Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

08 July 2011

10 perkara yang seorang isteri perlu cakap pada suaminya

“Saya tahu, awak boleh lakukannya.”


Seorang lelaki perlukan kata – kata semangat tepat pada masanya untuk dia maju kehadapan. Jika dia tahu anda percaya pada dia, dia akan mencuba dengan sedaya upaya untuk realisasikan impian dia.

“ Terima kasih sayang “

Semua orang suka di beri ganjaran. Begitu juga dengan suami anda, dia akan rasa sangat sayang pada anda jika anda sentiasa mengucapkan terima kasih padanya. Dia akan rasa lebih bersemangat kerana dia tahu segala usahanya di hargai oleh anda.

“ Awaklah lelaki yang paling handsome di mata saya “

Jika anda gembira di puji cantik dan sebagainya, suami anda juga akan gembira jika dia di puji oleh anda. Dia akan lebih mempercayai dan menyayangi anda apabila menerima pujian dari diri anda. Keyakinan dia juga akan turut bertambah.

“ Saya bersyukur ada suami macam awak “

Apabila anda bersyukur, anda akan memberi tanggapan yang positif pada suami anda. Dengan ini, dia tahu anda gembira bersamanya.

“ Awak lebih bijak sayang “

Akui kebijaksanaan akan member lebih keyakinan pada diri dia. Jika anda hendak member nasihat, pastikan anda akui kebijaksanaan suami anda untuk bertindak. Beri sokongan pada dia.

“ ya sayang, awak betul”

Jika anda dapati apa yang suami anda sampaikan adalah betul, anda perlu akuinya dengan kata – kata. Jika tidak, anda boleh member nasihat padanya. Dengan ini suami anda tahu bahawa anda sentiasa menyokong dia dan memberi nasihat jika anda rasa ia perlu sahaja.

“ Awak seorang ayah yang baik “

Sentiasa puji suami anda sebagai ayah yang baik. Dengan ini, dia akan lebih bersemangat untuk menjadi seorang ayah yang baik.

“ Saya berada di sebelah awak, sayang “

Jika suami anda mengalami kesukaran dalam hidup. Pastikan dia tahu, anda mengambil berat akan dia dan sentiasa menyokong dia.

“ Awak jangan risau sangat, pasti ada jalan dia “

Sentiasa sejukkan hati suami anda ketika dia berada dalam kesusahan atau kerisauan yang amat. Dengan ini, dia akan berfikir dengan lebih tenang dan tindakan dia juga akan berhasil.



“ I love u sayang, I always do “ “ saya mencintai awak selama – lamanya “ www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers