Be pleasure to leave your linky..have a nice day!!

BFF

05 April 2011

Dalam kesusahan tp ada jugak manusia yg menyakitkan hati

Assalamualaikum...semalam betapa sakitnya hati sy...sy bukanlah meminta untuk di simpati tp itukan wall sy...dan ikut suka sylah nak letak status apa2 pun kan...sy sekrang teramat risaukan suami sy...dan dia x tahu apa2 tnya dan sy bgtahu...bukan nak tolong doakan untuk sy dan suami tp...katanya "Ooo yer ker? xtahu pasal2 polis nie" dan "x ambik tahu" kalau yer pun x ambik tahu...x pyhlah ckp g 2...kalau tak tahu pun...cukuplah merasa sedikit simpati sbb suami sy ada d sana...dan tolong mendoakan kesejahteraan bersama...sy cukup2 terasa...mcam tuekah d namakan kawan???sbb tue x ada kawan pun x aper kalau jenis macam tue...sy tahu kamu tidak berada d tempat sy...dan kamu tidak akan tahu perasaan sy macammana...betapa risaunya sy...tp cukuplah tolong mendoakan bukannya cakap macam tue...dan bglah semangat untuk sy...supaya lebih tenang...memanglah manusia nie...kalau tak kena pada dia..dia senang2 saje ckap...x dernya nak tumpang2 simpati...sampai ker hari nie sy masih terasa sakit hati...tapi sy sabarkan jerk...dahlah tue...semua yang dia komen semua dia dah delete...apa ke halnya??x pyhlah delete pulak...nampak sgt la kan?? dia tue dah menyakitkan hati sy...org tak tahu perasaan sy...hari2 dan setiap masa sy bimbangkan suami sy...setiap hari bc paper nak tahu keadaan dan Alhamdulillah hari2 suami sy call...menyatakan dia sihat...Alhamdulillah...sy rindukan suami...seminggu lepas hubby ckp yg mana dah kawin d benarkan pulang selepas 3 bulan...sekarang terjadi pulak kes nie...terasa tak tahu macmana...adakah d benarkan pulang ataupun tak...bnyak perkara dalam fikirin yang org lain tak pernah tahu dan rasa...

Di petik dari b.harian

PORT DICKSON: Tiga daripada 18 pelatih Kursus Asas Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 yang menjalankan latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, dan dimasukkan ke Hospital Port Dickson (HPD) sejak minggu lalu, disahkan dijangkiti Adenovirus.
Seramai 10 pelatih lagi dipercayai menghidap virus sama berikutan simptom yang ditunjukkan manakala seorang pelatih disahkan dijangkiti virus Leptospirosis (kencing tikus) dan empat pelatih lain disyaki Influenza A (H1N1).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejak 30 Mac lalu, seramai 30 pelatih dimasukkan ke HPD, namun 29 daripadanya dibenarkan keluar selepas pemeriksaan mendapati mereka bebas daripada virus berkenaan.

Beliau berkata, sehingga semalam, hanya 18 pelatih berusia antara 18 hingga 21 tahun berada di HPD kerana tiga daripada mereka dijangkiti Adenovirus dan seorang Leptospirosis, manakala selebihnya mempunyai simptom Adenovirus serta H1N1.

"Seramai 14 pelatih termasuk lapan perajurit muda yang mengikuti latihan di PUSASDA kini dikuarantin di blok khas yang disediakan di pusat latihan itu kerana mengalami simptom tiga virus berkenaan," katanya pada sidang media di PUSASDA di sini, semalam. Hadir sama, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seramai 18 pelatih Kursus Asas Konstabel PDRM Siri 1/2011 yang menjalankan latihan di PUSASDA dimasukkan ke HPD sejak 26 Mac lalu dipercayai dijangkiti empat virus iaitu Leptospirosis, Adenovirus, demam denggi dan kes Influenza Like Illnes (ILI) selepas demam panas berlarutan.
Buat masa sekarang, seramai 3,138 pelatih termasuk 2,138 perajurit muda sedang mengadakan latihan di pusat latihan itu sejak awal Januari lalu menerusi Strategi Lautan Biru iaitu jalinan kerjasama antara PDRM dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahmad Zahid berkata, pemeriksaan di kawasan pusat latihan itu mendapati ia bersih dan pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan menyiasat dari mana punca pelatih mendapat virus berkenaan.

"Pemantauan teliti sedang dijalankan di seluruh pusat latihan ini, manakala semua latihan polis dihentikan selama tiga hari mulai kelmarin," katanya.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

setitikkasihseikhlascintaku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers