Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

24 June 2011

mengapa aku d uji

JANGAN MENGELUH ……….. Kita selalu Bertanya…. ……… …….dan Al-Quran sudah menjawabnya………… …..

Manusia Bertanya : KENAPA AKU DIUJI?

Qur’an Menjawab :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:" Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Qur’an Menjawab :
………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?

Qur’an Menjawab :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : BOLEHKAH AKU FRUSTASI ?

Qur’an Menjawab :
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya) , jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Berkata : AKU TAK DAPAT BERTAHAN?

Qur’an Menjawab :
………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : MENGAPA HATI INI TIDAK TENANG ?

Qur’an Menjawab :
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". (Ar Ra'd ayat 28).

Manusia Bertanya : BAGAIMANA CARA MENGHADAPI UJIAN SEBERAT INI?

Qur’an Menjawab :
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200). Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Qur’an Menjawab :
….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : APA BENAR ALLAH BERSAMAKU DAN APAKAH ALLAH AKAN MENGURANGI KESULITANKU??

Qur’an menjawab :
dan Dia bersama kalian dimanapun kalian berada..." (Al-Hadid:4).
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu dalam kebenaran." (QS. Al-Baqarah : 186)
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan.” (QS. An-Naml: 62)

Manusia Bertanya : APA YANG KU DAPAT DARI SEMUA UJIAN INI?

Qur’an Menjawab :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)

Diambil dari http://m4h4d3w1.wordpress.com/2008/06/12/kita-bertanya-al-quran-menjawab www.tips-fb.com

Perihal Muslimah sejati

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung,“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
tomeinya...hihi

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,"Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya,
”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”. (riwayat Al Bazzar)


P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Sumber : www.iluvislam.com www.tips-fb.com

Dosa-dosa dan facebook

untuk peringatan kita bersama...so renung-renungkanlah.


PERINGATAN YANG SANGAT PENTING BUAT KITA...Artikel adalah sekadar share sesuatu yang saya sendiri lakukan ...alhamdullilah dengan adanya artikel ni ..ia menyedarkan saya dari lamunan mimpi yang panjang..Syukur pada ALLAH ...marilah kita sama2 ubah ya  kawan2 ...untuk kebaikan dunia akhirat kita..Maaf kan saya jika ada terkecil kan hati sesiapa ya.....May ALLAH bless us ..Amin...

Share lah dengan kawan2 yang lain..

Dari Website ustaz Zaharuddin.net...ASTAGFIRULLAH..SATU ILMU YANG SANGAT BAIK UNTUK DIKONGSI..TERASA BETAPA LEMAHNYA DIRI INI..MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA PERBAIKI KELEMAHAN INI...

Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

3) Penyamaran Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend). Ini boleh menjadi dosa, kerana Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. Individu terbabit mungkin berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidak perihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat. 6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net www.tips-fb.com

50 langkah bestari suami mithali

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang
sumber http://feryco.com www.tips-fb.com

Petua 8P

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
Oleh Ustazah siti Nor Bahyah www.tips-fb.com

23 June 2011

Bila Rindu

Bila rindu terkenang wajahmu sayang.....hukhuk...sunyinya malam ini, terasa suram jerk dun no why...x ada mood pun ada, hurm adalah masalah mungkin...haha...tp x derk la masalah beso pun...kamik rindu kitak jaa....wawawa...makin hanya tinggal 1 bulan 9 hari...makin mendalam rindu nie...membuak-buak...cam bertih jagung..aiyooo...x tahan la g nie...sabar jelah erk...bila msg hubby...itu jerk hubby cakap...sabar ya sayang dah x lama dah...hukhuk...hubby emang arr...bz memanjang mana nak rasa cam isterimu ini merasainya...perih, pedih semua ada...macam-macam ada...haha..tue iklan astro..lol...yang penting hubby setiap hari msg...hehe..itu yang penting la..yang tak penting?? xderk...semua penting kot...lalala...jam menunjukkan 11.46 pm hoh...x mo tido lagi ker? hurm lum ngantuk...sbb kerinduan macam bertih jagung melanda...jap-jap lagi mata ngantuklah tue...di sebabkan kerinduan sebentar tadi maka terciptalah satu rekaan semata-mata...aish...kerinduan itu bukanlah rekaan tp rekaan "mereka-reka" la, don la salah paham...uish...marah hubby nanti...kihkihkih...jengjeng..

now u see...itulah msg-msg yang setiap hari kamik hantar dekat kitak...kehkehkeh... www.tips-fb.com

Again & again...whatever






Bila saya bosan...huhuhu...whatever...bila bosan dan tension...saya suka meluahkan pada adobe...whatever yg saya buat x ada kena mengena dgn yang hidup mahupun telah meninggal dunia, just untuk suka-suka diri sndiri saya sndiri jerk...hohoho... www.tips-fb.com

22 June 2011

20 sebab tidak perlu meminta maaf

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!


6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kamu itu.

17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Sumber: Cinta Dear Haniey

Tentang Cinta: Tetapi tidaklah salah sekiranya kita meminta maaf even kita sendiri tidak melakukan kesalahan itu. Lagipun, apa salahnya sekiranya kita meminta maaf untuk kesalahan kita dulu, kini dan selamanya. Even masa hari raya pun kita minta maaf jikalau kita ada berbuat salah dan tersilap kata. Sedangkan kita sendiri pun tak tahu sama ada kita ada buat salah atau tidak.
http://www.tentangcinta.com www.tips-fb.com

Mengapa badan kita sakit?

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerjav) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin:
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

batuk
3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering -Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah
tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang
toksin.
ii) Sakit kerongkong - Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna
dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah -Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak
yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari
tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi
asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa
kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di
sana, ini menandakan serangan sakit jantung
mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga
batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
(Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai
kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas -Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan
darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA:
Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-
kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak
lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH - Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian
perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit
ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas
memakan RG, menandakan penyakit barah di
bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan
organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah
sumber titianpena www.tips-fb.com

pedas + berminyak = sakit kerongkong

Assalamualaikum...dari minggu sebelum-sebelum nie, masalah kerongkong nie tak baik-baik, why?? kejap ok..kejap tak...lagi2lah kalau saya makan makanan yang pedas dan berminyak...sekejap saje terus kesannya nampak, mula sakit kerongkong, nak telan air liuq pun sakit...uish...tak kan la ada tonsil pulak...tak pernah pun macam gini...tp sejak 2,3 minggu nie mcam gitu lak jadinya...aish...nak kata nak demam atau panas dalam..tak mungkin la kan sbb tak ada tanda pun nak demam..mak aii...tak tahu apa masalah nie...nak p jumpa doc, tp nak tunggu hubby balik luh...lagipun tak cakap pun sakit kerongkong nie dekat hubby...malas nak kecoh, hihihi..baik kan? kan? lalala...and then sejak saya sakit kerongkong nie, saya kerap minum air masak...dulu dalam sehari malas bebenor nak minumnya ehhh...ada jugak hikmahnya sakit kerongkong yg 2,3 minggu nih...haha..lol tullah..
www.tips-fb.com

21 June 2011

Dulu...kini...

Assalamualaikum salam petang...hurm..suka sangat merajuk kan..hehe..kononnya manja la tuh..hihi..(mengata kat diri sndiri), apa kaitan dengan post title lak ngan merajuk awop tuh?? hurm...dulu memang la suka dan selalu sangat-sangat nak merajuk..hihi...tak kira nak tunggu jugak d pujuk, malas nak cepat cool pun...nak jugak gewe (hubbyku sekarang) pujuk...x pujuk x mo cakap lagik!! hihi...

tp sejak saya menjadi isteri yang sah...saya lah yang paling cepat nak cool...belum d pujuk lagi saya dah ok...kebanyakannya la...begitu...sebab apa?? apakah sebabnya?? sebab saya selalu ingat yang kalau suami murka selagi x d ampunkan, selagi tue kita buat dosa ngan suami...so dgn segeranya saya terus cool...saya tak nak berdosa ngan hubby...hehe..tuelah sebabnya...baik tak? baik tak? hehe...xlah baik sangat tapi mencuba untuk berubah yang lebih baik...i love u hubby...miss u so much. www.tips-fb.com

Sarapan pagi penting!!!

Ingin ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

"Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya. - Bernama
sumber pengajianam900.

Jangan anggap ringan dengan sarapan pagi. Menurut survey dari Farmhouse Breakfast Week, setiap orang yang bergerak di bidang bisnes akan memperoleh kemampuan membuat keputusan atau decision-making yang lebih baik jika sarapan pagi.

So mulai esok saper-saper yang tak bersarapan sebelum memulai rutin harian. bersarapan lah anda..ok...sarapan juga boleh menghindarkan daripada mudah lupa...abg ipar saya yang cakap..hehe..sumber saya x pasti...by the way..sarapan itu penting. www.tips-fb.com

20 June 2011

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari intanjiyana di Forum Tentang Cinta. www.tips-fb.com

Bila saya Rajin!! hihi

Rajin nak design something la katakan...by the way..suka hati saya la kan...hehe, saya nak wat apa pun..hehe..org x suka tak yah lah baca kan..tak yah lah tgk lah kan..hehe..yang penting saya suka apa yang saya buat...actually sayan memang suka bermain dengan Adobe phtshp..always everyday lah...apa yang saya nak design saya wat jerlah..hehe..nak tgk bleh...jeng..jeng..


yang muka sombong tue hubby  "my bby panda" kikik...yang tomei ayu tue konon..hurm..Of coz me!! ok...im his queen..hihi..pastu katak tue apa ke jadah duk c 2?? hehe..sajerk je letak...nampak shomel lak froggy tue duk c 2..so i letaklah..biarlah x ada kena mengena pun..by the way.."suka hati saya" haha...syok sendiri ker? ahh what ever..saya buat untuk my sayang la..bukan untuk you!! haha..

arghhhh!!! hubby..ayang nak jatuh dah nie...hihihi.. www.tips-fb.com

wanita

LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA..
 CEKAL wanita kerana BERANINYA
PATUH wanita kerana KESETIAANNYA..
 SABAR wanita kerana IMANNYA
KASIH wanita kerana BELAIANNYA.. 
LEMAH wanita kerana AIRMATANYA
IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA..
 PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA
SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUAANNYA..
www.tips-fb.com

18 June 2011

Erti seorang perempuan

Dia yang diambil dari tulang rusuk. Jika Tuhan mempersatukan dua orang yang berlawanan sifatnya, maka itu akan menjadi saling melengkapi.

Dialah penolongmu yang sepadan, bukan lawan yang sepadan. Ketika pertandingan dimulai, dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu, tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan, atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlewat olehmu,


Dialah yang akan menutupi kekuranganmu.

Dia ada untuk melengkapi yang tak ada dalam perasaan mu, kelemah lembutan, ketulusan, keindahan, kecantikan, rahim untuk melahirkan, mengurusi hal-hal yang kadang dianggap remeh…

Hingga ketika kau tidak mengerti hal-hal itu, dialah yang akan menyelesaikan bagiannya…

Sehingga tanpa kau sedari ketika  menjalankan sisa hidupmu, kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu.

Jika ada makhluk yang sanggup berada di belakang denganmu, itulah perempuan. Jika ada makhluk yang sanggup menaklukkan hati hanya dengan sebuah senyuman, itulah perempuan. www.tips-fb.com

17 June 2011

7 month!!..can i believe that?? believe it...hoho

18/6/2011..itu tarikh esok laa..hihihi...7 month dah kahwin la!! macam x percaya jerk..hehe sebab mood saya masih pengantin baru, mana taknya lepas 2 bulan hubby terus duk jauh, sekarang nie jugak dah masuk 5 bulan hubby tak d samping, tp x apa...jauh d mata dekat d hati..tiap hari sms, tiap hari tel..macam berkasih pulak...hehe, tp perhubungan jarak jauh nie kalau kita fikir positif ia sangat seronok...feeling love everyday...x percaya?? try g jauh2 erk..hihi...tinggal wife/husband jauh-jauh...weekends jerk jumpa...pasti terasa cam honeymoon every weekends...btul..hehe..x percaya sudah...hehe..saya jerk tahu sbb saya yang rasa...lagi sebulan 2 minggu hubby nak balik..x sabar rasanya...

is waiting cam itik tue tunggu telor tue menetas hihihi...d ibaratkan la..jangan gelak ok!!
haha!!
www.tips-fb.com

16 June 2011

Lirik Doa Taubat (Iktiraf) - Raihan



Lirik Doa Taubat (Iktiraf) - Raihan

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-doa-taubat-iktiraf-raihan.html#ixzz1POwaY4WF www.tips-fb.com

15 June 2011

hurm makan x abis!!

Makan x habiskan..hurm penyakit jugop tuh..tp kalau hubby suapkan sampai x sedar pun makanan dah pun abis lagi tambah der...haha..penyakit manja x heranlah kan?? whatever, suami sendiri..x ada saper nak condem kan....hehe..dgn suamilah berkat tau kalau nak manja-manja...

pinjam gambo datuk ct kehkeh..romantiknyoh


tp orang sekarang nie manja-manja time tak kawin lagi... dah kawin esok d tinggal-tinggalkan...hohoho...ntah2 kawin pun dgn orang lain...huhuhu..sbb tue dalam islam perkara yang "dekat-dekat nie haram...hehe..uik jadi ustazah lak tetiba..xlah sekadar ingatan bersama jerk..keberkatan suapan suami tue...buat si isteri x selera makan pun seperiuk abis...hehe..tp memang betul, nikmatnya perkahwinan tue amat terasa bila berkahwin, saya merasainya setelah berumahtangga, nak rasa kenalah kawin...memang kenyataan tak seindah mimpi tp seharusnya sentiasa menerima dan memberi semampunya sahaja..jgnlah meminta-minta yang tidak mampu di berikan...parah jadinya...tp kalau kasih sayang seharusnya dan memang wajib memberi dan menerima d dalam sesebuah rumah tangga..syukurlah saya dapat hubby yang layan kerenah saya nie...hehe..sbb saya suka nak manja-manja..lagi-lagi dengan hubby..kalau boleh x nak berselisih faham...dalam meniti kehidupan, namun lagikan lidah tergigit inikan pula suami isteri hehe, bergaduh ckit-ckit tue asam garam rumah tangga, yang penting pandai mengatasi keadaan itu yang paling penting...dan utamanya..penyakit saya nie kalau hubby ada, nak jerk ikut kemana hubby pergi..hehe..keluar lah kemana pun, nak jugak ikut..ntahlah dah memang penyakit bongsu kot gituh..dulu ngan mamapapa, sekarang ngan hubby pula...hehe..saya selalu berdoa semoga hubungan kami sentiasa bahagia dengan izinNya.InsyaAllah. www.tips-fb.com

Weekend husband @ weekend wife..Peliharalah hubungan jarak jauh anda..

KEHIDUPAN zaman ini sentiasa mengajar kita mengejar masa. Bagi pasangan suami isteri yang bekerja pastinya waktu bersama amat sedikit dan terhad kerana banyak waktu dihabiskan di pejabat dan urusan kerja yang tidak habis-habis.

Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan kerana tugas dan tanggungjawab selalunya melupakan peristiwa penting atau saat yang istimewa. Banyak alasan yang diberi dan menjadi penghalang .

Berjauhan kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak boleh berbuat apa-apa.

Kata orang 'jauh di mata dekat di hati'. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan rumah tangga jarak jauh.

Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih-lebih lagi bila pasangan itu terpaksa berjauhan.

Bayangkan seorang bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan.

Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si suami atau si isteri meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Keadaan ini yang dipanggil weekend husband atau weekend wife bukan istilah yang janggal pada zaman kini

Berbeza dengan zaman ibu bapa kita dahulu, biasanya cuma suami yang bekerja. Si isteri tinggal di rumah dan menguruskan anak-anak dan rumahtangga.

Jarang benar kedengaran suami yang pulang hujung minggu menjenguk anak isteri, kecualilah kalau bersuamikan askar atau kelasi kapal. Tetapi itu semua sudah berlalu.

Kini, dengan tahap pendidikan yang tinggi, tidak ramai kaum isteri yang mahu terperuk di dapur rumah. Mereka inginkan kerjaya yang hebat, kehidupan yang selesa dan taraf hidup yang tinggi

Namun semuanya itu menuntut pengorbanan dengan harga yang cukup mahal - berjauhan dengan pasangan hidup.

Kesunyian dan kesepian pasti akan menyelubungi diri kita. Namun ada banyak cara untuk menghadirkan diri pasangan dalam kehidupan seharian kita.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan hubungan jarak jauh yang dilalui?

Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini.

Berpindah tempat kerja berhampiran dengan si dia ialah jalan terbaik, tetapi biasanya ia di luar kawalan kita.

Malah dalam buku bertajuk Cinta dan Kebahagiaan Rumahtangga hasil tulisan Richard Templer ada menyatakan bahawa dalam situasi sedemikian haruslah mencari bahagia sendiri.

Manusia mestilah bahagia dengan diri sendiri, sebelum dapat membahagiakan orang lain.

Sebenarnya tinggal berjauhan boleh memberikan kebahagiaan sekiranya setiap pasangan saling berkorban antara satu sama lain.

Masing-masing juga perlu memberi sokongan antara satu sama laim demi masa depan keluarga.

Kepercayaan antara suami isteri juga penting. Ia merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh.

Percayalah pada diri sendiri bahawa boleh mengatasi masalah keluarga dan percayalah bahawa pasangan tetap menjaga dirinya.

Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang apabila tinggal berjauhan.

Usah risau, sebaliknya berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama.

Kalau sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka ini akan merugikan dan menjadikan diri tertekan.

Selain itu sibukkan diri. Ia boleh membantu mengurangkan kesunyian. Cari aktiviti yang sesuai dengan diri anda untuk dilakukan supaya waktu yang terluang terisi.

Meskipun berjauhan, kita perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti melalui telefon, emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya.

Tetapi janganlah terlalu kerap menghubungi sehingga pasangan berasa terganggu dan tidak dipercayai.

Oleh itu batasi hubungan agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.

Selain itu, agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak dalam berkomunikasi kerana anak adalah antara faktor pengikat suatu hubungan.

Ini juga dapat mengingatkan pasangan bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya.

Misalnya, ketika menelefon berilah peluang si kecil untuk berbual dan mendengar suara ibu atau ayahnya.

Selain itu, jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si suami duduk jauh di selatan misalnya manakala si isteri pula tinggal jauh di pantai timur, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa dan bercuti.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

Tidak dinafikan cinta jarak jauh memang sukar. Hati memang meronta-ronta bila mana rindu itu datang.

Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta.

Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan cinta.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang.

Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia.

Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik. Cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna 'putus kasih' dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan hadir dalam minda waktu itu.

Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana ketika itu dia bukan lagi pasangan kita.

Sebab itu, jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat kerana Allah yang menentukan segala-galanya.

Oleh ZUHAYATI YAZID www.tips-fb.com

Tanda lelaki merajuk!!

olo-olo majuk dia...


Diam x perlu kata apa!!
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Masam Muka cam bleh ikat muncung tue ngan getah..
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Riak muka mula berubah menjadi serius dan tak sedap mata memandang.

Buat derkkk!!
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud...haha..

Bila menutur kata-kata ada nada sedikit keras dan ayat yang dipertuturkan agak tak enak di dengar.

Mula tidak menjawab panggilan atau SMS (yang nie paling geram nie, sebab sampai dekat seratus misscall atau sms dihantar satu pun tak berbalas). Kalau ada jawab pun panggilan mesti berdiam diri dan SMS dengan jawapan K sahaja.

Kalau agak rajuknya besar, mula lah...

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je! hehe..sarang tebuan jangan d jolok...kalau d jolok bahana menerpa...cewah!! lol...haha

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...(bg yang menghisap rokok ler)..tp sy tak suka hubby nie hisap rokok...sekarang memang tak...nanti2 tak tahu lah...kalau hisap sy mogok jerk!! haha..

Menangis <---- Ada ker lelaki menagis bila merajuk nie?? ada jerk kot...haha..ramai myb hati lelaki yang menangis bila merajuk nie, hati yang lembut kowt..hehe..

mungkin banyk lagi kowt...lain org lain caranya haha...tp apa yang saya tulis nie bukanlah d tujukan pada hubby saya haha...mayb ada tp x sama kan...lalala...sbb isteri x elok mengaibkan suami...saya taip nie pun berdasarkan artikel yang saya baca sahaja...kalau kebetulan tue...i'm sorryyy!! ngeeee.....

VERSI AWEK's & BALAK's...ngeee
sumber untuk d bawah en adrifza..

Ada yang merajuk sekejap dan ada yang merajuk lama..Yang sekejap tu tiada masalahlahkan tapi yang merajuk lama tu yang payah..Susah ke nak pujuk lelaki merajuk?..Mesti ada yang tensen sebab teman lelaki atau "balak" dia merajukkan?..Kalau bagi lelaki kalau awek dia merajuk takpelaa ..semua itu dah biasa sangat..hehe..pujuk2 sikit bagi bungaa atau bagi cokelat fererro roche ke dah senyum sipu-sipu mau..ahaks..
Ayat-ayat rajukan yang biasa didengar oleh anda..
"Takpelahh ..sapa lah kite ni kannn.."
"Takpelah kalau bizi sangat.."
"Oklah kalau sayang tak dapat ikut..."
"Dengan si polan kau ajak aku ni kawan baik ko tak ajak pun.."
"Kenapa tak sms ?..takkan keje sampai takleh nak sms langsung..?"
"Call bukannya lama kejap je pun.."
kata-kata itu disusuli dengan tindakan...Lama tak sms..Lama tak call segala..Membuatkan siapa yang menghadapi rasa resah gelisah.Siapa yang kena akan call or sms tapi tak angkat dan tak jawab sms...Merajuk laa tu...Lepas dipujuk-pujuk dengan kata-kata manis barulah ok balik..Itu yang merajuk sekejap..Yang merajuk lama camana plak?..Yang merajuk lama ni laagi la tensen..Ada yang sampai putuskan persahabatan atau percintaan akibat merajuk...Ada teman lelaki yang semakin dingin dengan pasangannya apabila merajuk..Semakin tidak mesra alam jadinya...Awek lak yang memujuk balak..haha..(ada ke?..hehe..)..Kalau awek dia buat camana ek kalau pujuk balak?..Takkan bagi bunga or cokelat fererro Roche gak? www.tips-fb.com

Merajuk?? kenapa wanita merajuk??

Assalamualaikum dan selamat pagi...semalam merajuk dengan seseorang, sampailah subuh tadi, tido dalam keadaan yang merajuk..hurm sangat tak best tau...huhu..tp subuh-subuh lagi dah ambik hati saya, x sampai hati nak merajuk lama-lama, sbb dah memang sikap saya, x suka berselisih faham lama-lama, kadang-kadang malas nak layan sangat perasaan yang suka sangat merajuk tue, hubby selalu cakap.."ayang nie suka sangat merajuk, x boleh x kena ckit, kalau preggy nanti cammana la" hehe, hubby tue risau la tue...haha...InsyaAllah, kalau merajuk pun x lama la hubby, hubby buat lawak tak lawak pun ayang bleh senyum tau....haha..lagi-lagi dgn hubby tak sangguplah nak merajuk lama2...x sampai hati pun..tp merajuk tue mestilah perlu kan? cuma tak naklah terover sampai bergaduh kencang..huhuhu.




Kenapa Wanita Merajuk?

SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..

Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.

Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.

Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.

Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
sumber http://supervain.com www.tips-fb.com

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers