)...dia x membalas pun, maknanya dia memang tak nak kawan ngan saya la tuh..x apa, saya cuma bertegur sbgai kawan lama, kalau tak suka, saya pun x ada masalah..


Kesimpulannya kat cnie, saya nak bagitahu u all, saya memang yakin yang dia tue kawan saya dulu, saya pun x tahu sama ada dia sengaja atau pun bagaimana, menyebabkan dia boleh cakp mcam tue kan...muka dan nama dia saya masih ingat, dan saya tgk kat info dia pun sek sama dengan saya...mutual friend dia pun sama macam saya, kawan-kawan dari sek yang sama jugak, Ya Allah...terkilan dalam hati Allah jerk yang tahu..ada jugak manusia macamnie...kalau pun tak kenal, mencubalah untuk ingat, ni kata-kata langsung menunjukkan x berminat...subhanallah, semoga Allah jauhkan sikap kita dari macmtue..Amin..

saya memang terkilan kalau kenal tapi sangat sombong..cukup-cukup terkilan..alahai jangan la sombong, x elok tau, Allah marah...dan bila mengeluarkan kata-kata pun...mesti berfikir sejenak..apakah kata-kata yang korang akan cakp nanti tue, ada pihak yang terkilan, kita hidup seharusnya menjaga hati semua orang d sekeliling kita, bak pepatah menyatakan "ORANG SOMBONG SELALU RUGI", buang jauh-jauh sikap tue okey!!(pesan ikhlas untuk diri sendiri juga)


Nabi saw. bersabda, “Takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain." (HR Muslim).
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Nabi saw. bersabda, “Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." (HR Muslim).

wassalam...selamat beramal.. www.tips-fb.com

ERTI SEBUAHPERSAHABATAN

Dalam hidup ini,
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,

Begitulah juga dirinya,

Tetapi kita sering lupa akan hal itu.
Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.tetapi kita sering
lupa..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan
kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa
bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba
jadi sahabat sepertinya,

Mungkin kita akan tahu


RENUNGILAH


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.





Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan.

sumber siolon.com
WALLAHUALAM www.tips-fb.com

24 July 2011

Dap !Dip !!Dup!!...


Assalamualaikum W.T.H...dan selamat malam, buat reader blog!! apakah yang Dap!Dip!Dup!!!, apakah itu? hehe, debaran menanti dua peristiwa yang amat bermakna dalam hidupku pada tahun ini..ce teka..ce teka...apakah itu? teeeeettttttttttt!!! anda jawab btul!! haha...7 days anymore, can't wait jerk rasa tau! tak! haha(gelak jahat), dah tahu kiranya tak yah citer arr kan? apakah peristiwa itu?? hehe..okey..okey..i bgtau u all okey...(mcam la ramai sangat datang jenguk blog i!!, biarkan..ada i kesah..hihihi), dua peristiwa itu ialah first time berpuasa sebagai seorang isteri dan juga kepulangan suami tersayang, setelah 6bulan berada d perantauan..hehe...sonokkan?? u all ada? x ada kan..hakhak...Ya Allah, berkatilah hidup kami, semoga dapat kami menunaikan ibadat puasa bersama-sama dengan sempurna pada tahun ini...bukan setakat dua kot, erm dah jadi isteri nie mestilah bertanggungjawab menyediakan makan sahur,berbuka..pada bulan ramadhan..hehe..seronoknya...yerlah u all nie sama jugaklah macam hari-hari biasa..hehe of cos i sediakan jugak...haha...bukan bulan puasa jerp la iskh korang nie..x baik sungguh!! tp bulan puasa tahun nie lain ckit...hehe, amat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, yerlah dulu puasa kalau masa study, sahur sorang-sorang,kalau kawan ada, sahur sama-sama...puasa tahun lepas dah bekerja, duk umah sewa sorang-sorang, sahur dan berbuka pun sorang-sorang, pastu kalau puasa kat umah sahur sama family, yang itu syok arr!! hihi, kadang-kadang tinggal makan jerk, mama dah siapkan haha...apa la anak mama papa niekan...kehkeh, alah u all nie, masa tue masih muda kot, kehkeh...rasa tanggungjawab tue kurang, apathlagi  B.O.N.G.S.U....lalala...haha..tp PADA TAHUN INI, rasa tanggungjawab itu sudah berubah...apabila menjadi seorang isteri, besar tanggungjawab seorang isteri nie...perlu sedia makan,pakai seorang suami, tidak lagi seperti dahulu kala...kehkeh..rasa cam berDEBAR pun ada...hehe..first time woo...kehkeh, lagi-lagi dah 6 bulan suami tidak d cc, hehe...cuba u all bayangkan....(huh i sorang bayang cukup!!)...haha, korang doakan yerp, semoga saya dapat menjadi seorang isteri yang sejuk mata suami memandang("penyejuk mata"), InsyaAllah Amin Ya Rabb. doakan juga kebahagiaan bersama..Amin.

DOA SEORANG SUAMI
 Ya Allah,
Kurniakanlah daku isteri yang bukan sekadar kekasihku,
Tapi jadikanlah jua ia pendamping dikala sunyiku,
Penyejuk segala isi pandangan mataku,
Penawar dikala derita hatiku,
Prngubat siksaan rinduku,
Dan juga ibu yang mithali kepada anak-anakku
Amin Ya Rabb
Semoga kita sentiasa d redhai Allah dan suami.Amin. www.tips-fb.com

22 July 2011

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Selalu ingat saya, faham keadaan seorang kawan sewaktu sedih,gembira..bahagia, x suka yang suka kata yang bukan-bukan...tak tahu tp cakap yang bukan-bukan menybabkan saya terasa hati..(i sensitip tau!!) so beware...haha...tau takot!!

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Sangat suka wat saya gelak..(walaupun x kelakar mana pon haha!!), i hargai u tau!! lap u lah...sapelah tue..hahaha!!

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

x pernah ada perasaan DENGKI pun dekat saya, (macam la ramai yang dengki dekat u!! wekss) tp sentiasa menjadi penyokong setia d belakang tabir, saya senang ke?? saya susah apatah lagi....kehkehkeh..

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Sporting, dan boleh di percayai, bila kita cerita yang secret-secret kat dia...dia xpernah canang-canang citer kita kat orang lain..dia simpan jerk lam hati dier elok-elok  siap berpagar lagik!! sampailah akhirnya...kehkehkeh..

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Take Care Of me!! semestinya la kan...lalala...(walaupun x ada yang take care) kuang..kuang..haha nopla..of cos ada!!

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Boleh terima saya seadanya sebagai kawan...lalala...yerlah kitakan manusia biasa of cos ada yang salah silap..tp tetap jugak dia nak kawan ngan kita...kita terharu tue!! kehkeh...

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Tak pernah ngumpat-ngumpat d belakang tabr saya...haha ha...saper yang pernah wat tue, cepat-cepat mintak maap okey!! haha...nanti dose, dahla dosa pahala dapat lagik kat kita...xperlah kita suka!!! hehehe...

banyak lagi kot korang sambung sendirik lah...
www.tips-fb.com

I pemalu!! u know??

malu!!malu!!! iskh

Assalamualaikum, selamat pagi...hurm, nak tahu tak saya nie pemalu tahap gaban nie...dari sekolah tadika sampailah sekarang, tp sekarang kira ok ckit la...ckit...haha..nak berkawan pun malu, sekarang nie mencuba jugak untuk keluar dari kepompong "pemalu", sebb tue sekarang sedikit ok...kalau dulu nak tegur org pun ase segan semacam, sbb tue sy x ada kawan seribu...huahuahua...memangla org kata kawan ramai nie bagus yer idok...tp kalau xreti nak berkawan cam i nie, pemalu, susah cket la kan nak dapat kawan baru, kawan?? of coz ada...lorang nak ckp saya x ada kawan lertuh!! iskh...idok ler sampai x ado..apala korang nie...x sayang mulut per...lalala...haha (suka tuduh2 kihkih,sorry naik lory) tp nak dapat kawan baru tue...x senang la bagi saya..haha..kamu?kamu? nak jadi kawan saya? bleh jerk...hehe..saya bukanlah sombong..tp pemalu, btw orang tak kenal saya selalu cakap saya nie sombong, depa tak tau..saya bukan penyombong lar...saya pemalu....korang nie suka-suka jerk wat andaian tau!! tak baek lar...haha..husband i pun ckp i sombong dulu-dulu...time tackle2 tue..iskh korang nie semua nak tau...x bley la secret ok!! haha...(perasan cam org nak amik tahu haha!!) tp serieyes...i memang pemalu, tp kalau u all dah kenal u tahulah i macmmana, x macm pemalu pun...cuba tnya kawan-kawan saya...hehehe (macam la korang tahu saper kawan saya), korang tegurlah saya, saya pasti membalasnya...hehe...almaklumlah saya nie pemalu tahap gaban kan!! saya nak tegaskan kat cnie...saya x sombong tau!!

AMARAN KERAS
SAYA TAK SOMBONG
SAYA BAIK JERK X PERNAH MAKAN ORANG LAGI, MAKAN KAKI PERNAH LER (kaki aym jerk!! hahaha!!)
www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers