Cinta seperti matahari, ia tetap
bercahaya. Walau malam
menjelma, cahayanya pada
bulan tetap menerangi kekadang
ia juga gerhana tetapi akan
kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa
tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai
bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa,
mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan
dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap
ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika
cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada
gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta.
Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta
adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap
kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH
siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang
MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu
untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.
Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan,
kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang
lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak
kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi
bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan
terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk
dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan
dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap
percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang
tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu
takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa
hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah
cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat
hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak
sudah
Tanyamu
hidup ini sesungguhnya mudah dan sederhana jika anda tidak
banyak tuntutan. karena sesungguhnya hidup ini penuh
dengan kebahagiaan jika anda tak dikuasai oleh ilusi,ambisi
dan keakuan.
BE HAPPY………
No comments:
Post a Comment