Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

11 December 2011

MULUT SUMBER PAHALA DAN DOSA


Mulut kita ini mempunyai fungsi yang banyak. Malah fungsi-fungsi mulut ini jika diguna dengan baik, maka pemilik mulut ini bakal menjadi ahli syurga. Masakan tidak, jika mulut ini digunakan ke arah kebaikan seperti memberi salam, membaca al-quran, berzikir, makan makanan halal, mendoakan kesejahteraan orang lain, memberi nasihat, senyum dan lain-lain. Maka dengan amalan-amalan seperti ini, bermakna pemilik mulut ini bijak menguruskan fungsi mulutnya.

Berbeza pula jika pemilik mulut itu tidak bijak menguruskannya. Maka dengan mulut itu dia mengumpat, mencarut, menggunakan kata-kata kesat, menghina, mencaci, memaki dan sebagainya. Mulutnya telah menjadi punca bertambahnya jumlah dosanya. seterusnya pemilik mulut ini bakal menjerumuskan dirinya ke dalam azab api neraka kelak. Nauzubillah.
Maka jelas disini bahawa mulut adalah punca segala kebaikan dan ia juga boleh menjadi punca segala kejahatan. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan fungsi mulut.

Rasulullah s.a.w sekali lagi mengingatkan umatnya betapa bahayanya jika fungsi mulut disalah guna. Baginda bersabda: “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya(mulutnya)?”. Dalam hadis ini, bolehlah kita katakan bahawa Baginda sengaja menggunakan ayat berbentuk soalan supaya kita semua berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

KISAH SEORANG WANITA

Berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim, dimana para sahabat r.a mengadu kepada baginda: “seorang wanita berpuasa di siang hari dan bersolat di tengah malam, tetapi sering menyakiti hati jirannya”.

Rasulullah s.a.w menjawab: “bahawa tiada kebaikan padanya, sesungguhnya dia akan masuk neraka”

Kisah ringkas ini sudah cukup membawa maksud yang luas. Bahawa segala kebaikan dan amalan soleh akan terpadam serta merta hanya kerana menyakiti hati orang lain. Bahawa dengan kesalahan menggunakan mulut, maka tempatnya adalah neraka. Jadi benarlah kata pepatah, kerana mulut badan binasa.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers