Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

02 November 2011

Suri juga suatu profesion


Suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Halim bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Pak Halim sejak kebelakangan ini, isterinya Mak Zainab kurang melayaninya. Mak Zainab seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Pak Halim selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Mari kita ikuti dialog diantara Pak Halim dan kaunselor.

“Apa kerja Pak Halim”, tanya kaunselor.

“Kerja saya hanya bersawah padi encik”, jawab Pak Halim.

“Mak Zainab pula?”.

“Mak Zainab tak kerja”.

“Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?”.

“Mak Zainab yang sediakan sebab dia tak kerja”.

“Pak Halim pula bila pergi bendang?”.

“Lepas sarapan pagi saya pergi bendang sampai tengah hari”.

“Anak-anak siapa yang hantar ke sekolah”.

“Anak-anak Mak Zainab yang hantar ke sekolah sebab dia tak kerja”.

“Mak Zainab buat apa selepas hantar anak-anak ke sekolah”.

“Sebab dia tak kerja, dia kemaskan rumah dan masak untu

k kami sekeluarga”.

“Sebelah petang selepas balik bendang apa yang Pak Halim buat?”.

“Selalunya Pak Halim tidur selepas makan tengah hari?”.

“Mak Zainab pula buat apa selepas makan tengah hari?”

“Sebab dia tak kerja, sebelah petang Mak Zainab menjahit kain. Kemudian selepas  asar kadang-kadang dia sapu sampah. Selepas itu dia sediakan makan malam untuk keluarga”.

“Sebelah malam apa yang Pak Halim buat?”, tanya kaunselor itu lagi.

“Sebelah malam Pak Halim berehat sebab siangnya dah letih bekerja. Kadang-kadang

Pak Halim pe

rgi ke surau”

“Apa yang Mak Zainab lakukan di malam hari?”.

“Mak Zainab malam-malam dia rajin mengayam tikar sehingga lewat malam. Sebab dia tak kerja itu yang dia buat”, jawab Pak Halim

Kaunselor kemudiannya menggarukan kepalanya. Dia memikirkan diantara Pak Halim dan isterinya yang tidak bekerja, siapakah yang lebih banyak bekerja. Sedangkan kerja Mak Zainab bermula seawal waktu Subuh sehinggalah lewat malam, tetapi dikatakan tidak berkerja oleh suaminya.




Dilema Isteri Tidak Bekerja

Kisah ini sengaja saya bawakan untuk menggambarkan situasi yang berlaku kepada segelintir masyarakat kita. Apabila ditanya tentang isteri, hanya dijawab isterinya tidak berkerja. Sehingga tanpa disedarinya, isteri yang tidak berkerja dibebankan dengan kerja yang melebihi suami yang berkerja.

Bermula daripada memasak diawal pagi, menghantar anak ke sekolah, membasuh, mengemas rumah, memasak makanan tengah hari, menjahit kain, menyapu sampah, mengayam tikar dan sebagainya. Tidak terhitung sekiranya dikira satu persatu. Seorang isteri tidak akan duduk diam melainkan melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Inilah berbeza diantara lelaki dan wanita. Cuba kita bayangkan sekiranya Pak Halim berada ditempat Mak Zainab, sudah tentu dialog ini yang kita dengar sekiranya Mak Zainab mengatakan Pak Halim tidak berkerja.

“Takkan buta kot mata sampai kata aku tak ada kerja. Dari pagi sampai malam, takkan ni bukan kerja”.

Tetapi Mak Zainab sekali-kali tidak pernah merungut walaupun dirinya yang dianggap tidak berkerja  walaupun bebanan kerjanya menguruskan rumah tangga lebih berat daripada kerja suaminya. Bagi Mak Zainab selama ini dia bahagia membuat kerja untuk keluarga kerana dia cintakan keluarganya. Mahu memberi sebanyak mungkin.



Suri rumah Sebagai Profesion

Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.

Pernah saya bertemu dengan seorang teman daripada Yaman yang ingin menyambung pelajaran di peringkat Ph.D ditempat saya berkerja. Secara kebetulan dia tersilap mencari pejabat pendaftaran sehingga sampai ke pejabat saya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Moosa, guru Bahasa Inggeris di Yaman. Apabila ditanya apakah perkerjaan isterinya, dia menjawab isterinya berkerja sebagai suri rumah. Saya berkata kepadanya yang isterinya tidak berkerja. Dengan pantas dia menjelas tugas seorang isteri bukan berkerja mencari nafkah, tetapi kerjanya menghiburkan suami selepas penat berkerja. Baginya agak memalukan sekirnya isterinya berkerja kerana kudrat yang ada pada dirinya mampu untuk menyara keluarga.



Budaya Berbeza

Budaya yang di amalkan oleh Moosa ini tidak berlaku dalam masyarakat negara kita. Sekiranya terjadi sekalipun, mungkin dalam kalangan orang yang berada. Misalnya apabila suami sudah mempunyai pendapatan yang kukuh, isteri diminta menjadi suri rumah untuk menguruskan rumah tangga.

Tetapi ada juga yang masih memilih untuk berkerja kerana budaya di dalam negara kita menggalakkan golongan wanita untuk berkerja. Berkerja untuk mengembangkan lagi produktiviti negara dan keduanya bagi menambah pendapatan keluarga.

Sekiranya isterinya tidak berkerja, bagi masyarakat awam kebiasaanya agak sukar untuk membina kehidupan dengan selesa. Ini kerana pendapatan suami biasanya tidak mencukupi bagi menanggung kos sara hidup yang kian meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, tujuan untuk isteri berkerja adalah untuk membantu suami bagi mengukuhkan sumber keewangan keluarga.



Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri

Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi. Intense love does not measure, it just givse.

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran. Apabila ditanya apakah pekerjaan isteri, jawablah isteri saya seorang suri rumah yang mejalankan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

SUMBER http://faisalmustaffa.wordpress.com/2011/03/06/suri-rumah-satu-profesion/
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers