Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

27 November 2011

amalan sunnah yang Rasulullah amalkan ketika baginda meneguk segelas susu


Hari saya nak kongsi satu lagi amalan sunnah yang Rasulullah amalkan ketika baginda meneguk segelas susu.
Siapa suka susu? SAYA!!!

Rasulullah apabila selesai menikmati segelas susu.. baginda akan berkumur-kumur atau membilas mulut dengan air.. Ini menurut banginda susu tersebut mengandugi lemak..

Nah senang bukan.. yela.. cuba perhatikan.. jika kita minum susu sebelum tido,, then tak gosok gigi atau bilas mulut kita.. apa yang akan anda bau esok harinya .. hehehehe ....erm.. hehehe

Kat sini juga saya sertakan khasiat meminum susu !!!

SAYA tahu ramai di antara kita yang kurang gemar meminum susu. Tidak kiralah susu apa sekalipun. Antara alasan yang mereka berikan hanyir, loya dan berbau. Mungkin secara semulajadi selera mereka tidak boleh menerima susu ini. Kita tidak boleh juga menyalahkan mereka, namun elok juga kiranya jika kita dapat melihat kelebihan yang terdapat di dalam susu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memaksa diri apabila membacanya.

Memang diakui susu lembu tidaklah sebaik dan sebagus susu kambing. Tetapi ia juga tidak kurang khasiatnya. Satu lagi, susu lembu juga sama sekali tidak boleh menggantikan kebaikan dan keunggulan yang dipunyai oleh susu ibu. Tiada yang sebaik susu ibu di dunia dan akhirat. Bukan sahaja memiliki segala zat yang diperlukan untuk tumbesaran tetapi juga menyalurkan naluri dan kemausiaan yang tidak ada pada apa jua susu gantian yang lain.

Setelah menyimpan itu ke dalam minda, ayuh kita baca senarai pendek kebaikan susu lembu..

Pertama. Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).

Kedua. Selain kebaikan kalsium di atas, ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS (Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.

Ketiga. Kalsium berguna dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa yang bermasalah terutama lebihan lemak di bahagian perut.

Keempat. Kewujudan kalsium di dalam susu lembu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Dengan demikian oa mampu menurunkan hormon paratiroid. Ini seterusnya akan mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.

Kelima. Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.

Keenam. Susu lembu juga mengandungi protien berkualiti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi kepentingannya bagi tubuh.

Ketujuh. Susu lembu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout (merupakan penyebab artritis).

Kelapan. Antara lain kandungan susu lembu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.

Kesembilan. Kebaikan susu lembu yang terakhir ialah ia mengandungi Vitamin B12, yang mana berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.

Nota* Harus diingat, ada sesetengah orang yang alah kepada kandungan laktosa di dalam susu lembu. Ia biasanya menyebabkan cirit birit selepas meminum susu lembu. Tapi tidaklah ramai jumlahnya..

sumber nor abdullah sahabat doodle dakwah
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers