Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!
BFF
14 June 2011
Istimewanya seorang Wanita
1) Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
4) 2 rakaat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5) Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH dengan penuh rahmat.
9) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan ALLAH dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya pulang dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya,dia akan mendapat 12 tahun pahala ibadat.
11) Wanita yang memerah susu binatang dengan "basmalah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12) Wanita yang menguli tepung dengan "basmalh",ALLAH akan berkatkan rezekinya.
13) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14) Wanita yang menjaga solat,puasa, dan taat kepada suami,ALLAH akan mengizinkannya memasuki mana-mana pintu syurga yang dia suka.
15) Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa di siang hari.
16) Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa,dan setiap kesakitan pada satu uratnya,ALLAH akan mengurniakan satu pahala haji.
18) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia dikira sebagai mati syahid.
19) Jika wanita melayan suami tanpa khianat,dia akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20) Jika wanita menyusui anaknya,sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21) Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis,ALLAH akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22) Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh,akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24) Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah,akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALLAH di akhirat kelak,tetapi ALLAH akan datang kepada wanita yang memberati auratnya dengan memakai purdah didunia ini dengan istiqamah.
Tidak semua orang di dunia ini dilahirkan sempurna,setiap insan harus menuntut ilmu agar mendapat keredhaan ALLAH,semoga nota ini sedikit sebanyak mampu memberi pengajaran kepada wanita-wanita islam di luar sana.INSYAALLAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment