Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

28 February 2011

Masa Yg Berlalu...

Assalamualaikum...dan selamat pagi...erm ceriakan diri pada pagi yang bg aku sejuk dan nyaman nie...."masa yg berlalu"...kenapakah title sedemikian rupa...haha...saje jerk pun...aku rasa "time" tue cepat berlalu sgt2...berbanding masa aku kecik2 dulu...kadang-kadang hati takut...bukan apa bumi dah semakin tua....musim pun dah makin x menentu....kadang-kadang panas...kadang-kadang ujan...walaupun sepatutnya bulan 2,atau 3 biasanyakan musim panas terik...tp sekarang ptg2 mesti ujan dan kilat yang sangat2 kuat....berdentum jantung tau....tp aku sentiasa berdoa supaya aku dapat menjalani kehidupan bersama suami tersayang...yang sekarang nie berada jauh dari sampingku...sebelum bumi menjadi semakin "tua"....tp pelikkan...walaupun aku rasa masa cepat berlalu...bg perkara2-perkara lain...namun aku tetap merasakan lamanya b tak berada d samping aku...huhuhu...biasalahkan...orang yang menunggu sesuatu pastinya terasa perjalanan yang d tunggu tuh lama...tp sebenarnya x lama pun..."sabarlah sayang"kata b pada aku...InsyaAllah ayang sabar menunggu kepulangan suami ayang yang tersayang...yang penting b sntiasa dekat d hati sayang...cewahh!!..beromantika pulak d c nie...haisss...buat malu saja...hahaha...alah yang nampak tue...buat2lah x nampak ok!! lagipun niekan blog aku...saya punya ceritakan...so tak kesahlah nak apa2 pun...kehkeh!!! jangan jelesss!! www.tips-fb.com

25 February 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

www.tips-fb.com

20 February 2011

Yesterday...today...

As salam...hari nie...dan semalam...aku tunggu b coll...atau sms...tapi x ada pun...masih belum dgr suara b lagi hari nie...dan semalam...agaknya line x clear or what x tahulah tue...sampai tertido aku menunggu semalam...huhuhu...hari2 pun memang dah gitu...sampai terbawa mimpi...kadang2 tuh...tp x pelah...aku tahu b sentiasa sayang dan ingat pada aku...itu yang penting kan...ermmm..hari nie kak ning yang masak...hahaha...aku juz makan jerk nanti...biasanya aku yang masakkan??alah sekali sekala nak manja2...bukan setakat manja tp hari nie mood lazy banyak sangat... www.tips-fb.com

18 February 2011

3 months to be ur wife


Assalamualaikum.....hari nie...genaplah 3bulan usia perkahwinan kami...syukur kehadratmu...semoga ikatan suci ini sentiasa d rahmati olehmu...Ya Allah...pagi tadi sempat lagi b msg aku...dalam msg tue berkata.."yg miss u so much.b x sempat col smlm..nanti kalau malam ni dia x guna..b msg ayg ya...b baru balik kawad pagi, ni nak g kawad balik.muah.b syg n du ayg"...hehe...suka sangat...walaupun dalam kepayahan b tetap ingat dekat isterinya yang jauh nie...Alhamdulillah...semoga selama2nya begitu...Amin... www.tips-fb.com

17 February 2011

Over load!!

Assalamualaikum...selamat malam....Adoi...malam nie terlalu kenyang la pulak...melantak nasi tp x abis pun...perasaan jerk yang terasa nak makan banyak tapi hakikatnya tak pun...minum air jerk banyak sampai nak termuntah dah rasanya nie...kembung dah perut nie...hahaha...sekejap sajer masa berlalu esok dah pun hari jumaat 18/2/2011...hmmm...aku harapkan masa berlalu cepat untuk aku bertemu dengan suamiku yang tersayang...esok genaplah 3bulan perkahwinan kami dan 1 bulan kami tidak bersama...ayang rindukan b sesangat... www.tips-fb.com

50 Langkah Menjadi suami mithali

BUAT SUAMIKU TERSAYANG...

Alhamdulillah...sedikit sebanyak b ada dalam golongan ini Amin....


1.Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2.Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3.Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda

4.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5.Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari.

6.Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7.Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9.Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10.Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri

11.Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12.Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13.Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

14.Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15.Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16.Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17.Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18.Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19.Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20.Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21.Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22.Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23.Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24.Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25.Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26.Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27.Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28.Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29.Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30.Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31.Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32.Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33.Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34.Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35.Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36.Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37.Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38.Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39.Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40.Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41.Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42.Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43.Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44.Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45.Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46.Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47.Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48.Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49.Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50.Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

www.tips-fb.com

really miss that moment....

Assalamualaikum...selamat tengahari...korang makan apa...lunch hari nie...hmmm...hari nie aku puasa...keh...keh...so petang nanti baru makan ler...aku rindukan saat bila d dapur bersama b tercinta...b selalu teman dan kami selalu masak bersama...really...really miss that moment...aku rindu memasak untuk b...masak makanan kegemaran b...aku masih ingat aku nie penakut ckit bila menggoreng...apa2 pun bab2 menggoreng sebatu aku duduk dari dapur tue...takut meletop mak oiiii!!!...kang x pasal kena muka aku nie...saper nak bayar insurans kan??? keh...keh...sambil2 nak bermanja...b selalu tolong bab2 menggoreng nie...hehe...pendek kata b selalu tolong aku bila d dapur...terima kasih YaAllah mengurniakan seorang suami yang penyayang dan memahami seorang isteri...aku bila time memasak, memang suka memasak bersama b...kasi semangat cket...kehkeh....x derlah semangat tapi semoga perkahwinan lebih rukun dan damai....InsyaAllah...aku berdoa semoga hubungan kami dan kemesraan ini terus berpanjangan hingga akhirnya...Amin...walau sesibuk mana pun dalam menjalankan tugas harian...namun kasih sayang dan kemesraan tidak pernah akan luntur antara kami...Amin... www.tips-fb.com

16 February 2011

Dahsyattt...

Assalamualaikum dan selamat malam...hmm...xderlah nak bercakap bnyak kat cni malam nie...cuma nak bercerita tentang perangai budak-budak sekarang dgn budak-budak dulu...amat2lah berbeza...semakin maju dengan pelbagai kemudahan hidup semakin teruk rasanya mereka2 nie...sampai tahap dah susah nak di ajar...nak d bendung...nak d tegur apatah lagi....silap orang tua tegur....tarik muka macam itik....muncungnya....Subhanallah...menyebabkan aku yang masih belum mempunyai anak nie...menjadi sgt2 takut....untuk mempunyai anak....anak nie satu anugerah besar daripada Allah S.W.T....harus d didik dgn sebaik mungkin...namun InsyaALLAH....taklah sampai x nak anak kan?? hehehe....mesti nak punya....aku selalu berdoa di kurniakan anak yang soleh dan solehah....Amin....kata b...masa mengandung kena selalu baca Al-Quran semoga dengan keberkatan dan izin Allah anak yang kita kandung seorang yang soleh dan solehah serta mendengar setiap apa yang ibubapa nasihatkan untuk mereka...Bila lah agaknya aku menjadi seorang ibu erk...hehe...InsyaAllah...tahun depan kot...selepas semuanya dalam keadaan baik...mungkin....nak preggy sekarang nie x dapatlahkan....maklumlah...suamiku berada jauh dariku....kalau preggy sekarang kesianlah pada baby dan aku....lagipun orng preggy nie x tahu lagi perangainya macammana....macam2 kemungkinan yang menyebabkan aku dan suami merancang....semoga selepas ini kami akan mempunyai baby....Amin...doakan kami ok!!! chilll!!!
www.tips-fb.com

15 February 2011

Terubat...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...indahnya pada pagi ini....selamat menyambut maulidur rasul...1432H....bersamaan 15 masihi...hmm terubat rindu bila b sms dan cok aku semalam...hehe...b cakap kawalan makin ketat sekarang setiap masa ada sportcheck...erm kesian...dah macam duk dalam asrama sekolah sajer...dan lagi teruk dari asrama sekolah...hahaha...pagi nie b kata ada ceramah maulidurrasul....x apelah b yang penting b sentiasa sihat d sana...bersabarlah...sayang...i love u & miss u always dear...rindu setelah d ijabkabul amat berbeza semasa rindu sekadar "bergewe" kerana setelah d ijab kabul ia mempunyai keberkatan daripada Allah semoga hubungan kita sentiasa d rahmati Allah S.A.W....Amin...daaa....mau sarapan dulu.... www.tips-fb.com

14 February 2011

Penantian adalah sebahagian daripada kesabaran....

Assalamualaikum...dan selamat malam...hmm...sudah 2 hari aku x mendengar khabar hubby...biasanya b send msg...tapi sejak ada kejadian yang menimpa kawnnya...kerana tertangkap menggunakan hp...so b pun slow ckit...nak send msg dan col...kalau guna public phone...mahal sgt2...hmm pokai la...tp seb baik ada hp kawannya...tp xpelah...asalkan b sihat walafiat....Amin...semoga Allah sentiasa melindungi suamiku....daripada segala kemungkinan yang tidak baik....aku sentiasa menunggu kepulangan b tersayang...bagi melengkapkan sebuah perkahwinan yang dibina oleh kami...Allah sahaja yang tahu betapa rindunya aku pada suamiku ini....semoga b pun sentiasa mengingatiku... www.tips-fb.com

Sungai Lui – Aizat Amdan

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya
liriktube.blogspot.com
Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x ) www.tips-fb.com

bila cinta


Assalamualaikum...sejak 2,3 menjak nie...aku suka sgt mengedit gambar kawin kami...huhuhu...setiap hari pasti menjenguk album perkahwinan kami...yerlahkan..untuk melepaskan rindu katakan...pasti juga tersenyum sendirian pabila terkenang gelagat hubbyku tersayang...terkenang cara b gelak...bercakap...& everything about him...i miss him so much...no body knows...apa yang ada dalam hati ini...hukhuk...tapi sabarlah "cinta" setiap pengorbanan dan kepahitan pastinya berakhir dengan seribu kemanisan InsyaALLAH...hari tue...B terlupa nak bawa pic kita orang kawin ada ke patut...hikhik...namun isterinya ini jugaklah yang poskan kihkih..bagi yang edit lagi tuh...itulah d namakan..."bila cinta"...maksudnya sanggup melakukan apa2 sahaja...cewahh!!!! pasti la...masa berkasih tanpa ikatan perkahwinan pun bukan main syang...apatah lagi dah menjadi suami isteri kan??? setuju x kamu2 semua??? huhuhu...tp kasih sayang perkahwinan adalah yang paling berkat...ingat itu yer...hahaha...tetiba berceramah pula....aku berdoa semoga kasih sayang dalam perkahwinan kami sentiasa d redhai Allah...dan untuk selama2nya....walau dalam usia tua...pun...tidak akan pernah kurang InsyaALLAH...Amin...nak share pic yng aku edit ok...nak tgk...tgklah...x nak pun x aper...pic nie aku dah masukkan dalam "mukabuku" tp sajerk nak share kat cni jugak...keep smile...sayonara....
www.tips-fb.com

Long..long...time no c...

Assalamualaikum...setelah sekian lama aku x berblog...sejak hubby x berada d samping...sedikit down pulak mood aku ini untuk berblog...huhuhu...hmm today is monday...14 february 2011...4 hari lagi...genaplah sebulan my hubby berada di PD...kem sri rusa...dan juga genaplah juga 3 bulan usia perkahwinan kami...Alhamdulillah...hubbyku sihat walafiat berada d sana...walaupun jauh namun b selalu menghubungi aku...terima kasih sayang!!! nampaknya b hepy dengan kehidupan d sana...semoga kecekalan b...sentiasa membara walau apapun menduga...ayg selalu mendoakan kesejahteraan b menjalani kehidupan tanpa ayng d samping b...i know u can do it...baby...caiyookkkk!!! semoga b sentiasa ceria...18/11/2010(Tarikh perkahwinan kami)>18/12/2010>18/1/2011(Tarikh B menjalani latihan)>18/2/2011....tarikh yang sama perkahwinan kita...semoga ia membawa seribu keberkatan amin...dengan izin ALLAH. www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers