Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

27 November 2011

saham pahala atau dosa


Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang yang menilai dan mengambil

berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing?


Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’.


Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:

1。 Halal

2。 Haram

3。 Wajib

4。 sunat

5。 Makruh

6。 Harus



*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*


Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau pahala.



Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah:



1。 Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat.



2。 Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat.



3。 Menyebarkan fitnah dan umpatan.



4。 Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-kata yang boleh menaikkan syahwat.



5。 Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang.



6。 Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali.



7。 Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.

8。 Menyakitkan hati orang lain dan.


*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*


Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara kitamenggunakan FB selama ini.



Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita?



Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari setiap orang yang menjengok FB

kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag dan share gambar dan

semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka.


*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*


Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang!



Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan.



Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya.



Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai kata-kata yang menyakitkan hati orang.



Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan. Seandainya FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terusberjalan selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita

letakkan dalam FB itu.



Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatknnya.



Subhanallah…



Share Jika Anda Pengguna FaceBook !
nota kaki * peringatan untuk diri sendiri juga!!
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers