Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

27 October 2011

Peringatan Bersama


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

sumber http://www.tentangcinta.com/
www.tips-fb.com

Bersyukurlah..


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah,pun tidaklah setabah Fatimah...isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah.

Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah, tidaklah setabah Ayyub,tidak segagah Musa, bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.

~"Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu...hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu"~


www.tips-fb.com

26 October 2011

Rajni!!

Assalam...selamat malam..hurm..hari nie kan diwali so adalah cerita tamil kat tv..hehe...tadi tgk master chef malaysia..pastu tertekan channel tv2..ayoyo...hero tamil ECQ minat lar..alamak..apa lagi tgklah nie..hehe..cerita nie best...saper yang tak pernah tgk..cuba lah tgk..seronok..dalam banyak2 tamil "rajni" nielah yang selalu ECQ tengok..korang kenal ker?nanti ECQ post picture dia erk...nak cari kat pakcik google jap g..hihi..walaupun dah tgk berpa kali cerita nie...padahal baru jerk download dalam youtube hari tue..ada lagi simpanan nie..tp tetiba ada kat tv2...tgk jugak..haha..lawak la..nak mengisi lapang sebenarnya..x mengantuk lagi..hubby pun duk main ps2 bola..hihi..tp tak tahulah tgk sampai last ker tak..kalau ngantuk tido jerk..jawabnya..."Rajni" nie kalau berlakon cerita yang di lakonkan x pernah lagi rasanya tak best..dengan gayanya yang macamgitu..hehe..suka tgklah..tp dia nie kadang2 ada gak berlakon hindustan...tamil pun ada...pandai dalam dua bahasa kot..hihihi..tp citer nie rasanya hindustan kot..x sure plak..bila dengar macam agak2 sama..hihi..yerlah mana taknya kita mana nak faham kalau tak tengok sarikata..lalala..hahaha..nak tengok tak wajah "rajni" nie..jeng...jeng..


Rasanya nie watak dalam cerita "robot" yang sekarang nie d tayangkan kat tv2..tp confius lak..tajuknya bukan "robot" tp "einstein"..hehe


nielah cerita yang EQC cakap...nak tgk....sila "play" hihihi...okey ahh..selmat menonton yerp!!

www.tips-fb.com

Arghh strees tgk soffiya!!

Assalam...adoi stress la tgk cerita "soffiya" kesian kat dia...bnci watak fiona...macam ape jerk...jahat sangat...kalaulah dalam dunia nie ada orang yang macam tue hurm..truknya...perangai memalukan kaum sajerk!! huhuhu...tp makin hari makin nak tahu kesudahan cerita tue...episod hari nie sangat sakit hati...yg daim pun apesal la x fikir..pegi buang camtu jerk gambar soffi...arghh tekanan btul...huhuhu...emotional lak..ECQ..memang la...mcam gitu kalau kita menghayati sesebuah cerita kan??hurm korang tgk ker?? hehe...kalau tak tahu wat2 tahulah erk..haha..rugi arr kalau tak tgk kihkih...ECQ biasalah kalau balik kg...tak tgk pun...sbb tak ingat langsung nak tgk cerita2 nie...walaupun kat rumah sendiri..xleh nak miss...hikhik..hanya memenuhi masa terluang jerk, bila duk umah sendiri x bnyak keje nak buat so...lebih kepada ingatlah kan apa yang kita minat..dan duk tunggu hari2...bila balik kg..aptahlagi bila bercakap2 dengan mama...x adanya nak ingat nie semua..hehe..memang perangai cam gitu pun..ECQ..addicted sesuatu perkara mengikut situasi..bagus tak?? haha...biasalah...dah meang macam tue kot...kalau tak dapat tgk xderk la nak meraung...still leh tgk kat "tonton" kalau nak tgk sangat kan...hihi..sekarang nie menunggu master chef malaysia...kalau hubby tak tgk bola leh la tgk kalau tak...x dapat jugak...hikhik.. www.tips-fb.com

Abg cti hari nie!!

Assalam..selamat petang..hurm suda petang rupanya...cepat masa berlalu...tup-tup petang pastu malam..dan tido...huhuhu..rasa cam sakit kepala hari nie...hurm..donno why, asyik sakit kepala jerk...myb..terlalu banyak berfikir...arghh...fikir pasal kehidupan jerk..x lebih dari tue..hehe..hidup dah sememangnya harus begitu..kan??bila abg cuti cambiasalah..lepak-lepak jerk ngan hubby..x derk g mana pun..hehe..just spending quality time together..gether jerp..hikhik...pagi tadi goreng keropok...buat cekodok dan keow teow...hurm sedap kot..kihkih...petang nie rasa mcam nak makan meggi jerp..alohai...hikhik..sekali sekala...nak makan benda camtu...why not kan? hehe..asalkan hubby okey2 aje...maggi special la...bukan just rendam air panas macam duk hostel dulu...haha...bila sebut macam tue..teringat lak..masa dengan roomate...bersahur...bayangkan ngan meggi jerp..adoi..tp telan jerk..lapo..haha...kadang-kadang..tgh malam lepas study pun lapo tau....maklumlah kehidupan student memang cenggitu...kebanyakannya camtuelah..tp seronok dan akan menjadi kenangan sampai bila-bila...uish..hari nie depavaali woo...lupa hihi...selamatlah bagi yang beragama hindu 2 erk...selamat beraya...urm malam nie nak tgk masterchef malaysia lagi..korang tgk tak?? ada ker yang minat? hehe...tp ECQ minat..sangat...best...mungkin sbb minat gak duk kat dapur myb...walaupun masak xlah pandai sangat..tp tak kesahlah..keinginan tue kadang-kadang membuatkan sesuatu benda itu tercapai kan?? sebab..kita berusaha dan minat...= berjaya!!..okey ahh..stop c nie dulu...nanti ECQ update lagi..sebab mata rasa cam ngantuk...dengan keadaan cuaca yang agak sejuk dan gelap nie..hahaha..okehh.. www.tips-fb.com

25 October 2011

Masterchef malaysia...best!!

Assalam...semalam nak d jadikan cerita sebenarnya x merancang pun nak tgk "masterchefmalaysia" nie..memang tertunggu2 time tgk iklan tue..bila la nak start...bila la..bila...hehe...pastu asyik terlupa jerk...rasanya yang semalam tue dah episod 3 kot...baru tgk...tue pun sebab ter....buka channel ada rancangan tue...hehe..seronok...best rancangan nie...bleh dapat ilmu...tentang masakan...cara sedia..dan everything about "masak" kan...sangat teruja bila tgk peserta teruja berlumba-lumba bertanding nak melakukan yang terbaik dan menjadi terbaik...memang best...seronok..n enjoy...dengan rancangan nie...hehe..yang paling best tgk bila diorang teruja d komen...macam2 muka tgk..ada pucat...ada berkerut...hihihi...ECQ pun belum tentu dapat lakukan macam diorang tue semua kan...kihkih...

Semalam x silap 4 orng terpilih untuk apron master chef malaysia...ECQ tumpang seronok...dan teruja sangat...hehe...gembira bila tgk orang heppy dengan kejayaan sendiri...vangga..vangga...hehe.. www.tips-fb.com

having u in my life!!


www.tips-fb.com

24 October 2011

Doa ibubapa

Assalam salam tengahari..ECQ belum masak lagi nie..terasa diri macam nak masak keow teow ladna untuk hubby..petang nie..bila hubby keje..ECQ memang jarang sangat nak makan tengahari..kalau terlalu lapar..barulah masak awal ckit..kalau tak masak untuk hubby makan nanti balik petang jerk..makan sesama hubby...maklumlah lum ada anak kan...so makan apa ada pun xkesahlah...x cerewet sangat..kalau duk sorang-sorang nie...lagi2 bab makan...tp kalau ada geng...mula lah nak rasa makan macam2..haha...semalam dah pekene mcD en hubby lanje...huhuhu...setiap bulan kalau x makan mcD na boly ker...???huhuhu...ntahlah...sebenarnya kadang2 tetiba terbayang nak makan...so terjadilah sessi nak makan mcD...hahaha...maaf abg...hahaha...tp x kesah abg pun suka kot kan...hahaha..tp x boleh makan selalu...fast food nie x elok untuk kesihatan...sebulan or lebih tue lebih baiklah kan...hurm...betul ker fast food nie memainkan peranan penting jugak untuk daptkan baby?? x sure...tp ada terbaca...artikel...la..huhuhu...alah memanglah kan...tp semanya rezeki Allah kalau dah Allah nak bg...makan apa pun Allah bg...tp perlu mengawal la jugakkan...org kata berusaha dan tawakal...tp bukalnlah langsung xleh makan cuma x d galakkan menjadi rutin...huhuhu..itu pendapat ECQ lah...pendapatkan hak masing2...hehehe..eh apa la melalut nie...tajuk entry "doa ibubapa" tp isi cam lari jerk...hahaha...whateverlah itu mukaddimah jerp...mak aiii...panjangnya...haha..whatever...blog ECQ...so ECQ punya contenglah kan?? hurm...hehehe..x derklah sebenarnya tadi...terjumpa image pakcik google...image pasal doa ibu bapa...so ECQ nak kongsi la kat cnie...memanglah...rmai yang dah tahu tapi  ada jugak yang tak tahu kan?? eleh tak yah tipu lah...hihihi..kalaulah ada baby kan teringinnya baby yang sentiasa doakan ibubapa (kami)...Amin moga termakbul...doakan kami okey...
Nielah doa utuk ibubapa...setiap kali solat...doakan kesejahteraan kedua ibubapa kita tau...ECQ pun nak bakal baby ECQ nanti sentiasa doa untuk kami...Amin...semoga di kurniakan anak yang soleh dan solehah...Amin.. www.tips-fb.com

DOA MENGELAK ANAK DARIPADA MELAKUKAN ZINA/MAKSIATost title


oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkan baginya,bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya. Riwayat Ahmad no 21185 , al-Tabarani no 7679, Al-baihaqiy dalm Syu’ab al-Iman no 5415 . kata al-Haithamiy perawi-perawinya adalah thiqat.

Jika anak itu perempuan, hendaklah ditukarkan Ganti nama hu (هُ ) menjadi ha (ها ) pada perkataan-perkataan ذَنْبَهُ , قَلْبَهُ dan فَرْجَهُ .

www.tips-fb.com

"INILAH TIPS CINTA UNTUK KEBAHAGIAAN..."


Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia.
Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari
orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan
hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah
ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tips Cinta Untuk Suami (lelaki):-

1. Bersikap baik dan lembut dengan isteri.
2. Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah.
3. Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik.
4. Bersabar terhadap karenah isteri.
5. Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros).
6. Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra).
7. Membantu tugas-tugas isteri di rumah.
8. Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri.
9. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
10. Tidak bermesra dengan wanita lain.
11. Menjaga rahsia isteri.
12. Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain.
13. Tidak makan hasil kerja isteri.

Tips Cinta Untuk Isteri (wanita):-

1. Berterima kasih di atas pemberian suami walaupun kecil.
2. Segera memenuhi permintaan suami.
3. Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara.
4. Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri.
5. Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi.
6. Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir.
7. Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir.
8. Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya.
9. Membantu urusan perjuangannya.
10. Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami.
11. Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan.
12. Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata.
13. Menghormati keluarga suami.
14. Menjaga rahsia suami.
15. Tips cinta untuk kedua suami isteri.
 sumber pakar cinta
www.tips-fb.com

23 October 2011

Round2 JB!!

Assalam...selamat malam..huhu...hari nie hubby ECQ bawak round-round JB..seronok sampai agak penat..hurm..abg ajak g zoo johor...luas jugak..hehe..dari dating masa belum kawin sampailah dah kawin..hubby suka sangat bawak ECQ g zoo...dari zoo negara dan sekarang nie zoo negeri huhuhu...tp seronok kalau ada anak..tentu lagi bertambah seronok kan??hurm..yang paling seronok tengok persembahan burung-burung...kelakarnya...tergelak-gelak ECQ dengan hubby...tgk gelagat burung-burung tue..haha..cerdik...hikhik..memanglah dia d ajar..tp okey la kan...hehe..bleh buat hiburkan hati..pastu ECQ tgk kera...kelakar jugak...siap hulur tangan..mintak makanan...siap tadah tangan lagi tue..adoi...yang kelakarnya cara dia minta tue...yang buat kita rasa nak tergelak...memang enjoy hari nie...anyway tq hubby!! muah!muah!! setengah hari berjalan dah rasa penat cam ginie..adoi...badan manja camgini ler...huhuhu..tp mata x nak plak tido...kehkeh...take photo..tp malas lak nak upload..sebab nanti korang tgk lak..haha...mana boley..only me n hubby jerk..lalala...haha...ECQ rasa macam budak-budak lak perangai cam gitu..ahh...whareverlah asalkan bahagia...nanti dah ada anak xley manja2 dan macam budak2 lagi kan...tp cam susah jerk...rasa cam macam ginilah sampai tua...haha...malu dekat anak nanti kan?? kihkih...wait n c sudaaa...berubah ke idok ECQ nie...kahkah..okey ahh..malas dah nak menaip nie...nanti  kalau terasa rajin nak bern3 ECQ celoteh2 lagi sama kamu semua okeh...hurm nunite everyone!! www.tips-fb.com

21 October 2011

Pesan Ibu


✿~ Ketika LELAKI beranjak dewasa, sang ibu berpesan..JAGALAH dan HORMATILAH WANITA seperti mana kamu MENGHORMATI ibumu..


✿~ Ketika WANITA beranjak dewasa, sang ibu berpesan..jagalah dirimu baik-baik, jadilah wanita yang SEBAIK-BAIKNYA kerana kelak dari KELEMBUTAN tanganmu akan TUMBUH manusia baru yang BAIK pula..


www.tips-fb.com

20 October 2011

Masak apa hari nie??

Assalam..dan selamat tengahari..ingatkan x masak hari nie..sebab abg cakap abang tak balik hari nie...tp tetiba msg berbunyi...tue pun sebab ECQ tanya..hehe..abg pun jawab "balik yang"...hehe seronok la...x derk la kena tido sorang-sorang malam nie..huhuhu..petang nanti ECQ masak..ECQ jarang dan kadang-kadang jerk masak waktu tengahari..biasanya ECQ tak makan tengahari....sebab ECQ akan masak untuk abg ECQ waktu hubby nak balik keje...sebab kami biasa makan pada waktu petang sebelum pukul 8.00 malam...aceceh...haha...yerla org ckp makan malam-malam tak elok...better makan awal ckit kan...hehehe..kununnya lah...tue..biasanya bila tengahari tue ECQ makan jerk apa yang ada dulu...hehehe..sebab abg x balik makan waktu tengahari..just makan kat opis jerk..rancangan asal bertukar pada hari ini sebab abg nak balik so..hari nie nak masak..sup sayur bunga kubis + carrot + telor + Ayam...hahaha..pernah makan ker korang..hurm..x pernah kot..ECQ pun tak pernah nie..sajerk nak try resipi karut marut sendiri..haha..dalam resipi yang akan ECQ masak nie..bahan-bahannya adalah seperti berikut..kehkeh...tetiba bertukar menjadi chef buat seketika...

Bahan-bahan:-
lada hitam (ikut kuantiti u all masaklah..hihi)
halia(ECQ letak halia sebab masukkan ayam..hehe..)
bawang putih (ECQ biasa letak dalam 3/4 ulas)
Telor (2 biji cukup sebab kita just berdua jerkp)
Bunga kubis
Carrot
Tomato jika nak letak

Cara masak:-
lada hitam di tumbuk hingga hancur pastu masukkan bawang putih tumbuk bersama...bahan nie tumiskan dengan minyak masak yang sedikit..bila dah naik bau..masukkan air..halia yang dihiris...masukkan ayam, biarkan mendidih...kemudian masukkan sayur tadi..dan biarkan mendidih sekejap...pecahkan telor di dalam periuk tadi..api sederhana dan biarkan telor tue masak..jangan kacau sebab nanti telor tue..akan pecah..tau..hehe..pastu masukkan garam...biar mendidih sikit lagi..dah siap...jeng..jeng..hehe..

resipi yang akan ECQ masak petnag nanti huhuhu...kalau rasa nak cuba..silakan x nak pun xper..hehe..

kemudian dah siap masak sup sayur tue...ECQ nak masak ikan kembong berlada..


Bahan :

Ikan kembung rebus
* bawang merah
* cili api
* cili masak
serai diketuk
* belacan
garam + perasa + gula + asam keping


Goreng ikan terlebih dahulu sehingga garing
kisar bahan bertanda *
Tumis 2-3 batang serai sehingga naik bau harum
Masukkan bahan kisar tadi, tumis sehingga garing
Masukkan garam,perasa & sedikit gula + asam keping
Kacau hingga rata
Masukkan ikan kembung rebus yg sudah di goreng tadi.
Kacau sampai nampak rata..

gambar lum ada nak post sebab lum masak lagi..huhuhu..kalau rasa nak cuba..cubalah..hikhik..kalau tak sedap jangan marah ECQ..kahkahkah..okeh!! heppy cooking! ya!
www.tips-fb.com

Jika


Jika isteri kamu kata mereka sangat kasih dan cintakan kamu (suami) tapi pada masa yang sama mereka tidak menutup aurat sepenuhnya, maka mereka telah berbohong secara terang-terangan.


Jika suami kamu kata mereka sangat kasih dan cintakan kamu (isteri) tapi pada masa yang sama mereka tak mengajar kamu tentang agama Islam, tidak menegur kesalahan kamu dan tidak bertanggungjawab atas amanah yang telah diberikan, maka mereka telah berbohong secara terang-terangan.

Jika anak2 kamu kata mereka sangat kasih dan sayang kamu (ibu bapa) tapi pada masa yang sama mereka tidak menutup aurat sepenuhnya dan keluar bersama pasangan yang bukan mahram, maka mereka telah berbohong secara terang-terangan.

sumber : https://www.facebook.com/syahiruldotcom
www.tips-fb.com

first time!!

Assalam...dan selamat pagi...hurm first time ECQ abg tinggal keje x dapat balik...sejak tinggal bersama abg...huhu...tonight pun tak tahu lagi balik ke tak..tp baju dah bawak siap dah pun...bekal kan biskut la...hehe...rasa macam melayan anak kan?? bila menjadi seorang isteri tp akan menjadi seorang ibu jugak untk suami...x percaya??percayalah...sbb suami akan manaj dengan isteri macam masa kanak2 dulu bermanja dengan ibu masing2..sbb apa ECQ cakap macamtu...yerlah dulu masa kecik-kecik...nak g mana-mana camping or etc...mesti ibu yang sediakan segala keperluankan? sekarang bila dah beristeri semuanya isteri sediakan...x ker sama tue..hihi...tp berlainan la ckit "isteri" ngan "ibu" berbeza...kehkehkeh..ECQ pun sejak bernikah nie nampaklah matang ckit...sebab suami kan bermanja dengan kita...tp ada la jugak time2 x matang tuh...kehkehkeh..maklumlah i bongsu tau!! sebagai isteri nak jugak d manja...cewah!! haha...whatever la...yang penting InsyaAllah kasih sayang kita sentiasa bersama..Amin..rindu abg nie walaupun baru jerk g keje kul 4.00 am...tadi...huhuhu..

www.tips-fb.com

19 October 2011

CiRi-CiRi IsTerI IdaMan leLakI:


T- Taat pada suami
A- Allah diutamakan
Q- Quran di junjung
W- Wanita solehah
A- Amanah tunai tanggungjawab

T- Tunjuk kasih sayang
A- Anak pandai dididik
A- Akhlak mulia
T- Tutup keaiban suami

S- Solat dijaga
O- Org tua dihormati
P- Puasa dikerjakan
A- Aurat di pelihara
N- Nabi dicontohi

InsyaALLAH

sumber https://www.facebook.com/pages/Biarpun-Jalan-Itu-Panjang-Kita-Akan-Merintisnya-Perlahan-lahan/218893594832350
www.tips-fb.com

Tq hubby!! muahh

Assalam...selamat pagi..semalam hubby ECQ cakap "yang abg balik lambat ckit ada keje" ECQ pun cakap "erk balik lambat erk?" pastu hubby ckp "xlah jugak" huhuhu...macam biasalah ECQ tunggu sambil masak untuk makan petang..tp bila dah siap tue...abg tak sampai-sampai lagi...ECQ dah risau dah...kita memang jenis macam gitu...hehehe...ECQ pun msglah hubby....and then hubby ckap duk kat "Dahlia" hurm ECQ x cakap apa2lah sbb mungkin hubby belikan apa yang ECQ pesan sebelum hubby balik...lama jugak ECQ tunggu tetiba ada yg ketuk pntu...hehe...lam hati berkata "abglah tue"...masuk lam rumah tue abg senyum jerk...tetiba jeng...jeng...surprise!!! alamak...hubby belikan "momo" & "miming"...hehe..mula-mula ECQ terkejut...tapi seronok sangat...mekasih abg!!..muah!muah! hahaha...dapat free2 jerk ciuman kita...kehkeh...pastu ECQ tnya uik mana barang ayang pesan...abg cakap "x dapat nak beli lagi sbb abg bli "nie", jap lagi abg beli "...hehe ECQ pun senyum jelah...owh patut la lama benar...baru teringat yang abg cakap dekat dahlia ada jual "nie"...hehehe...rupanya inilah yang buat abg balik lambat tadi... love u much2!!
nak tgk tak apa  "momo" & "miming" nie...jeng jeng..

saya miming!! bleh berkenalan??haha

Momo mengenang nasib..."apalah nasibku hehehe"
Momo tengok apa tue!! momo...sbb gemok!! kikhkih...

Teman baru ECQ...esok abg outstation...so "momo" ngan "miming" teman kita tau!! huhu
www.tips-fb.com

18 October 2011

second wife??!! jerung??

Assalam...apo second2 wife nih!! huhuhu....hubby la punya hal nie...terkojot i u!! hahaha...nak tahu ker?
jeng-jeng..haha...iskh korang nie..jangan la fikir yang bukan-bukan selisih malaikat 44 tau...hehe...nielah second wife husband ECQ...hurm syang bebenor weh...balik keje mesti panaskan enjin..hehe...mana taknya g keje ngan motor jerk so kereta nie...jarang2 jerk guna...kihkih...jerung u jerung i jugak..kehkkeh..



Niela jerung hubby ECQ...banyak dugaan dengan jerung nie...hurm...InsyaAllah lepas nie semuanya selesai...huhuhu...



www.tips-fb.com

Urmm...xleh tido!!

As-salam...ECQ sudah 3 hari sakit kepala...gara2 xleh tido pada setiap malam...hurm...penyakit nie dulu ada time jauh ngan hubby...dah lama x datang....bila dah ada geng nak tido...tp sejak akhir2 nie menjelma kembali lak....aduh...seksa la kalau takleh tido...mata duk berkelip2 tgk hubby tido jerk...bila dinihari baru mata bleh lelap...nanti mata nie jadi mata panda la pulok...iskh...bila bangun pagi badan terasa lemah sbb tak cukup tido...nak kata ECQ tido pagi ngan petang x derk pun...tp tetap xleh tido malam...myb sbb dah lama x minum susu kot...huhuhu...khamis nie abg kena g bukit kepong..lagi2 la xleh tido...jumaat baru balik...hukhuk...first time tue abg tinggal ayang...sorang2 sejak kita dah duk berdua tau!! huhuhu...xpelah kerana tugas...kan...yang okey jerk..sehari jerk pun...InsyaAllah kejap jerk...terasa...i love u muchukkk!!!


www.tips-fb.com

17 October 2011



I'll be your dream I'll be your wish I'll be your fantasy. I'll be your hope I'll be your love Be everything that you need. I love you more with every breath Truly madly deeply do.. I will be strong I will be faithful 'Cos I'm counting on a new beginning. A reason for living. A deeper meaning. Chorus I want to stand with you on a mountain. I want to bathe with you in the sea. I want to lay like this forever. Until the sky falls down on me... Verse 2 And when the stars are shining brightly In the velvet sky, I'll make a wish Send it to heaven Then make you want to cry.. The tears of joy For all the pleasure and the certainty. That we're surrounded By the comfort and protection of.. The highest power. In lonely hours. The tears devour you.. I want to stand with you on a mountain, I want to bathe with you in the sea. I want to lay like this forever, Until the sky falls down on me... Bridge Oh can't you see it baby? You don't have to close your eyes 'Cos it's standing right before you. All that you need will surely come... I'll be your dream I'll be your wish I'll be your fantasy. I'll be your hope I'll be your love Be everything that you need. I'll love you more with every breath Truly madly deeply do... Chorus
www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers