Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

28 July 2011

Jangan burukkan "profesion pekerjaan" org lain

Selamat pagi, hari nie rajin saya menerjah blog orang...hihi, bila g terjah, dapatlah kawan baru, namun blog seseorang tue buat saya terkilan dan termenung dan terfikir buat seketika, janganlah kamu suka memburuk-burukkan pekerjaan orang lain atau pun profesion pekerjaan seseorang itu, semua rezeki tue datang daripada Allah, jika kita bekerja kerana Allah dan ikhlas...dah tentu berkat..jangan kerana seorang yang agak "merosakkan"  bekerja dalam profesion tue..terus jerk ckp orang keje "profesion" tue semua sama...berfikiran rasional la sikit..rezeki masing-masing, jangan main cakap jerk bila bercakap...macam saya pesan dalam entry sebelum nie...nak berbicara fikir dulu, supaya tidak ada hati yang terluka, dan terkecewa dengan sikap kita yang kurang berfikiran rasional...myb x matang lagi kot...huhuhu...kalau pun tuan empunya diri tak terbaca, namun mungkin ahli keluarga dan sibling-sibling yang baca, jagalah hati korang okey!! x terkena family bekerja profesion tue bolehla ckp macam-macam itu pun dengar rata-rata cakap begitu, bukan terkena dekat diri sendiri pun kan..sajerk nak rosakkan hati sendiri supaya tak suka keje itu x suka keje ini, memilih sangat la katakan...huhu...kalau d takdirkan suami u...haha..apa nak d katakan? terkena batang hidung sendiri "ada bau dop" huhuhu...jangan la kamu begitu...itu pun kategori sombong jugop tue..BEWARE!! renunglah sejenak okey!! x nak pun xper...x paksa pun...selamat beramal..

ini juz example profesion okey...saya ulang suara EXAMPLE...hehe
www.tips-fb.com

Solat boleh mengekalkan Berat badan

Dengan bersolat kita dapat mengekalkan berat badan, nak tahu meh saya bagitahu..sumber dari Dr Shahriah Ismail.. yang dah tahu Alhamdulillah, yg tak tahu jom kita tahukan hehe...meh..


Kupasan adalah berdasarkan pemahaman fisiologi struktur badan manusia dan kajian saintifik mengenai  kebaikan pada perubahan kedudukan  tubuh dan amalan Rasulullah S.A.W yang diulas dari sudut pemahaman sains. Ia merangkumi:

01.Aplikasi teknik relaksasi


Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebut Bismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.

Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.

02.Mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu


Pergerakan ini akan melenturkan otot-otot trapezius kanan dan kiri.  Otot-otot ini yang kerap menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk. Cuba lakukan pergerakan ini perlahan-lahan sehingga anda merasa regangan pada bahagian otot-otot ini. Otot trapezius melekat pada dasar tengkorak, pada bahagian tulang yang menonjol tulang belikat (scapula bone)dan pada bahagian tengah tulang belakang. Otot-otot ini melekat di bahagian tepi tulang belakang dari C1 hingga tulang thorasic.

03.Meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lutut dan punggung membungkuk lurus


Bentuk tulang belakang pada posisi normal adalah berbentuk S terbalik dari sisi. Bahagian belakang adalah di antara bahagian tengkuk dan pinggang sedikit membonjol keluar. Bahagian punggung akan menonjol keluar juga dari sisi.

Sekiranya anda membongkok, ia akan membentuk sturktur S terbalik. Bagaimana membungkuk lurus?
Bahagian belakang akan membongkuk lurus apabila anda menolak kedua-dua bahagian bahu ke atas dan menarik bahagian atas pinggang ke bawah. Ini adalah satu cara regangan otot-otot bahu dan otot-otot pinggang.

04.Bediri tegak

Berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal.

Seperti yang telah saya gambarkan kedudukan belakang dari tepi. Bentuk tulang belakang seperti S terbalik. Kedudukan ini adalah posisi normal. Di mana bumi mempunyai tarikan graviti Kedudukan tulang belakang seperti ini merupakan kedudukan belakang yang paling stabil pada setiap jaluran otot-otot belakang.

Tahukah anda bahawa terdapat empat (4) lapisan otot-otot belakang? Terdapat dua lapisan otot untuk sokongan tulang-tulang supaya ia melekat. Manakala dua lapisan otot lagi untuk tujuan menampung berat beban. Subhanallah...

Kedudukan pada posisi normal adalah kedudukan yang perlu anda kekalkan posturnya. Ia merupakan satu kaedah  pencegahan sakit belakang. Tidak kira samada anda di dalam posisi berdiri atau duduk.

05.Ketika sujud

Ketika sujud, nabi Muhammad S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat.

Semasa sujud, tumpukan  berat badan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan perut anak jari kaki.  Dengan melekatkan kedua (telapak) tangan di atas tanah memberi kerehatan pada otot-otot lengan bawah dan tangan. Membengkokkan siku dan pergerakan bahu memberi kesan kerehatan pada sendi pergelangan  tangan, siku dan sendi baru.

Jari jemari kaki sepatutnya menghadap ke arah kiblat. Kebanyakan orang membiarkan jari jemari tegak tanpa di membengkokkan jari jemari kaki ke arah kiblat. Kedudukan kaki begini memberi kerehatan dan kesan regangan otot-otot tapak kaki. Justeru, ia juga akan menguatkan struktur urat-urat kaki untuk menampung berat badan.

06.Kedudukan pada ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir

Kedudukan ini akan memberi lebih ruang pada bahagian jantung dan perut yang terletak di bahagian kanan dada. Kedudukan duduk pada kaki kiri dan menopang kaki kanan akan membantu pergerakan usus yang lebih lancar. Beberapa kedudukan di dalam solat dengan pembuktian saintifik membantu meningkatkan aliran darah ke alat kelamin lelaki dan menaikkan peranakan wanita.

Bagaimana sepatutnya dilakukan untuk memperolehi kesan yang maksima untuk tujuan tersebut?

Cuba anda bangun dari kedudukan sujud untuk berdiri dengan menekan pada telapak tangan dan ke semua jari jemari anda yang dibengkokkan ke arah kiblat. Anda akan merasa kesan panas pada bahagian dada, betis, peha dan bahagian kelamin anda.

Bagi kaum wanita, pergerakan ini menaikkan dan menguatkan serta mengetatkan otot-otot peranakan dan lantai rahim.
Pada kebiasaannya, punggung akan ditolak ke atas dahulu untuk peralihan pergerakan sujud kepada kedudukan berdiri tegak.

Ringkasan Pergerakan Solat Mengikut Amalan Pergerakan Solat Rasulullah S.A.W.

Langkah 1

Pastikan anda berdiri tegak. Betulkan kedudukan berdiri pada posisi normal. Kedua- dua belah kaki perlu mengimbangi kedudukan berdiri tegak. Jarak kaki kanan dari titik tengah sama dengan jarak kaki kiri dari titik paksi bumi dalam kedudukan berdiri tegak.

Langkah 2

Kedudukan kedua belah tangan bersudut 90 darjah dan di letak di atas dada merupakan kedudukan kerehatan sendi siku. Kedudukan tapak tangan kiri di bawah tapak tangan kanan di atas dada sebelah kiri sedikit.

Jantung seolah-olah berada di bawah tapak tangan anda. Dengan sedikit tekanan ke dada, anda dapat merasakan denyutan jantung anda di bawah telapak tangan anda. Ini merupakan kedudukan tangan untuk CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) sebagai satu prosedur menyelamatkan nyawa.

Langkah 3

Cara ruku' mengikut cara Rasulullah S.A.W ruku'. Kedudukan belakang membentuk 90 darjah. Anda hanya akan dapat melakukan kedudukan belakang yang lurus dengan menarik pinggang ke dalam.

Kedudukan belakang berbentuk S terbalik. Apabila anda ruku', bentuk belakang akan masih berbentuk S terbalik melainkan anda mengangkat kedua bahu ke atas dan menarik pinggang ke dalam.

Kedua telapak tangan diletakkan di atas tempurung lutut anda. Anda perlu menekan kedua-dua lutut dan kedudukan ini akan memberi kesan regangan di keseluruhan kaki anda.

Ini memberi kesan regangan pada bahagian belakang betis dan peha.

Langkah 4

Kedudukan ketika sujud.

Tumpukan pada 7 anggota sujud  iaitu dahi, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak ibu jari kaki.
 Anda perlu merendahkan dada dan merasa lutut menekan ke dada anda.
Ingatlah pada kedudukan ini anda paling hampir kepada Allah S.A.W.
Otak anda pada paras terendah tubuh. Kajian menunjukkan pada kedudukan sujud, otak menjana gelombang alfa iaitu gelombang ketenangan
Tekanan di dada akan  menekan jantung dan kawalan pernafasan akan membantu lebih banyak darah dialirkan ke otak.

Langkah 5

Bangkit dari sujud.

Kebiasaannya, punggung akan ditolak naik terlebih dahulu, sepatutnya anda perlu menekan pada 7 anggota sujud untuk berdiri.
Angkat dahi dan lutut dengan menekan kedua tapak tangan dengan siku mengbengkok keluar dan kedudukan belakang  yang lurus.
Bergerak ke kedudukan tegak dengan menekan kedua tapak tangan dan perut ibu jari kaki, anda akan merasa tekanan pada kedua betis dan bahagian ari-ari menekan ke atas.
Ini merupakan satu senaman yang baik untuk  mengalirkan darah lebih banyak ke bahagian bahagian sulit. Baik untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki ia membantu aliran  darah lebih banyak ke bahagian zakar dan prostate. Bagi kaum wanita pergerakan ini membantu menguatkan otot-otot peranakan.

Langkah 6

Duduk di antara dua sujud.

Tumit menekan pangkal peha dan ibu jari kaki kiri ditegakkan pada perut ibu jari. Secara automatik, menegakkan ibu jari kaki akan menegakkan anak-anak jari yang lain.  Ini merupakan senaman untuk urat-urat kaki.
Tekanan tumit pada pangkal peha dan betis akan menekan pada saraf safenus iaitu saraf utama untuk keseluruhan kaki anda.

Langkah 7

Menoleh kepala ke kanan dan kiri

Cuba lakukan perlahan-lahan dan kekal ke kanan dengan kiraan 8 dan baru menoleh ke kiri pula, sekali lagi kekalkan dengan kiraan 8. Pasti anda akan merasa kesan regangan otot-otot bahu anda. www.tips-fb.com

27 July 2011

SOMBONG?? JANGANLAH..

Assalamualaikum, selamat malam..malam nie terasa nak meluahkan terkilan d hati...hukhuk...petang tadi saya terjumpa fb seseorang yang tersangat lama sangat dah tak jumpa, saya pasti dan yakin, dia adalah kawan saya semasa saya ting 1 dulu, saya masih ingat dan ingat..so dengan girangnya la, dan teruja sbb dah lama tak jumpa kan, berhubng pun dah lama tak, so dengan pantasnya jariku menekan "ADD AS FRIEND", dan d sebabkan saya tak letak gambar saya, so saya pun antarlah message kat dia, menyatakan saya macamni.."salam, dot...dot..dot...kenal lagi tak nie saper, saya dot..dot..dot....lama kita x jumpa...and then selepas beberpa minit ada msg, dari dia...u all nak tahu dia jawab apa?? "sorry, x kenal pon.awak salah org kot"...terkilannya saya, x pernah saya jumpa orang macmni,...okey saya nak tanya u all




Soalan 1, kalaulah u all dapat mesej macam saya antar dekat dia, dan katalah orang tue silap orang...wajar ker kita cakap macm tue?? berbudi bahasa la sikit...muka jerk lembut bagai nak rakk...tp hurm, jawab salam saya pun tak...
Soalan 2 ,kalaulah u all dapat mesej macam saya antar dekat dia, dan katalah org tue betul-betul kenal korang, tp korang jerk yang lupa ckit..la sbb lama tak jumpa..korang tanya dgn berbudi bahasa ker tak?agak-agak korang terus ckp mcam tak nak kenal langsung tak? macam jawapan yang saya dapat tue?
Soalan 3 ,Wajar tak kita terus bagi jawapan macam tue walaupun orang tue silap orang??
Soalan 4 ,Salah ker kalau seseorang tue tersilap orang??, sampai nak jawab macam orang tue ckp perkataan yang "luar kawasan" huhuhu...

lepas saya dapat mesej dia tue, saya ckplah erk...x kenal tp saya kenal awak, dan saya siap ckp kelas sama dengan dia, dan siap nyatakan kelas yang mana dan juga menyatakan yang saya dulu pernah berkawan dengan dot.dot.dot(mutual friend) yang dah ada dalam list dia tue...and d sebabkan sya terkilan dengan kata-kata dia tadi, so saya say sorry, kalau saya silap...(tp dalam hati saya, saya kenal dia)...dia x membalas pun, maknanya dia memang tak nak kawan ngan saya la tuh..x apa, saya cuma bertegur sbgai kawan lama, kalau tak suka, saya pun x ada masalah..


Kesimpulannya kat cnie, saya nak bagitahu u all, saya memang yakin yang dia tue kawan saya dulu, saya pun x tahu sama ada dia sengaja atau pun bagaimana, menyebabkan dia boleh cakp mcam tue kan...muka dan nama dia saya masih ingat, dan saya tgk kat info dia pun sek sama dengan saya...mutual friend dia pun sama macam saya, kawan-kawan dari sek yang sama jugak, Ya Allah...terkilan dalam hati Allah jerk yang tahu..ada jugak manusia macamnie...kalau pun tak kenal, mencubalah untuk ingat, ni kata-kata langsung menunjukkan x berminat...subhanallah, semoga Allah jauhkan sikap kita dari macmtue..Amin..

saya memang terkilan kalau kenal tapi sangat sombong..cukup-cukup terkilan..alahai jangan la sombong, x elok tau, Allah marah...dan bila mengeluarkan kata-kata pun...mesti berfikir sejenak..apakah kata-kata yang korang akan cakp nanti tue, ada pihak yang terkilan, kita hidup seharusnya menjaga hati semua orang d sekeliling kita, bak pepatah menyatakan "ORANG SOMBONG SELALU RUGI", buang jauh-jauh sikap tue okey!!(pesan ikhlas untuk diri sendiri juga)


Nabi saw. bersabda, “Takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain." (HR Muslim).
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Nabi saw. bersabda, “Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." (HR Muslim).

wassalam...selamat beramal.. www.tips-fb.com

ERTI SEBUAHPERSAHABATAN

Dalam hidup ini,
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,

Begitulah juga dirinya,

Tetapi kita sering lupa akan hal itu.
Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.tetapi kita sering
lupa..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan
kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa
bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba
jadi sahabat sepertinya,

Mungkin kita akan tahu


RENUNGILAH


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.





Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan.

sumber siolon.com
WALLAHUALAM www.tips-fb.com

24 July 2011

Dap !Dip !!Dup!!...


Assalamualaikum W.T.H...dan selamat malam, buat reader blog!! apakah yang Dap!Dip!Dup!!!, apakah itu? hehe, debaran menanti dua peristiwa yang amat bermakna dalam hidupku pada tahun ini..ce teka..ce teka...apakah itu? teeeeettttttttttt!!! anda jawab btul!! haha...7 days anymore, can't wait jerk rasa tau! tak! haha(gelak jahat), dah tahu kiranya tak yah citer arr kan? apakah peristiwa itu?? hehe..okey..okey..i bgtau u all okey...(mcam la ramai sangat datang jenguk blog i!!, biarkan..ada i kesah..hihihi), dua peristiwa itu ialah first time berpuasa sebagai seorang isteri dan juga kepulangan suami tersayang, setelah 6bulan berada d perantauan..hehe...sonokkan?? u all ada? x ada kan..hakhak...Ya Allah, berkatilah hidup kami, semoga dapat kami menunaikan ibadat puasa bersama-sama dengan sempurna pada tahun ini...bukan setakat dua kot, erm dah jadi isteri nie mestilah bertanggungjawab menyediakan makan sahur,berbuka..pada bulan ramadhan..hehe..seronoknya...yerlah u all nie sama jugaklah macam hari-hari biasa..hehe of cos i sediakan jugak...haha...bukan bulan puasa jerp la iskh korang nie..x baik sungguh!! tp bulan puasa tahun nie lain ckit...hehe, amat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, yerlah dulu puasa kalau masa study, sahur sorang-sorang,kalau kawan ada, sahur sama-sama...puasa tahun lepas dah bekerja, duk umah sewa sorang-sorang, sahur dan berbuka pun sorang-sorang, pastu kalau puasa kat umah sahur sama family, yang itu syok arr!! hihi, kadang-kadang tinggal makan jerk, mama dah siapkan haha...apa la anak mama papa niekan...kehkeh, alah u all nie, masa tue masih muda kot, kehkeh...rasa tanggungjawab tue kurang, apathlagi  B.O.N.G.S.U....lalala...haha..tp PADA TAHUN INI, rasa tanggungjawab itu sudah berubah...apabila menjadi seorang isteri, besar tanggungjawab seorang isteri nie...perlu sedia makan,pakai seorang suami, tidak lagi seperti dahulu kala...kehkeh..rasa cam berDEBAR pun ada...hehe..first time woo...kehkeh, lagi-lagi dah 6 bulan suami tidak d cc, hehe...cuba u all bayangkan....(huh i sorang bayang cukup!!)...haha, korang doakan yerp, semoga saya dapat menjadi seorang isteri yang sejuk mata suami memandang("penyejuk mata"), InsyaAllah Amin Ya Rabb. doakan juga kebahagiaan bersama..Amin.

DOA SEORANG SUAMI
 Ya Allah,
Kurniakanlah daku isteri yang bukan sekadar kekasihku,
Tapi jadikanlah jua ia pendamping dikala sunyiku,
Penyejuk segala isi pandangan mataku,
Penawar dikala derita hatiku,
Prngubat siksaan rinduku,
Dan juga ibu yang mithali kepada anak-anakku
Amin Ya Rabb
Semoga kita sentiasa d redhai Allah dan suami.Amin. www.tips-fb.com

22 July 2011

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Selalu ingat saya, faham keadaan seorang kawan sewaktu sedih,gembira..bahagia, x suka yang suka kata yang bukan-bukan...tak tahu tp cakap yang bukan-bukan menybabkan saya terasa hati..(i sensitip tau!!) so beware...haha...tau takot!!

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Sangat suka wat saya gelak..(walaupun x kelakar mana pon haha!!), i hargai u tau!! lap u lah...sapelah tue..hahaha!!

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

x pernah ada perasaan DENGKI pun dekat saya, (macam la ramai yang dengki dekat u!! wekss) tp sentiasa menjadi penyokong setia d belakang tabir, saya senang ke?? saya susah apatah lagi....kehkehkeh..

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Sporting, dan boleh di percayai, bila kita cerita yang secret-secret kat dia...dia xpernah canang-canang citer kita kat orang lain..dia simpan jerk lam hati dier elok-elok  siap berpagar lagik!! sampailah akhirnya...kehkehkeh..

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Take Care Of me!! semestinya la kan...lalala...(walaupun x ada yang take care) kuang..kuang..haha nopla..of cos ada!!

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Boleh terima saya seadanya sebagai kawan...lalala...yerlah kitakan manusia biasa of cos ada yang salah silap..tp tetap jugak dia nak kawan ngan kita...kita terharu tue!! kehkeh...

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG

Tak pernah ngumpat-ngumpat d belakang tabr saya...haha ha...saper yang pernah wat tue, cepat-cepat mintak maap okey!! haha...nanti dose, dahla dosa pahala dapat lagik kat kita...xperlah kita suka!!! hehehe...

banyak lagi kot korang sambung sendirik lah...
www.tips-fb.com

I pemalu!! u know??

malu!!malu!!! iskh

Assalamualaikum, selamat pagi...hurm, nak tahu tak saya nie pemalu tahap gaban nie...dari sekolah tadika sampailah sekarang, tp sekarang kira ok ckit la...ckit...haha..nak berkawan pun malu, sekarang nie mencuba jugak untuk keluar dari kepompong "pemalu", sebb tue sekarang sedikit ok...kalau dulu nak tegur org pun ase segan semacam, sbb tue sy x ada kawan seribu...huahuahua...memangla org kata kawan ramai nie bagus yer idok...tp kalau xreti nak berkawan cam i nie, pemalu, susah cket la kan nak dapat kawan baru, kawan?? of coz ada...lorang nak ckp saya x ada kawan lertuh!! iskh...idok ler sampai x ado..apala korang nie...x sayang mulut per...lalala...haha (suka tuduh2 kihkih,sorry naik lory) tp nak dapat kawan baru tue...x senang la bagi saya..haha..kamu?kamu? nak jadi kawan saya? bleh jerk...hehe..saya bukanlah sombong..tp pemalu, btw orang tak kenal saya selalu cakap saya nie sombong, depa tak tau..saya bukan penyombong lar...saya pemalu....korang nie suka-suka jerk wat andaian tau!! tak baek lar...haha..husband i pun ckp i sombong dulu-dulu...time tackle2 tue..iskh korang nie semua nak tau...x bley la secret ok!! haha...(perasan cam org nak amik tahu haha!!) tp serieyes...i memang pemalu, tp kalau u all dah kenal u tahulah i macmmana, x macm pemalu pun...cuba tnya kawan-kawan saya...hehehe (macam la korang tahu saper kawan saya), korang tegurlah saya, saya pasti membalasnya...hehe...almaklumlah saya nie pemalu tahap gaban kan!! saya nak tegaskan kat cnie...saya x sombong tau!!

AMARAN KERAS
SAYA TAK SOMBONG
SAYA BAIK JERK X PERNAH MAKAN ORANG LAGI, MAKAN KAKI PERNAH LER (kaki aym jerk!! hahaha!!)
www.tips-fb.com

21 July 2011

Pusaka Nenek!!

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rahmat : “?????”
sumber ceritahot

Nielah bahana facebook haha, kesian dek rahmat nih..xleh tahan den nak gelak!!
Kesimpulannya??? haha korang simpullah sendiri , ngantuk daa...nak tido
www.tips-fb.com

20 July 2011

Pesan Abg

Abg selalu pesan minum air masak bnyak-banyk...tp iskh susahnya nak minum air masak...dop suke...rasa cam payau jah...tawar semacam tp air masaklah yang paling bagus...untuk kesihatan...haha..dah tahu tp nak praktis tue payohnyala...abg jadi "nurse" buat ku...hihi...bab-bab makan nie pasti abg pesan..sejak abg duk sana huhuhu...sejak abg jauh dengan ku...nanti abg balik abg paksalah ayang erk...hihihi...abg tak ada leh cilok-cilok lagi tak minum....kahkah..
macmmana la kalau preggy nanti...dah tentu2 nurse suh minm bnyak air masak...uwaaaaaa!!!!

koya lah preggy pun x tahu bilo...hihi...bukanla tp impian tetap ada...
www.tips-fb.com

petua "AWET" huhuhu

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur. www.tips-fb.com

Nak Berdamai..tp macammana...

” Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ” Ingat tak lirik lagu siapa ni? Sapa yang tak ingat akan lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni kan? Ayat ini sering dikaitkan dengan kehidupan alam rumahtangga .

Biasalah kan..dalam hubungan suami isteri pergeseran, pergaduhan atau pertengkaran sering berlaku. Setelah bergaduh mestilah nak berdamai. Kalau boleh semua pasangan mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. mereka ingin perdamaian yang kekal. Tapi biasanya apa yang berlaku ialah disebaliknya. Perdamaian hanyalah bersifat sementara. Hari ni berdamai, esok lusa gaduh lagi….

Bengang tak?

Jadi disini, akan beri sedikit tips atau teknik terbaik untuk berdamai. Cubalah realisasikannya…...pasti bab masam-masam muka, merajuk untuk beberapa hari dapat dikurangkan . Nak lenyap tak boleh pulak…nanti tak de masam manis, pahit masin pulak..hehehe…

1. Jangan merajuk

Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan paksa suami mengalah. Silap sikit je..merajuk, salah sikit merajuk. Bila merajuk tu jangan ler berlebihan..sebenarnya merajuk ni tak dapat menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan.

Walaupun merajuk dapat mendorong suami mengalah untuk berdamai tetapi strategi sebegini tidak membawa kedamaian kekal. Malah perbuatan merajuk ini sangat merbahaya. Sebabnya..ia akan menyukarkan usaha untuk berdamai semula. semakin kuat isteri merajuk…suami akan terus buat derk je..sebab orang lelaki kan ada ego dia….dia tahu dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Jadi dia rasa terhukum dan apabila rasa macam tu…lagi ler dia tak nak berdamai. Di pihak isteri pula tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Hehehe ada ke isteri dan suami yang macam tu? Hmm…tentu ramai yang macam tu….pantang silap sikit, buat muka, suami pujuk, tak endah…beberapa kali pujuk masih tak nak berdamai… suami akan terus buat derk….baru padan muka.Hehehehehehe….( Cikgu Azleen, awak suka merajuk tak ? )

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua belah pihak. Bila dah bergaduh tu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain. Sebab apa? Kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah suami atau isteri.

Lelaki dan wanita ni, dia ada cara tersendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk ” menarik diri ” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. (Jual mahal lah tu )

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Hukuman sebegini tidak mungkin akan menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman tidak akan menolong proses berdamai. Malah ianya hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, samada kecil atau besar, hukuman itu hanyalah menyukarkan proses untuk berdamai.

Jadi, kalau benar masih ada niat nak berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Jika pasangan kita, tak kiralah suami isteri, kawan rapat atau tunang kita yang telah menunjukkan sikap mahu berdamai dan kita pun nak berdamai juga, jangan berdusta.

Jangan pura-pura jual mahal atau tarik harga. Jangan berpura-pura tidak sudi atau benci. Tinggi risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tak mahu berdamai. Akibatnya…dia mungkin terdorong bersedia untuk melupakan usaha nak berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau nak berdamai, hentikan tabiat suka mencari silap orang. Mencari kesalahan ini termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan diri orang itu dan menuduhnya salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Cari salah atau silap orang lain tak mungkin bawa penyelesaian. Hah…suami isteri lagi ler tak boleh amalkan sikap sebegini.

5. Berhentikan bahasa negatif

Ada dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh iaitu bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika nak berdamai, jangan gunakan bahasa negatif seperti dibawah ini:_

” Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu. ” ( tuduhan )
” Kenapa awak tak mahu dengar nasihat saya ? ” ( tuduhan )
” Awak langsung tak guna. ” ( celaan )
” Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga . ” ( celaan )

Jika nak berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif sebab bahasa positif sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri. Contoh bahasa positif ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Bila dah berdamai tu, jangan buka cerita lama. jangan pandang ke belakang ( JANGAN PANDANG BELAKANG…seram..serammmmmm ) dan jangan mengungkit perkara2 yang menyebabkan konflik itu. Jadikan setiap pergaduhan itu sebagai pengalaman dan pengajaran untuk kita tidak mengulangi perkara yang sama.

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman adalah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Diharap tips ini dapat digunapakai dan diamalkan.

Oleh Ktom www.tips-fb.com

Baliklah awal...

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

“HARGAILAH KELUARGA ANDA”
kredit to lubuk petua warisan www.tips-fb.com

19 July 2011

Tersentap versi two

Assalamualaikum dan selamat malam, masih lagi mood yang tersentep dek ptg tadi...huhu..bila kita nak mula mengeluarkan kata-kata tue kan seharusnyalah kan kena fikir
"sensitiviti", "tgk keadaan" dan "guna psikologi" gak tau yg pnting sekali "budi bahasa"...islam kan seharusnya tidak menyakitkan..x kiralah sakit hati ker..sakit apa2 jelah.. ♥, pesanan ikhlas daripada...-penaja- (^,o)


..ha tue status saya kat fb tadi...hehe..‎

"budi bahasa amalan kita" renung-renungkanlah..ya. x suka jgan terpaksa..tiada siapa yg memaksa.sekian terima kasih


....ini juga status fb...kalau d renung-renung la kan...btul tak? hihi..napelah sentap sangat hari nie kan? ntahlah..x tahu kenapa, saya tahu kita berhak bersuara apa pun yg kita nak cakap...kan?kan? tp biarlah dengan cara adab dan sopan yang betul, dalam islam semuanya indah, kenapa kita nak "berdakwah" kononnya la dengan cara x ada adab dan sopan, nilai murni yang baik...budi bahasa yang baik...tolonglah...tolong walaupun anda tidak berada d tempat sesiapa pun..kalaupun anda nak berbicara tolong ingat kata-kata status fb kat atas tue ok..hehe..beware..kalau kita bersalah dan menyakitkan hati pada "manusia" kita kena minta maaf pada " manusia" itu jugak tau...berlainan dengan bersalah pada Allah kita boleh minta ampun daripada Allah dengan memohon keampunan denganNya...so beware bila berkata-kata...mana tahu anda telah menyakitkan hati teman anda tanpa anda sedari kalau ada cepat-cepat minta maaf hehe...pesanan ikhlas daripada insan kerdil d cc Allah.

*pesanan ini jua buat diriku sendiri
www.tips-fb.com

18 July 2011

Tersentap

As salam, selamat tengahari, 18/7/2011 genap 8 bulan usia perkahwinan kami, semoga sentiasa d berkati Allah, agak-agak anda salah ker? mengucapkan begitu terhadap suami anda sendiri?mahupun mengucapkan d status fb?twitter ker? blog ker? salah ker? hehe, sedikit tersentap...d sebabkan oleh seseorang yang mungkin bg dia xperlu nak wat status begitu dekat mana-mana laman sosial kan, mungkin bg dia macm menunjk-nunjuk kot? myb siapa tahu..tapi saya menerimanya dengan hati terbuka,,huhu..tersentap ckit jerk..tp malas nak kata apa-apa...just senyum jelahkan....bak kata hubby "biarlah orang yang, mulut dia kita xleh nak halang"...bila ingat hubby cakap g 2, be positive la kan...hehe...setiap orang ada dugaan masing-masing, kadang-kadang selain meluahkan pada Allah, perlu juga kita meluahkan dengan cara begitu, untuk mencari kekuatan tersendiri, namun masing-masing mempunyai hak untuk bersuara. www.tips-fb.com

panduan menjadi isteri solehah

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
sumber tazkirah fb

www.tips-fb.com

17 July 2011

Berapa ramai lelaki boleh menjadi IMAM?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

www.tips-fb.com

Istikharah cinta


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
www.tips-fb.com

16 July 2011

Nak kekal dalam bercinta?

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Oleh Joseph Janting
www.tips-fb.com

15 July 2011

hasil tangan kaku!! kedua kalinya...kahkah

Cam pelik kan...haha...buat kali kedua melukis doodle menggunakan adobe photoshop...mengada!! sejak bila ntah gelenya nak melukis doodle nie..hihihi... www.tips-fb.com

Amalan ketika mengandung

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG
Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri. www.tips-fb.com

Tetiba lak tersuka ngan lagu nie...

Lirik Lagu Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9 – Pokok
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Read more: http://www.enciknakal.com/2011/05/lirik-lagu-pokokhazama-af9-feat-meet.html#ixzz1S9o51MQU
www.tips-fb.com

8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
Gambar hiasan
haha...yerlah kalau tak d tag gambar "hiasan" kang x pasal-pasal i kena saman u!!
sekarang nie dah jadi habit...so watch out u!!
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda

kredit to lubuk petua warisan. www.tips-fb.com

14 July 2011

Doodle Pertama oleh saya!! haha

Malam nie terasa bosan, and then jari jemari nie terasa gatal nak melukis...maka terhasillah seperti berikut...walaupun x cantik, haha tp saya suka kahkahkah...perahsan sorang-sorang...walaupun sudah menjadi seorang isteri tp masih lagi suka benda-benda cam g nie...x salahkan..memang saya suka sesuatu yang agak..ala-ala...kartun gitu...sbb tue projek akhir sem saya terminat nak wat CD interaktif kanak-kanak...haha...x kesahlahkan, minat masing-masing...biarlah walaupun dah beranak pinak pun..yang penting kita heppy dgn apa yang kita lakukan. www.tips-fb.com

Pejam!!! celik!!!

Assalamualaikum buat sahabat semua, hurm cepat sungguh masa berlalu, pagi petang siang malam pun terasa sekejap, syukur Alhamdulillah 15 hari lagi InsyaAllah dapat jumpa hubby, InsyaAllah selesai sudah penantian ku, dengan izinMu Ya Allah, semoga semuanya berjalan dengan sempurna, tak sabar rasanya nak melihat wajah suami tersayang..setelah hampir 6 bulan berjauhan..InsyaAllah selepas nie dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan lebih sempurna, rindu nak masakkan untuk hubby, rindu nak hubby suap..hehe..(gelak ngade) rindu everything about him..Ya Allah berkatilah hidup kami, keluarga kami dan kaum kerabat kami, semoga di redhai oleh Mu sentiasa.Amin www.tips-fb.com

13 July 2011

Belajarlah

✿Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN✿
✿Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA✿
✿Belajarlah TAAT walau BERAT✿
✿Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI✿
✿Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN✿
✿Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA✿
✿Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI✿
✿Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH✿
✿Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH✿
✿Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu✿

www.tips-fb.com

12 July 2011

L.O.V.E

To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”

To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.

To My Friends Who Are…NAIVE
H ow to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.

To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
hidden where it truly does. Love is
magic. The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.

*To My Friends Who
Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
*Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.

To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are…AFRAID TO
CONFESS
Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.

To My Friends Who Are…STILL HOLDING
ON
A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.

To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!

Three things never return:
the past, the neglected opportunity,
and the spoken word www.tips-fb.com

Tips Resipi cinta

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal
yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu
akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.


2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak
menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah
dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut
bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang
yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya
terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang
akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus
pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam
kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh
cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku
beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti
bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang
seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin
membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan
terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang
sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan
tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali
kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan
pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang
perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk
mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan
hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan
ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak
akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi
hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,
hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai
dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata
magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai
dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir
kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi
kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan
kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu
menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam
fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,
berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang
membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang
kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat
yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal,
tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling
tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan
saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat
menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu
sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan
penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.
Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut
dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi
tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh
sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah
seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan
berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu
benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah
aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya
adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum
kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya. www.tips-fb.com

11 July 2011

Manisnya kenangan

As-salam selamat malam.."manisnya kenangan", kenangan akan membuatkan kita melalui pelbagai perasaan, perasaan sedih, gembira , nak ketawa sorang-sorang pun ada kan? betul tak? begitulah jua diri ini, semenjak mengenal "dunia" dan semenjak keluar daripada rahim seorang ibu (mama), semenjak itu kenangan tercipta...cumanya, semasa masih baby, kenangan itu x dapat d record...sendiri, sbb masih baby, x tahu dan tak pernah sedar kenangan apakah yang kita lakarkan..hehe..kalau waktu kecil-kecil, mama selalu cerita yang saya nie "macam tu" "macam ni"..macam-macam cerita, seronok bila mendengar kenangan ketika kita masih tak tahu apa-apa..kenangan tue pun d ceritakan oleh ibu kita, sudah pastinya sangat teruja nak mendengarnya kan? saya tahu semuanya pasti begitu...kenakalan masa kecil-kecil membuatkan saya selalu terfikir "alamak kalaulah dapat baby nanti perangai macm ni teruklah" hehe selalu fikir camtue...kemudian masa berputar, tadika > sek rendah > sek menengah > pengajian tinggi > single > double > dan akhirnya berkahwin dengan jodoh daripada Ilahi...Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hidup itu pelbagai kenangan yang tercipta, kenangan yang membuatkan kita pernah menangis, kenangan membatkan kita pernah gembira, kenangan yang  kita rasa nak lupa dan tak nak ingat pun sampai bila-bila pun ada...itulah hakikat kehidupan yang berputar umpama roda, sudah pasti semua makhluk Allah akan mengalami peringkat hidup begitu..cuma mungkin berbeza caranya, kenangannya...bila cakap tentang kenangan,teringat kenangan bersama hubby sebelum hubby kursus..Ya Allah buat hati ini sentiasa tersenyum sendiri, Ya Allah betapa rindunya isterinya ini pada suaminya yang jauh...Semoga Allah memberkati "kami" sentiasa,Ya Allah peliharalah hubungan,kasih sayang,cinta kami  seperti Engkau mengasihi kami...krniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah.Amin. www.tips-fb.com

10 July 2011

RAHSIA ALAMAT PERGERAKAN TUBUH (mitos)

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata...alahai tetiba bibirku bergerak apakah lamatnya..huhuhu...just suka-suka leh lah...bukan untuk di percaya, nantikan terpesong pulok...

Haha..gambar body budax2 pulak...whateverlah tp alamat pergerakan tubuh nie bukanlah macam seluruh body pic nie...rekaan semata-mata...haha!!

Pergerakan Tubuh Alamat

Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan

Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati

Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak - akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.

Telinga bergerak - akan berkelahi.

Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.

Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.

Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.

p/s - baca boleh, percaya jangan. www.tips-fb.com

Arghh,nyesal giler kawin..

Kredit kepada penulis asal artikel ni.

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..


Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!

“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!! www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers