Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

13 February 2012


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
www.tips-fb.com

03 February 2012

Doa mohon keampunan

Ya ALLAH,ENGKAU TUHANku,tiada TUHAN kecuali ENGKAU,ENGKAU menjadikan diriku dan aku adalah hamba-MU dan tetap pada janji-MU dan perintah-MU, sekuat tenaga aku berlindung kepada-MU daripada kejahatan perbuatanku,aku mengakui nikmat kurnia-MU kepadaku, dan mengakui pula dosaku, maka ampunkanlah bagiku,kerana tiada yang mengampuni dosa kecuali ENGKAU..
Riwayat Bukhari

Ya ALLAH, ampunkan aku dan terima taubatku, sesungguhnya ENGKAU penerima taubat dan Maha pengasih..



www.tips-fb.com

kasih abadi


KASIH ABADI..
Ku hayati kisahmu ya Rasulullah..
Hatiku tersentuh..airmataku berderai..
Betapa mendalamnya kasihmu..
Melebihi dalamnya lautan biru..
Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya..
Namun hatimu ya Rasulullah..
Masih diselubungi kerisauan..
Andai dikau pergi dulu..
Bagaimana nanti dengan nasib umatmu..
Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA..
Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU..
Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH..
KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI..
Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal abadi buat selamanya..

NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD.
www.tips-fb.com

02 February 2012

'Aku terima nikahnya...'

'Aku terima nikahnya...' Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda halalnya suatu perhubungan.Doa dipohon agar keberkatan mewarnai kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah.Azam dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa, menegakkan syariat dalam kehidupan. moga ikatan suci ini dianugerahkan zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan.

Namun, lumrah kehidupan...andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman,tercalarkah ketakwaan?Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah....pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuhi, kepada Ya Rabb di pohon ketenangan...

Terima Kasih TUHAN atas Cinta ini.......

zuhriah mohamad juoi


www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers