Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

29 September 2011

Pendiam

‎"x berckp bnyk (pendiam) bukan bermaksud seseorang itu seorang yg 
sombong"........mugkin dia lebih selesa dgn duk diam jerp
Setiap yang ada pada diri  seseorang adalah kelebihan dan kelemahan masing-masing, jangan cepat sangat menilai sesuatu negatif kepada seseorang, sentiasalag berfikiran positif...terutama kepada golongan pendiam...macam saya...huhuhu...pendiam tak pendiam sangatlah...bak kata kawan saya "tp kalau dah "bergabung" xdenya org kata pendiam...tul x? bergabung maksudnya...bergabung dgn org yang "ngam" haha...maknanya xdelah pendiam kan..."pendiam bertempat" haha...satu sifat baru saya ciptakan...nak kongsi sikit...kelebihan pendiam...kelebihan bnyak ckp...nanti2lah erk..haha..




Kelebihan manusia pendiam
1. Merupakan pendengar yang bagus. Biasa akan menjadi sasaran orang-orang untuk menceritakan masalah..
2. Sukar diketahui kelemahan. Selain dari kelemahan berkomunikasi sukar untuk orang lain mengetahui samada beliau sebenarnya bijak atau sebaliknya.. Kelemahan tentu disimpan dalam diri..
3. Mempunyai kelebihan menganalisa orang lain. Kebiasaan orang pendiam akan lebih memerhatikan sifat orang lain. Janganlah memperbodohkan orang lain. Si Zool selalu jumpa manusia camni.. Kelakar pun ada mentang-mentang si Zool ni diam dia kelentong-kelentong walaupun perkara tersebut tak perlu dikelentong pun.. Tapi tu le masing-masing punya caranya..
4. Boleh simpan rahsia ( bagi sesetengah orang).. Almaklumlah beliau tak banyak bercakap jadi risiko untuk rahsia disebar mungkin kurang berbanding manusia bermulut tempayan.. Huhuhuhuhuhu..
5. Tak kacau orang.. Berbanding mereka yang bising, orang pendiam kurang menganggu hidup orang lain. Faham tak?? Okay, orang pendiam jarang melakukan tugasan ‘tikam belakang’, ‘bodek membodek’ dan sewaktu dengannya. Kebiasaannya mereka lebih menumpu pada hidup sendiri berbanding kes orang lain. Jarang sekali nak ‘jaga tepi kain orang’.
Okay cukup untuk entri setakat ini. Saya akui pendiam juga mempunyai kelemahan tetapi tak perlu dinyatakan kerana persepsi negatif hanya akan mengundang kejatuhan sahaja. Lebih elok dibicarakan hal-hal positif sahaja..
Sebenarnya setiap manusia mempunyai personaliti masing-masing. Mungkin ada antara yang memandang rendah pada manusia yang pendiam. Perlu diingat bahawa setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang tertentu. Tidak semuanya sama seperti kita. Ianya dihadirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Sekian..
http://ligakampung.com/blog/hidup-seorang-pendiam/
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers