Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

19 September 2012

Aktifnya bby ummy

 camnilah bby main lam perut ummy kan..

sejak masuk 6 bulan nie...baby dah makin kuat bermain dalam perut ummy...kadang-kadang nampak benjol2 kat perut ummy...so sweet..semoga syg heppy dalam perut ummy yeah!!! nanti dah kuar x dapat duk dalam perut ummy lagi dah hikhik...so enjoy okey syng... sihat selalu...n membesar dgn sihat...ummy n aby sayang bby....menanti saat kelahiran mu adalah impian kami sayang...syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah ini... www.tips-fb.com

12 September 2012

sabar itu indah



Assalamualaikum...lama sangat dah rasanya x mengupdate kat blog nie...huhu...sejak hamil ummy dah jadi cam liat nak berdepan dengan laptop nie...malas pun ada hehe...sekarang nie dah masuk 6 bulan 2 hari...syukur Alhamdulillah...semoga anak ummy sihat walafiat hendakNya amin..pagi tadi ummy belek2 baju bakal anak ummy...tersenyum sendiri sbb shomel sangat..rasa tak sabar menanti kehadiran syg...tp sabar itu indah...nikmatilah saat-saat hamil anda dengan penuh kebahagiaan hehe...cewah...erm nie nak cerita pasal aby...adik bby nie notty bila ngan aby...mana taknya...bila aby pegang perut ummy adik baby jarang sangat nak tendang2...so aby jarang dapat rasa baby kick...hihi..ummy selalu ckp adik bby majuk ngan aby tuelah pasal adik bby jarang nak tendang2 bila aby pegang..hihi...(suka mengusik)...usik mengusik tuekan lambang kasih sayang...ye dok? hehe...Amin InsyaAllah...sekarang ummy dah rasa pergerakan ummy terbatas...rasa sakit d situ sini...x macam awal pregnt dulu...just lemah2, loya n x selera mkn sangat..tp sekarang ummy dah rasa perut nie berat hihi...berjalan pun rasa cam ala2 "penguin" kehkehkeh...beginilah rasanya mommy to be yer...hihi..Alhamdulillah..ermm..sekarang ummy selalu lapar..adik bby suka mkn telor mata kerbau ngan kicap..hihi..mcm aby je suka sangat ngan telor...padahal awal2 dulu bau pun x boley..pelik jugak..prgnt nie..hehe...kejap boleh...kejap tak boleh..kihkih..pagi tadi ummy sedang senaraikan barang2 bby n ummy yng belum d beli..eh ummy mesti ada gak..hihi..wajib okeyh!! apa barangnya? ada la...haha..nanti kasi aby..wat kira2...hikhik..tiut sangat tokin tuekan..hihi...cilik je..tgk baju je dah buat air mata mengalir dan tersenyum...beginilah perasaan bakal ibu rupanya terima kasih Allah...atas nikmatMU.. www.tips-fb.com

12 July 2012

Probiotik Terbukti Baik Untuk Wanita Hamil


Manfaat yogurt

Tahukah anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.

Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.



Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.

Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.

Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.

Untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu anda merasakan nikmat kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari.

Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain. Sesuai untuk semua peringkat usia, Marigold mempromosikan minuman yogurt tanpa lemak dan lebih menarik, usaha itu juga bertujuan mendidik pengguna untuk mencintai alam sekitar.


SEBAGAI seorang wanita, impian bergelar ibu adalah naluri semula jadi yang tidak dapat dinafikan.

Disebabkan itulah, sebaik sahaja disahkan mengandung, bakal-bakal ibu pastinya mengambil berat akan pemakanan mereka sepanjang sembilan bulan agar kesihatan diri serta anak yang dikandung sihat.

Untuk itu, bagi menjamin kesihatan bakal-bakal ibu, mereka digalakkan mengambil produk pemakanan berkhasiat yang baik khusus untuk keperluan pemakanan wanita mengandung.

Di samping pemakanan berkhasiat yang lazim dinasihatkan oleh para doktor, kini ibu-ibu mengandung turut disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi probiotik untuk menjamin kesihatan anak yang dikandung.

Dalam masa yang sama, pemakanan yang berkhasiat amat digalakkan agar ia dapat menampung kesihatan bayi sebaik dilahirkan sehingga menjangkau 1,500 hari.

Dipercayai sepanjang tempoh ini merupakan masa kritikal untuk pembentukan serta tumbesaran anak-anak dan ia perlu diberi perhatian serta tumpuan oleh ibu bapa.

Oleh yang demikian, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.

Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing tidak lawas dan sebagainya.

Dengan adanya ‘bantuan’ daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus.

Ia juga dapat mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.

“Ibu-ibu yang mengandung digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik melalui diet harian dan memakan suplemen dalam bentuk kapsul, pil atau susu ibu mengandung yang terdapat probiotik.

“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.

“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, baru-baru ini.

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan badan kuat dan sihat.

Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dalam ekosistem usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Malah sistem ketahanan badan yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan.

Di sinilah probiotik atau ‘bakteria baik’ dalam usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.

Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem ketahanan badan tidak berkembang dengan baik. Ini boleh membawa kepada gangguan sistem ketahanan, gejala alahan dan obesiti.

Menurut Dr. Natasha banyak kajian klinikal telah dilakukan mengenai makanan tambahan probiotik. Salah satunya oleh seorang profesor dalam bidang perubatan kanak-kanak dari Universiti Turku, Finland, Dr. Erika Isolauri.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Isolauri baru-baru ini telah menemui fungsi terbaru probiotik di mana ia mungkin memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.

Ini bermakna probiotik mampu mengawal kencing manis dan berat badan wanita ketika hamil dan selepas bersalin.

Bagaimanapun ujar Dr. Natasha, ia masih lagi dalam kajian awal dan kajian seterusnya perlu dilakukan.

Kata beliau, pengambilan probiotik juga adalah untuk maksimumkan kebaikan bayi selain dapat meredakan bayi yang sedang mengalami masalah cirit birit.

Berbicara mengenai jumlah pengambilan probiotik, ulas Dr. Natasha, setiap individu adalah berbeza dan seelok-eloknya mengikut nasihat yang disarankan doktor.

Apabila ditanya mengenai kesan sampingan pula, ulas Dr. Natasha, kajian-kajian saintifik tidak menunjukkan sebarang kesan buruk yang tidak diingini di kalangan wanita mengandung dan bayi.

Dr. Natasha juga percaya orang ramai perlu dididik mengenai manfaat probiotik kerana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung serta bayi tetapi juga kepada orang ramai.

Sumber: http://www.utusan.com.my
www.tips-fb.com

Apakah Kebaikan Apabila Suami Temani Isteri Bersalin?


Pernahkah anda mendengar program Father Friendly yang dianjurkan oleh hospital bersalin kerajaan atau swasta? Ia adalah program mendidik ibu bapa menempuh saat kelahiran anak. Suami dibenarkan menemani isteri bersalin.  Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Adakah suami anda pernah menemani anda bersalin?
sumber 
http://hamil.mustaffa.org

www.tips-fb.com

11 July 2012

Nasi ayam penyet

Assalamualaikum dan selamat tengahari...sudah sekian lama x mengupdate blog..huhu...myb anak ummy nie x minat la kot..ummy rasa cam malas benar nk update haha..hujung minggu yang lepas aby bawak ummy n bby jalan-jalan...sampai penat kaki hehe....tiba waktu lunch perut rasa lapar...aby belanja ummy nasi ayam penyet...ummy x pernah rasa pun lagi sejak duk kat johor nie...first time ummy rasa nasi ayam penyet nie..mula2 ingatkan macam nasi ayam...tp myb ayamnya di "penyetkan" lah mungkin...haha...dah sampai order tue...upenya gitu rupa nasi ayam penyet...ada ulam...ada ayam (tp x nampak penyet pun hihi) ada tauhu,tempe n sambal belacan sama sup...bila mencuba tue...uish sedapnya...ummy n bby suka sangat..hihi...bnyak pulak makan tghari tue...biasa kalau ayam n nasi putih x berapa sangat pun...tp ayam nasi ayam penyet nie mabeless......hihi...nak minta aby lanje lagi nanti...hehe...berselera ummy makan..


lebih kurang cmnilah rupanya yang ummy makan hari tue...sedap sangat...tq aby..ummy nak mintak lagi...hihi...hujung minggu nie okeyh!! www.tips-fb.com

lagu peberet masa zaman belum di kurniakan suami tercinta


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu
Back to reff.
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah… teruskan lah..

www.tips-fb.com

19 May 2012

EVERY HUSBAND/WIFE MUST READ


♥ Tell your spouse “I love you” regularly.
♥ Always say please and thank you.
♥ Never demand anything one of another, but ask kindly with respect.
♥ Husbands, dont act like as u own ur wife. Support them they are ur companions
♥ Wives don’t nag your husbands. If they have been too busy to get something done for you, and you have already asked them a number of times, try asking them after you have done something nice for them. You will find this goes over much better then telling them for example “I have been asking for two months now to fix the leaking tap.
♥ Husband, thank your wife for each meal, when laundry is done and for how well your clothes have been folded, and when the home is cleaned and what a clean house she keeps. Wives, when your husband fixes something around the home thank him and when he brings home his check tell him what a good provider he is.
♥ Each day ask the other if there is anything you can do for them.
♥ You both need to be patient with each other’s weaknesses and faults.
♥ Be always seeking what you can putinto the marriage.
♥ Pray daily for each other.
♥ Keep a list of the things your spouse asks you to do. When your spouse asks you to do something make sure you put it on your list and put a date beside it so you know how long it has been there.
♥ Never discuss each others past faults and mistakes in front of other people. While your spouse may laugh along with you and not say anything about it later, you may have hurt them deep down.
♥ Don’t allow a disagreement to escalate into an argument and certainly not in public or in front of your children.
Prophet Muhammad (peace be upon him) said
“The best of you are those who are best to their wives.."
[Tirmidhi, 3895]"
www.tips-fb.com

perkembangan Janin usia 2 bulan

Assalamualaikum...sejak akhir2 nie rajin benar kita mentelaah perkembangan baby dalam kandungan....huhu...semoga anak ummi dan abi membesar dengan sihat fizikal..mental dan menjadi anak yang soleh/solehah...amin..sekarang anak ummi dah masuk 2 bulan dalam rahim ummi..ummi bahagia sangat Allah kurniakan anak ummi nie...dan merasai saat2 menanti kehadiran baby...syukur alhamdulillah...mommies-mommies doakan bby sihat sentiasa hendakNYA...Amin...Ya Rabb...

Perkembangan Janin Minggu ke-4 Saat si zigot kecil menemukan tempat di dalam rahim. dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. beberapa wanita mengalami sedikit pendarahan atau flek kecokelatan yang disalahartikan sebagai menstruasi, padahal sebenarnya pendarahan yang sedikit itu terjadi karena adanya implantasi zigot ke dinding rahim anda. setelah terjadi implantasi atau menempelnya zigot pada dinding rahim, akan mulai terjadi pelepasan hormon HCG (untuk menilai tes kehamilan).

Perkembangan Janin Minggu ke-5 Ukuran bayi anda sekarang kira-kira sebesar biji apel dan pada minggu ini di sebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri. Plasenta dan tali pusat sudah bekerja sepenuhnya pada minggu ini. vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, dan sistem saraf mulai berkembang. benjolan tangan dan kaki janin mulai terlihat. Selain sel pada benjolan tangan janin akan mengalami kematian sehingga akan membentuk jari-jari tangan. Pembentukan telinga makin sempurna dengan terbentuknya duktus endolimfatikus, yakni saluran untuk menyalurkan cairan yang terdapat dalam selaput labirin telinga dalam. Demikian pula sistem pencernaan makin sempurna dengan terjadi pembedaan yang kian nyata antara cikal-bakal usus besar dan usus buntu. Bahkan cikal-bakal ginjal dan hati pun sudah terbentuk. Begitu juga struktur muka secara keseluruhan mulai bisa “terbaca”.

 Perkembangan Janin Minggu ke-6 Saat ini bayi sudah berbentuk embrio dengan panjang kurang lebih 1/17 inci. Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas atau benjolan. Pada minggu ini terjadi pembentukan awal hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid, dan jantung. Pembuluh-pembuluh nadi di bagian kepala kian jelas terbagi-bagi menurut tugas masing-masing. Di minggu ini rongga mulut sudah tampak. Begitu juga struktur mata sudah terbentuk meski masih berjauhan letaknya. Di tengah-tengah wajah muncul tonjolan hidung. Ruas-ruas tulang belakang sudah terbentuk meski masih terlihat samar.

 Perkembangan Janin Minggu ke-7 Di minggu ini embrio diperkirakan berukuran sekitar 11-17 mm. Jantung sudah terbentuk lengkap dan lebih sempurna. Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai refleks dan bergerak spontan (anda belum dapat merasakannya). akhir minggu ini otak akan terbentuk lengkap. Bagian hidung, bibir, lidah dan gigi mulai terbentuk, begitupula cikal bakal mata yang terlihat berwarna hitam tanpa kelopak. Tunas-tunas lengan sudah menyiku, sementara jari-jari tangan pun sudah mengarah terpisah satu sama lain. Sedangkan pemisahan jemari kakinya samar terlihat, meski telapak kakinya masih rata. Tunas tangan yang lebih cepat tumbuh ketimbang tunas kaki inilah yang agaknya bisa menjawab pertanyaan mengapa bayi kelak lebih dulu belajar memegang benda-benda di sekitarnya ketimbang belajar berjalan.

Perkembangan Janin Minggu ke-8

anak ummi sebasar ini ke sekarang? hehe...Amin semoga bby sihat sentiasa...ummi dan abi sentiasa mendoakan kesejahteraan baby...

Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Kepalanya membulat dan wajah polos kekanak-kanakan mulai tampak nyata dengan tertariknya bagian antara dahi dan pangkal hidung ke arah dalam. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan, dan bahu. organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, dan mata membentuk pigmen. Pada akhir minggu ini, janin sudah mampu mendengar. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak. jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur. Pergerakan pertama janin dapat dideteksi melalui USG. Tubuh yang ringkih ini pun mulai bisa bergerak secara tak teratur, yang jika dijumlahkan rata-rata sebanyak 60 kali gerakan dalam sejam. Pada minggu ini, perut dan ronga dada sudah terpisah dan otot mata serta bibir bagian atas terbentuk. Jaringan kulit, kelenjar keringat, dan kelenjar minyak mulai terbentuk. Jantung berdetak dengan frekuensi 120 kali/menit. Ronga mulut, cikal bakal gigi dan lidah, alat kelamin, serta sel-sel pembentuk bulu mata mulai berkembang. Seluruh organ internal janin sudah terbentuk.

 Sumber : Perkembangan Janin Usia 2 Bulan www.tips-fb.com

17 May 2012

kisah sup perut

Assalamualaikum dan selamat malam...hari ini tersangatlah letih...hehe sampai mkn nasi pun tak selera...pagi tadi goreng nasi untuk breakfast hubby...namun kita sendiri tak boleh nak makan...huhu...pastu kita hanya minum susu n milo sahaja pada pagi tadi...siap kemas umah...basuh tandas...rasa lapar...namun tak mahu nasi pun...kita pun makan roti jerp...sebab nansi kita xleh telan...dalam pada masa yang sama kita rasa nak makan sangat sup perut...sampai rasa nak nangis...dah nangis dah pun...kenapalah sampai macam tue sekali kita nie kan...huhu...pastu kita pun msg lah abam...suh carikan nanti balik keje nanti...hubby cakap susah nak cari dekat cnie...n then kita msg mama kita...mama ckp beli perutlah wat sendiri...n then kita pun cakaplah...kat abam kita...tunggu lah kita sampai petang...ingatkan abam balik terus boleh makan kan...upenya abam beli perut...huhu...kita pun terus masuk dapur...sbb hari nie kita makan roti jerp...semata2 nak tunggu sup tue...kita pun buatlah sendiri...n then bila siap rasa sangat nikmat memakannya...hehe Alhamdulillah...mekasih abam belikan perut...walaupun lambat namun cukup nikmat bila merasainya...Alhamdulillah...syukur... www.tips-fb.com

15 May 2012

perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung? (1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka. (2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik. (3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat. (4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik. (5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya. (6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama. (7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak. (8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi. (9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers