Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

08 July 2011

Pikat Suami untuk kasih sayang berpanjangan

perkahwinan adalah hubungan cinta sepanjang hayat. Jika suami mencintai diri anda, anda akan rasa lebih bahagia dan di hargai. Sebagai wanita, anda perlu bersikap bijak. Jika suami anda mula kurang mecintai diri anda, anda juga yang akan rugi. Anda tidak boleh percaya bahawa suami anda akan menyayangi anda sehingga akhir hayat begitu sahaja, anda perlu berusaha untuk memperoleh cinta darinya sepanjang anda bersama.



Dalam artikel ini, saya sertakan tiga tip mudah untuk memikat suami anda supaya lebih mencintai diri anda.

Jangan jadi pemarah

Bersabar sentiasa memberi hasil yang baik. Suami anda mengahwini anda kerana dia sayangkan anda, cintakan anda. Apabila sudah berkahwin, dia akan terikat dengan hati anda. Jika anda pandai memikat hatinya, dia akan lebih menyayangi anda. Ambil hati suami dengan menjadi seorang yang penyabar.

Jika anda selalu marah dan berleter, suami akan mula tidak mempedulikan anda. Lelaki suka mengambil jalan singkat iaitu mengabaikan sesuatu perkara yang menyusahkan dirinya. Jika anda selalu marah, dia akan menganggap anda sebagai menyusahkannya, seterusnya anda mula akan di abaikan oleh suami anda. Jadilah seorang yang penyabar dan sentiasa memberi sokongan pada suami anda.

Terima suami seadanya

Apabila anda sudah berkahwin dan tinggal bersama, sudah pasti anda akan menemui perangai sebenar suami anda. Terima dia seadanya. Apabila lelaki melihat perempuan yang dia sayang menerima dia sepenuhnya, dia akan menjaga perempuan tersebut dengan sesungguh hatinya.

Sentiasa gembira

Sentiasa senyum dan gembira dengan kehidupan keluarga anda. Suami selalunya suka melihat isterinya tersenyum gembira. JIka dia melihat anda berada dalam keadaan yang masam, dia akan rasa tidak tenteram dan susah hati. Namun perasaan tidak tenteram dan susah hati ini lama kelamaan akan bertukar menjadi menyampah.

Setiap hari, anda cuba gembirakan hati suami anda. Pastikan rumah dan pakaian sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.  Jika anda utamakan suami anda dalam urusan anda, suami akan utamakan anda dalam urusan dia.Suami selalunya akan mengikut apa yang anda buat. Jika anda gembirakan hati dia, dia akan gembirakan hati anda. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers