Assalamualaikum dan selamat petang...DIET...tahukah maksud sebenarnya? segelintir dari kita..."Nak makan nasi tak"? seorang lagi menjawab "sy DIETlah"....macam salah pulak tafsirannya....maksud yang dikatakan tue DIET nie tahan lapar dan x makan nasi langsung...btul ker cara diet macam gituh?? tp setahu sy diet yang betul bukan cam gituh la....
Maksud diet yang sebenarnya adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Bukan apa, penyalahgunaan istilah ini mungkin secara tak langsung membawa kita kepada amalan makan yang tidak sihat. Yalah, bila disebut diet, otomatik terfikir “jangan makan” supaya turun berat badan. Sedangkan kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Bila kita berpuasa, badan kita bersedia untuk tidak menerima makanan. Keadaan yang sama tidak berlaku jika kita tidak berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.
Satu lagi perkara yang tidak baik bila diet dikaitkan dengan “tidak makan” adalah ramai orang yang tidak mahu “tidak makan”, justeru mereka tidak mahu diet sedangkan diet baik untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment