Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

29 November 2011

Cinta adalah..


Tatkala isteri sakit atau sarat mengandung dan tiada daya mengurus rumah dan anak-anak, maka suami yang mengambil alih segala urusan serta memastikan isteri dapat berehat dan terjaga makan minumnya. Manakala isteri yang lemah pula masih juga gagahkan diri untuk mengatur rumahtangga seperti biasa.Begitu juga tatkala suami sakit, maka isteri pula melayan suami sebaiknya semata-mata kerana kasihkannya.
Tatkala suami runsing dengan kerja di pejabat dan murung tatkala di rumah, maka isteri berusaha menghiburkannya dan tidak membebankannya dengan hal anak-anak dan rumahtangga. Suami pula mencuba sebolehnya untuk mengenepikan beban dipejabat agar tidak mengganggu suasana di rumah serta berusaha menghidupkan suasana riang bersama isteri dan anak-anak.
Tatkala bertembung kehendak ibubapa yang menekan kehidupan, samada dari pihak suami mahupun isteri, perlu dibincangkan bersama dan meletakkan diri dalam keadaan seperti ibubapa sendiri yang di dalam keadaan kesusahan dan apakah tindakan sepatutnya yang dilakukan. Sehingga tiadalah rasa kecil hati sesama suami isteri kerana ibubapanya tidak dianggap penting.

Cinta sebenar ialah apabila suami serta isteri lebih mementingkan kebahagiaan serta kepentingan pasangannya lebih dari dirinya sendiri kerana kebahagiaan pada dirinya ialah apabila dia mampu membahagiakan pasangannya sebaik mungkin.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers