Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

29 November 2011

Aku mendapat bunga


Aku mendapat bunga hari ini meskipun hari ini bukanlah hari istimewa dan bukan hari ulangtahunku. Semalam untuk pertama kalinya kami bertengkar dan ia melontarkan kata-kata menyakitkan. Aku tahu ia menyesali perbuatannya kerana itu hari ini dia mengirimkan aku bunga.

Ƹ̵Ӝ̵̨̄Ʒ ~~~>

Aku mendapat bunga lagi hari ini. Ini bukan ulangtahun perkahwinan kami atau hari istimewa kami. Semalam ia menghempaskan aku ke dinding dan mulai mencekikku Aku bangun dengan memar dan rasa sakit sekujur tubuhku. Aku tahu ia menyesali (perbuatannya) kerana itu dia mengirimkan bunga padaku hari ini.

Ƹ̵Ӝ̵̨̄Ʒ ~~~>

Aku kembali mendapat bunga hari ini, padahal hari ini bukanlah hari Ibu atau hari istimewa lain. Semalam ia memukul aku lagi, lebih keras dibanding waktu-waktu yang lalu. Aku takut padanya tetapi aku takut meningggalkannya. Aku tidak punya wang. Lalu bagaimana aku mampu menyara anak-anakku? Namun, aku tahu dia menyesali (perbuatannya) semalam, kerana hari ini dia kembali mengirimi aku bunga.

Ƹ̵Ӝ̵̨̄Ʒ ~~~>

Ada bunga untukku hari ini. Hari ini adalah hari istimewa - inilah hari pemakamanku. Ia menganiayaku sampai mati malam tadi. Kalau saja aku punya cukup keberanian dan kekuatan untuk meninggalkannya, aku tidak akan mendapat bunga lagi hari ini.

Ƹ̵Ӝ̵̨̄Ʒ ~~~>

Kadang~kadang wanita terlalu lemah dan menerima saja untuk disakiti oleh lelaki yang dicintainya. Dan untuk para lelaki tolonglah untuk lebih menghargai wanita.

Lembut wanita kerana senyumnya, cekal wanita kerana beraninya, putih wanita kerana kesetiaannya, sabar wanita kerana imannya, kasih wanita kerana belaiannya, lemah wanita kerana airmatanya, ikhlas wanita kerana simpatinya, pendam wanita kerana cemburunya, sayang wanita kerana sikap keibuannya.

Dan janganlah pula lupa... tanpa wanita lelaki menjadi lemah, kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah.....
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers